-BAB 50-

2K 81 3
                                    

" bukan nama datuk kau je malu. Nama aku lagi malu. bukan setakat malu, Maruah aku pun." perli Aku lalu ditepis kasar pelukan Arsyad Adyan pada bahu aku tadi. huh. dah kenapa nak sentuh aku?

Arsyad Adyan hanya menunjukkan muka tidak bersalah dan muka tenangnya itu. " kalau aku tak datang tadi? tak kena makan penumbuk dia? huh!" perli Arsyad Adyan semula.

Aku hanya mengerluh kasar lalu jaket aku diperbetulkan diatas kepala supaya tidak mendedahkan aurat aku.

melihat perbuatan aku, Arsyad Adyan tersenyum sinis. " Habislah rambut rosak kau tertayangkan tadi. itu yang lagi malu." perli Arsyad Adyan sekali lagi, Pergh! boleh darah tinggi macam ni.

" Apa yang kau mengarut ni gila!!" marah aku lalu ditumbuk kasar dada milik Arsyad Adyan dengan bengang. Dasar jahil!

" Aku tak kisahlah rambut aku rosak, Ini soal maruah! Kenapa kau bercakap macam tak ada agama eh? kau islam kan?" marah aku dengan emosi.

Arsyad Adyan menayang muka selamba. " aku dah lama tinggalkan." jawab Arsyad Adyan dengan dingin lalu langkahnya dibawa meninggalkan aku didepan pintu bangunan Taylor Xyren itu.

Aku terdiam. " patutlah perangai macam manusia bertopengkan syaitan. Hati dah hitam." keluh aku dengan penuh kesal akan jawapan jujur dari Arsyad Adyan itu. Pabila dahi dah lama tak sujud pada ilahi? percayalah, Hati takkan tenteram malah jiwa kita berserabut.

apabila jiwa serabut, maksiat dan dosa akan menjadi peneman kita bila duka mendatang. pada saat itu, kita akan mula terkapai-kapai mencari petunjuk tapi ternyata kelam kerna tertutup dengan cebisan dosa.

Aku mengeluh tanpa sedar dan langkahku ditujui kearah kereta.

______

(Rumah Agam Si Iric Dyren)

" Nasib baik kau cantikkan semula nama aku Perempuan! kalau tak? dah lama aku bunuh kau!" marah Si Iric dengan bengangnya yang masih tidak habis dari tadi. Matanya tajam menikam wajah aku yang duduk dihadapannya itu. Waktu makan malam pun nak bertengkar, mana taknya Aira tertekan.

Aku tersenyum sinis." Kau bunuh aku? siapa nak gantikan tempat aku nanti?" perli Aku dengan berani walaupun banyak mata yang menyaksikan pergaduhan aku dengan Si Iric.

Ezrian mula terlompong apabila dengan beraninya Kawannya itu melawan kata Bosnya itu. Wow! Zyren yang melihat wajah terkejut Ezrian itu hanya mengetuk kakinya dibawah meja dengan muka memyampah gila. Annoying gila wei!

Ezrian mengaduh sedikit apabila kakinya diketuk ataupun disepak oleh Zyren. " What!" bisik Ezrian tanpa mengetahui silapnya. Zyren hanya menjeling tajam lalu difokus menikmati makanan walaupun terganggu dengan pergaduhan di meja makan itu sekarang.

" What?! Aku boleh cari orang lainlah perempuan!" marah Si Iric dengan ayat biadapnya itu. Dah tua pun mulut kurang ajar.

Arsyad mula terganggu apabila Datuknya berkata sedemikan.

Aku tersenyum sinis." kau dah lupa ke? siapa bawa aku kesini? cucu kau kan. kalau aku mati dan aku digantikan dengan perempuan lain? tak pasal nanti cucu kau menyesal. menyesal sebab dendam dia masih tak terbalas. Aku mati dekat tangan kau, bukan dia." jawab aku dengan tenang lalu jari aku ditundingkan kearah Arsyad Adyan yang dingin saja.

"Huh! kau cuma bernasib baiklah. Tapi disebabkan kau dah cuci balik nama aku? apa aku boleh buat? Anak dengan bapa pun perangai sama je. buat malu aku saja!" marah Si Iric dengan bengang apabila teringat semula perangai anak kepada kawannya itu. huh kawan perniagaan je!

Aku hanya mendiamkan diri dan mata aku sempat dihala kepada Arsyad Adyan yang juga memandangnya sekarang. satu kenyitan diberi kepadanya. Arsyad Adyan mengeluh kasar lalu memandang ketempat lain.

