-BAB 20-

2.7K 103 0
                                        

"You are Devil but sometime i see my angel in you eyes."

Eizrian memandang lama wajah selamba kawannya itu. Ni kalau aku sekel kepala dia mahu kepala aku tertanggal ni.

Eizrian mengeluh. Air mocha diletakkan diatas meja. Tetiba rasa tak ada selera nak minum lak.

Arsyad masih dengan muka bekunya itu.

" Bro. Kau biar betul? Kahwin ni bukan benda remeh tahu tak?" Nasihat Eizrian dengan resah.

Aku mengerutkan dahi. " what the problem? Kahwin ni kan bagus. " dalih Aku selamba. Phone ditangan dibelek sekejap.

Eizrian mengetap bibir.

" siapa perempuan malang tu?" Soal Eizrian dengan hati yang berat.

Aku tersengih sinis. " perlu ke kau tahu?" Duga aku.

Eizrian menjeling aku tajam.

" kau merepek apa ni dude? Of course lah aku nak tahu. " keluh Eizrian .

" Hafsya. Perempuan tu namanya Hafsya." Jawab aku dengan senyuman penuh makna.

Eizrian terkejut. Spontan tangan dia menghentak meja kafe mereka itu.

Disebabkan hentakan Eizrian ramai mata manusia memandang kearah mereka pelik.

" What bro? The girl is Hafsya!?" Soal Eizrian sekali lagi.

Aku mengangguk.

Eizrian menyandar badannya ke kerusi semula. " kau cakap dengan aku, apa sebab kau nak kahwin dengan dia?" Keluh Eizrian.

" WOI! BANGUN!"

" Woi apa yang kau merepek ni? " kejut Arsyad dengan menyampah.

" wey asal kau nak kahwin dengan dia huh!! Wey." Eizrian meronta dalam tidurnya itu.

Arsyad mengeluh lalu dihentaknya bahu Eizrian kasar sehinggakan Eizrian terjaga dari menggigaunya itu.

Eizrian meraup mukanya. Kedengaran keluhan terbit dari bibir Eizrian.

Arsyad hanya memandang tajam kearah kawannya itu.

" Bro. Ini masa kerja. Aku tak teragak nak potong gaji kau. " ugut Arsyad dengan tegas.

Eizrian menelan air liur.

" Wey..aku mimpi buruk tadi. " keluh Eizrian.

" no more question. Time to work." Perli Arsyad lalu berlalu pergi menuju kearah Pejabatnya itu.

Eizrian mengeluh kasar. "Mimpi buruk apa tadi siak?" Keluh Ezrian dengan muka masih blur.

_________

" kahwin? " detik hati aku. Aku tersenyum sinis.

Aku memandang lama skrin laptop aku.

Tiba-tiba fikiran aku terbang teringatkan Si dia.

Aku mengeluh lemah.

Entah kenapa? Aku berat nak lepaskan dia pergi. Dan aku sendiri tak tahu kenapa?

Kalau boleh selama ni dia boleh sesuka hati bawa perempuan keluar masuk dari rumah dia, tapi entah kenapa kehadiran Hafsya membuatkan dia rasa...dia tak nak perempuan tu pergi.

Ada dendam yang terbuku. Itu yang membuatkan dirinya tak nak perempuan itu pergi.

Atau semua itu hanya perasaan dendam kau pada Aisya?

Please Arsyad! Dia bukan Aisya. Aisya dah lama mati. Ini bukan salah dia.

Tapi..

Entah kenapa..sekali aku lihat wajah dia? Hati aku sakit. Aku tak boleh lihat dia senang.

Aku jahat ke?

Aku mengambil frame gambar aku dan Aisya sewaktu dulu. Aku memenjamkan mata. Tanpa aku sedar frame itu aku baling ke dinding . Hati aku puas! Senyuman sinis terukir dibibir.

Flashback

" Mak Lya. Kalau perempuan tu nak keluar dari rumah ni? Saya tak izinkan. Ingat pesanan saya ni Mak Lya?" Soal aku dengan muka yang dingin.

Mak Lya mengeluh lemah.

" Mak Lya sedar diri sendiri Encik Arsyad. Tapi cara kamu bawa perempuan masuk kedalam rumah tanpa ikatan. Apatah lagi kamu nak kurung dia dalam rumah ni? Mak Lya cuma tegur saja Encik Arsyad. " pesan Mak Lya dengan lembut kepada majikannya itu.

Aku tersenyum sinis. Tie aku dibetulkan seketika.

" Kenapa baru sekarang Mak Lya nak tegur? Selama ni saya bawa perempuan keluar masuk? Mak Lya diam je? Ke saya yang salah?" Perli aku dengan senyuman sarkastik.

Mak Lya terdiam sejenak.

" Tapi perlu ke Encik Arsyad kurung dia? Mak Lya risau." Keluh Mak Lya lalu tangannya ralit mengelap pinggan yang baru dicucinya itu.

Aku hanya tersenyum.

" Mak Lya hanya perlu ikut arahan saya. Atau Mak Lya pun nak keluar dari rumah ni? Mak Lya sendiri faham perangai saya kalau dah marah? Dengan pekerja pun saya boleh lukakan? Apatah lagi Mak Lya kan? " tegur aku dengan senyuman jahat aku. Yes! Aku memang jahat. Asyad yang baik dah lama hilang.

Mak Lya hanya menekur dan mengangguk tanda akur.

Aku tersenyum puas.

" Budak tu Mak Lya jagakan. Nak harapkan ibu dia? Huh? " dengus aku lalu berlalu pergi dan mendapatkan kereta yang terparking digaraj.

Mak Lya memandang sayu kearah Rizky yang sibuk bermain dengan imaginasinya itu di ruang tamu.

______

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang