-BAB 46-

1.6K 80 3
                                    

Aku menyeka air mata yang
mengalir. Pintu tingkap yang tertutup, Aku buka dengan harapan, hati aku akan lagi lega. Tapi ternyata lagi menambah kepiluan hati aku. Satu keluhan dilepaskan.

Kenapa aku lemah sangat tadi?! Aku meraup muka aku dengan penuh kesal.

"Dia seksa aku, Dia jijik dengan aku? tapi sanggup pegang aku? huh!! dasar lelaki." perli aku dengan perasaan tidak puas hati. dia ingat lagi kata-kata makian dan hinaan Arsyad padanya dulu.

Mulut kata lain, tapi hati kata lain.

Penat menangis, aku duduk ditepi bingkai tingkap seperti remaja yang menunggu surat yang tidak kunjung tiba. sedang aku leka memikirkan masalah aku, mata aku terpandang kearah Zyren yang melangkah keluar menuju kearah tepi kolam.

sampai sahaja ditepi kolam, Zyren mengeluarkan rokoknya lalu dinyalakan. Zyren menikmatinya sambil memandang taman yang terletak disebelah kanan Kolam.

Aku hanya memandangnya, kenapa kawan-kawan Arsyad layan aku baik? tapi kenapa Arsyad tidak? aku tak tahu apa salah aku sampai Arsyad sanggup seksa dia macam ni. ralit memandang sampai tak sedar rupanya Zyren juga memandang aku.

terlihat senyuman kelat milik Zyren, membuatkan aku tersedar lantas mengalihkan pandangan kearah lain. Zyren masih memandang Hafsya dari jauh, sambil itu rokok dihisap sejenak.

melihat Zyren masih memandang aku, pantas aku beralih dari tingkap tersebut dan memasuki kedalam bilikku semula.

Zyren mengeluh sejenak apabila melihat jasad Hafsya sudah tiada. Hatinya menjadi pilu. Entah, dia rasa kasihan pada nasib Hafsya, dan dia masih tidak dapat menerima hakikat yang Hafsya itu menjadi milik Kawannya iaitu Arsyad.

Buka milik yang sah, tapi hak milik sebagai bahan dendam seorang Arsyad. teringatkan perkara itu, Zyren merengus kasar.

"Aku harap kau akan sedar Arsyad. " luah Zyren dengan lemah.

______

Si Iric memandang lama bilik latihan anak-anak buahnya itu. Bilik yang kosong dan sunyi. Sejak Dean dimasukkan kedalam hospital dua hari yang lalu, telah menyebabkan bilik itu sunyi.

Si Iric merengus kasar.
"Noah!" panggil Si Iric dengan tegas.

Noah pantas berlari menuju kearah Tuannya itu, Belum sempat dia bertanya, Si Iric sudah mencelah.

" Dean bila nak keluar?" soal Si Iric dengan dingin.

Noah cuma menggangguk tanda sedang memikirkan sesuatu.

" Mungkin Esok Tuan. tidaklah serius mana." jawab Noah dengan tenang. Tapi bila diingatkan semula pergaduhan tersebut? meremang juga bulu roma dia.

Si Iric mencebik. " Kuat juga perempuan tu. Nampaknya Arsyad tak salah pilih. Bagus." puji Si Iric dengan sedikit kagum.

" Tapi dia lebih pada psiko Tuan." Celah Noah dengan tenang.

mendengar kata-kata Noah itu membuatkan Si Iric tersenyum lebar dan pantas bilik latihah tersebut ditinggalkan. Noah dengan pantas mengikuti.

" Memang itu yang aku mahukan." jawab Si Iric dengan bangga. Noah yang mendengarnya sedikit tidak puas hati.

Hampir gila Hafsya dibuatnya. Noah tak sanggup pisang berbuah dua kali. sebab kesannya ada pada Aira. wanita yang dia sayang dalam diam. huh!

lukanya Hafsya? Aira pun turut terluka. Chemistry apa Noah tak tahu. hurm.

"Cucu aku tak nak tolong aku? terpaksalah aku harapkan orang lain." sambung Si Iric lagi tanpa rasa bersalah.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now