" Relaxlah, Tempat makan pun nak bergaduh. Kalau kau tak nak tanggung malu? kenapa kau suruh Kak Hafsya juga? so rasalah." Perli Aira dengan menyampah akan perangai Datuknya itu.

Si Iric mengeluh kasar.
"Jangan nak cakap besar Aira. Sepatutnya itu tempat kau. Tapi apa kau buat? mengkhianati aku je. Nasib baik abang kau tak macam kau! setia." perli Si Iric dengan menyampah.

Aira mencebik dan air mukanya mula berubah sedikit. " Buat apa setia pada pembunuh parent aku sendiri." jawab Aira dengan perlahan-lahan.

Arsyad terdiam. begitu juga dengan mereka semua. Si Iric sudah mengeluh kasar tanda menyampah. " Talk to my hand Aira. you know why i do this." balas Si Iric lalu bangun meninggalkan meja makan tersebut.

Aira hanya mengeluh dan bangkit pergi meninggalkan tempat itu juga, barangkali sedih.

" Errggh..Aku tak rasa hari ni hari yang baik buat aku." keluh Alex yang dari tadi mendiamkan diri sahaja.

Arsyad Adyan hanya melihat pemergian adik perempuannya itu. rasa bersalah mula menghantui hatinya. hilang pula selera makan bila macam ni.

Arsyad Adyan juga bangkit meninggalkan meja makan teersebut. " Aku rehat dulu bro." pesan Arsyad kepada mereka bertiga dan sempat matanya dijeling kepada aku sebelum beredar.

" Er korang bergaduhlah. Aku masih lapar dan aku nak makan sekarang ni." celah Ezrian pula lalu disumbat roti kedalam mulutnya itu. maklumlah duduk negara orang putih, makan roti lah.

Zyren hanya menggeleng tanda annoying. " But, good job Rayfa. Aku kagum dengan kau. orang macam mereka, tak patut kau bagi muka." nasihat Zyren dengan muka tenangnya itu.

Aku hanya mengangguk tanda mengerti dan senyuman diberi. " Well Ni Rayfa Syay, sudah terbiasa dipukul dan diajar seperti korang, diajar untuk melawan tanpa ada rasa takut. Meskipun nyawa dan maruah aku melayang." jawab aku dengan tenang lalu diambil roti lalu bangkit dari duduk untuk pulang ke bilik aku. rasa sakit ditahan sebenarnya. Aku tak adalah kuat mana pun! acah kuat je.

Sakit kena tumbuk tadi masih tak hilang. habis muka aku lebam dan pecah. Tapi aku puas bila dapat tikam Melinda tu. sama-sama sakit! haih.

Zyren, Ezrian dan Alex terdiam mendengar jawapan dari Hafsya/Rayfa itu. muka mereka tegang dan dingin apabila merasakan nasib Hafsya sangatlah malang.

jadi pada malam itu, mereka semua sama-sama tidak ada selera untuk menikmati makan malam. hebat sungguh dugaan pada hari ini. macam manalah Arsyad dan Aira boleh tahan hidup didalam jagaan Si Iric yang kejam itu.

Zyren,Ezrian dan Alex pun merasai perkara yang sama. macam manalah mereka boleh berkawan dengan Arsyad Adyan. tapi mereka sedar, Arsyad Adyan sudah lama hilang. kini yang sekarang adalah Arsyad Adyan Dyren.

_______

Ais ditekap perlahan pada pipi aku yang mula bengkak. sakit ditahan apabila ais mula ditekan kuat sedikit dan dijedakan sejenak.

"Argggh.." keluh aku menahan sakit sekali lagi. Air mata mengalir sedikit. Maklumlah, ini penumbuk sulung milik Melinda untuk aku. Memang padu gila. nasib baik gigi tak tercabut.

Disebabkan tidak tahan sakit, aku meletakkan semula ais tersebut diatas meja lalu membaringkan badan diatas katil. Terasa perit satu badan apabila badan bertemu katil.

mata dipenjam cuba untuk lena barangkali keletihan dan jiwa aku penat. Tapi semakin lama aku cuba, semakin banyak memori hitam kembali menyerang. Aku menggelengkan kepala tanda terganggu dengan memori tersebut dan akhirnya aku kembali mencelikkan mata.

" Ahhh aku benci semua ni!!" jerit aku lalu dibaling bantal yang bersebelahan aku. Dengan pantas aku menekup muka menahan tanggisan yang mahu keluar. Sakit dibadan ditahan sekali lagi.

" Ibu.." keluh aku dengan tanggisan perlahan. penat sebenarnya nak acah kuat pada mata semua orang.

" Rizky.." keluh aku sekali lagi dan air mata diseka kasar lalu kembali memenjamkan mata yang mula memberat.

______  
















𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now