"kau dah boleh keluar.'' kata Arsyad adyan dengan tenang kepada Hafsya yang masih mamai dari tidur lenanya itu. "dah boleh keluar? maksud kau aku dah boleh keluar dari hospital ni?" jawab Hafsya masih ragu-ragu.
"yup, asal?kau nak duduk lagi dalam hospital ni?kau tahu tak?bil-bil hospital kau, aku yang kena bayar tau." peril Arsyad adyan dengan muka yang dingin.
Hafsya merenung keluar jendela mengenangkan nasibnya terpaksa pulang ke rumah agam yang penuh dengan nasib malang itu. "kalau aku cakap, aku tak nak balik? boleh ke?" keluh Hafsya secara tiba-tiba.
Arsyad adyan terdiam sejenak.
" Kenapa kau tak nak balik?" Soal Arsyad dengan mata yang dingin tanpa perasaan.
" Rumah tu kelam." Bisik Hafsya dengan perlahan sekali sambil mata dia merenung tingkap yang terbuka itu.
Arsyad tersengih. " Kau pasti? Jangan nak merepek dengan aku, kau kena balik sebab kehadiran kau mesti ditunggu-tunggu." Perli Arsyad Adyan dengan muka menyampah.
Hafsya hanya mendiamkan diri apabila mendengar perlian dari Arsyad itu.
______
Deruan angin yang kencang menyapa pada muka aku dengan dinginnya. Aku melihat rumah agam tersebut dengan mata yang suram. Ikutkan hati mahu sahaja dia berpatah balik dan berputus asa dalam hidup dia, tetapi siapalah dirinya yang bisa menentukan takdir sendiri ?
Aku menoleh mencari kelibat Arsyad yang sudah berada dihadapan pintu rumah. Arsyad merenung aku dengan tajam. " Dah malam, jom masuk." Panggil Arsyad Adyan sambil menolak pintu tersebut.
Aku menghela nafas panjang.
Keadaan rumah yang suram walaupun mewah memang menyakitkan. Kau bina rumah yang besar tetapi orangnya tidaklah terlalu ramai. Kasihan! Rumah ni patut dipenuhi aura kebahagiaan dan ketenangan, tetapi penuh dengan kesengsaraan. Kasihan!
Aku mengikuti belakang Arsyad seperti tiada hala tujuan. Entah mengapa aku sendiri tidak tahu, tiba-tiba terasa satu tangan memegang erat tangan aku seperti ingin memberitahu sesuatu.
Aku terkedu apabila Arsyad merenung aku dengan mata yang dingin.
" kenapa kau ikut aku? Kau nak masuk dalam bilik aku ke?" Soal Arsyad dengan tenang.
Aku terdiam lantas aku memandang sekeliling dengan hati yang pelik. Macam mana aku boleh berangan ni?
" Kau lupa bilik kau kat mana ke? Kesian kau Rayfa, perlu ke aku kasihan dekat kau sekarang?" Keluh Arsyad lalu muka aku dipegang sejenak dengan sebelah tangannya.
Aku memandang wajahnya dengan mata yang kelam. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku yang sekarang. Aku seperti blur.
" Kelam? Kabur? Nak aku tunjukkan jalan?" Soal Arsyad dengan muka yang tenang.
Aku mengganguk tanpa sedar. Arsyad tersenyum kecil pabila melihat muka polos aku.
Tangan aku ditarik menuju kearah bilik aku dan aku hanya mengikutinya.
"Tak sampai seminggu kau dirawat dekat hospital, kau dah lupa mana bilik kau Rayfa Shay?" Soal Arsyad dengan pelik.
Aku hanya mendiamkan diri dan tiba sahaja dihadapan pintu bilik aku, aku seakan-akan kembali tersedar.
" Ini bilik kau." Tegur Arsyad dengan muka yang tenang.
" Terima kasih." Ucapku dengan dingin lalu memasuki kedalam bilik tersebut lalu pintu ditutup rapat. Aku mengeluh lemah apabila fikiranku seperti bercelaru sekejap.
Aku merenung kembali pintu yang sudah ditutup rapat itu.
Arsyad merenung pintu tersebut dengan hati yang kosong. Tangan yang menggeletar pantas dipegang kasar lalu dengan pantas Arsyad meninggalkan tempat itu dengan hati yang berbolak-balik.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ©
Romance" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become like a hell."- Arsyad. " Are you happy when you see someone hurt?" - Hafsya. " I just hurting someon...