- BAB 60 -

1.8K 86 5
                                    

                       __________

" Don't do that Zulaikha..." Bisik Aryan dengan lembut di tepi telinga Zulaikha yang masih lena dikatil.

" Maafkan aku sebab tangan aku laju saja nak pukul kau..." Luah Aryan dengan air matanya yang mengalir perlahan.

" Maafkan aku tentang perkara yang berlaku semalam...aku terpaksa. Sakit ke Zulaikha? Aku tahu kau menderita...aku tahu kau terseksa nikah dengan aku, tapi kau kena tahu...aku tetap sayangkan kau." Luah Aryan sambil bermain dengan jari jemari runcing milik Zulaikha.

" Aku tak sangka budak tu datang jumpa kau? Dia nak apa? Dia nak rampas kau dari aku? Kenapa?! Dia tahu kan kau isteri aku? " Luah Aryan dengan emosi sehingga Zulaikha mula sedar dari tidurnya.

Zulaikha mencelikkan matanya apabila terdengar suara suaminya. Melihat sahaja Aryan berada disebelahnya sambil bermain dengan tangannya, membuatkan Zulaikha tersenyum pahit.

" Awak dah breakfast Aryan.." soal Zulaikha dengan lemah kepada Aryan yang masih lena dengan tangannya.

Aryan berhenti daripada bermain dengan tangan milik Zulaikha lalu terus tersenyum lebar melihat isterinya sudah sedar.

" Kau tetap tersenyum walaupun aku dah seksa kau." Balas Aryan dengan lembut kepada Zulaikha.

Zulaikha tersenyum kecil.

" Biar saya buatkan awak breakfast." Pinta Zulaikha lalu dengan cepat dia turun dari katil untuk menyiapkan breakfast suaminya.

Aryan hanya mengikut isterinya lalu duduk dikerusi meja makan sambil menunggu breakfastnya siap.

Zulaikha hanya menyeka air matanya dan terus menyambung kerjanya.

_______

" Kita semua pergi  holiday esok. " Kata Arsyad dengan muka selamba.

Zyren dan Alex mula memandang antara satu sama lain.

" Are you seriusly Arsyad? Hantu mana dah sampuk kau ni?" Perli Zyren sambil bermain dengan dumblenya.

" Oi oi oi chotto Matte!! Sejak bila holiday muncul dalam kamus hidup kau ni wei?" Tegur Alex yang masih terkejut sehingga phone ditangannya sanggup diketepikan demi Arsyad!

Arsyad membuat muka menyampah tahap dewa.

" Sejak bila aku suka main-main?" Jawab Arsyad sambil menyarung jaket hitam kebadannya.

Alex dengan Zyren sudah mula membayangkan sesuatu.

" Aku buat ni untuk Ezrian...dan.. " keluh Arsyad  lalu memperbetulkan rambutnya yang sedikit masai. Ayatnya sengaja tidak dihabiskan.

Pantas Alex dan Zyren menepis angan-angan mereka .

" Hurmm- perangai lama dia datang balik ke?" Soal Zyren dengan risau.

Alex mendecit resah. " Memang patut kau buat holidays!! Kita pun dah lama tak holiday kan? Boleh lah Ezrian tenangkan hati dia." Kata Alex dengan semangat.

Arsyad tersengih senget lalu mengetuk kepala Alex. " Kau fikir? Aku tak tahu apa dalam fikiran kau?" Perli Arsyad.

Alex tersengih dibuatnya. " Halah kau...macam tak kenal aku." Jawab Alex lalu mula menyambung kerjanya.

" Holiday?" Tegur Ezrian dari belakang.

Mereka memandang kearah Ezrian yang muram.

" Aku fikir kau dah tak nak turun lepak dekat sini." Perli Zyren kepada Ezrian.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now