-BAB 47-

1.6K 89 2
                                    

Aku melihat Rizky yang sedang leka bermain dengan mainan robotnya itu. Aku mula mengukir senyuman lebar apabila Rizky mula menghampiri aku.

" kenapa sayang?" soal aku dengan lemah lembut, sambil itu aku usap perlahan rambut keperangannya itu. Entah kenapa, hati aku terasa sebak dan pedih.

Rizky memegang pipi aku lalu diciumnya pipi aku lama. aku tergamam. Pantas air mata aku mengalir laju akibat sebak sangat dari tadi.

Melihat aku menangis, Rizky melepaskan ciumannya lalu dipeluk aku erat. Aku kembali tergamam.

"Rizky, ibu rindu Rizky. maafkan Ibu sayang." luah aku lalu dipeluk dengan erat jasad Rizky.

Rizky hanya mendiamkan diri didalam pelukan aku.
aku mula kaget sejenak.

" Rizky?!" panggil aku dengan resah lalu dileraikan pelukan tadi.

Rizky tidak sedarkan diri dan mukanya terpamer wajah kesuciannya itu. Bibirnya tersenyum lebar.

" Rizkyy!!!" panggil aku dengan penuh syahdu lalu dipeluk erat jasad Rizky yang sudah tidak berkutik lagi.

"Ibu rindu Rizky, Ibu terseksa sayang. terseksa!." luah aku dengan tanggisan yang tidak berlagu dengan emosi lagi.

"Rizky!!"

aku mencelikkan mata aku dengan dada aku yang berombak-ombak laju. merasakan air mata aku mengalir dipipi, aku mengesat kembali dengan perlahan.

" Rizky.." terpancul namanya di bibir aku dengan perlahan. Aku mengeluh berat dan dada aku mula sebak kembali. Ahh peritnya perasaan ini.

disebabkan tidak tahan, aku bangkit dari baring lalu menangis puas-puas ditepi birai katil dengan harapan aku akan lebih okay.

"Rizky..ibu kehilangan Mak ayah, Mak cik ibu yang jaga ibu tapi semua tu indah khabar dari rupa je sayang. ibu terseksa. Mak cik tak ikhlas jaga Ibu." luah aku seseorang diri ditepi katil seakan orang gila sambil menangis. Tapi aku bukan gila. Dengan cara macam tu, aku lega melepaskan kesedihan.

" Ibu ingat, lepas Mak Cik halau ibu, Ibu nak bina hidup baru. Alhamdulilah, Allah pertemukan ibu dengan Mama angkat ibu. Puan Maryam. dia jaga ibu dengan penuh kasih sayang, tapi semua tu sekejap je. Puan Maryam termakan dengan fitnah Arsyad Adyan dan Puan Maryam halau ibu juga. Yes sekali lagi ibu dibuang seperti sampah." monolog aku keseorangan.

"Disaat semua yang ibu sayang, buang ibu? Ibu ada Rizky je sayang. Rizky lah sumber kekuatan ibu. Tapi Rizky pun pergi juga tinggalkan ibu. Allah lebih sayang Rizky. Ibu tahu, Rizky lebih patut disana. Kalau tak? Rizky akan lebih terseksa. Cukuplah Biar ibu je yang rasa." luah aku lagi dengan sebak.

" bila Rizky pergi, Ibu bina hidup baru tapi sekejap sahaja Ibu dah berada dalam cengkaman kekejaman Arsyad Adyan. Dia takkan lepaskan Ibu sayang. Ibu pergi jauh pun, dia masih cari ibu dan sekarang disinilah ibu sayang. Ibu dah jadi macam hamba dia. macam boneka." luah aku dengan penuh perasaan marah didalam hati. hilang perasaan sebak tadi.

" ibu tekad sayang. Ibu akan jaga diri ibu. walaupun terpaksa melukai orang lain. ibu terseksa sayang. Moga Rizky bahagia disana. Ibu akan selalu ingat Rizky ye." luah aku dengan senyuman kelat lalu dikesat kasar air mata yang mengalir.

sedang aku duduk termenung, mata aku terpandang kearah satu nota kecil diatas meja.

misi. turun ke mansion.

Aku tersenyum sinis lalu kertas tersebut dikoyakkan lalu dibuang selamba.

" ouh kau yang angkat aku pengsan semalam tadi? kata jijik tapi still pegang aku." perli aku dengan sinis lalu mula bersiap untuk misi aku yang pertama.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now