- BAB 66 -

2K 81 24
                                    

" Abang..." Panggil Zulaikha dengan perlahan-lahan kepada Aryan yang masih memandu disebelahnya.

Aryan hanya membisu dan berpura-pura tidak mendengar panggilan Zulaikha. Akhirnya mereka sudah tiba dihalaman rumah dan langit menunjukkan ingin hujan.

"Abang tak patut buat macam tadi-" keluh Zulaikha lalu terdiam apabila melihat Aryan meraup muka dan meletakkan dahinya di stereng kereta sambil membisikkan sesuatu yang sukar didengar seakan bermonolog dengan dirinya sendiri.

"Abang .." panggil Zulaikha dengan risau.

"Kau diam Zulaikha!" Tengking Aryan lalu merenung wajah Zulaikha dengan muka suram.

"Aku pelik dengan kau Zulaikha, tak cukup dengan Ezrian? Sekarang kau risaukan Arsyad?" Soal Aryan dengan muka kecewa.

Zulaikha terdiam.

"Dia masih adik saudara Abang...abang tak patut buat macam tu." Keluh Zulaikha dengan takut-takut namun diberanikan dirinya ingin bersuara.

Aryan terdiam dan matanya mula berair apabila melihat wajah isterinya itu.

" Zulaikha..." Keluh Aryan dengan kecewa.

Zulaikha mula menyeka air matanya apabila hatinya tiba-tiba terasa sayu apabila melihat wajah Aryan yang seakan menderita sesuatu.

" Kau tahu kan? Kenapa aku jadikan kau isteri aku? Kau tahu kan kenapa aku sayang kau? Kau tahu kan kenapa aku jadi macam ni!?" Soal Aryan dengan kecewa.

Zulaikha mula menangis sambil menahan diri.

" Cukuplah abang, tak cukup dengan Arsyad. Abang nak libatkan Rayfa ke?" Rayu Zulaikha dengan kecewa.

" Kalau betul Arsyad nak tebus kesalahan dia? Biar aku sendiri yang uruskan! Kau ingat aku akan diamkan diri ke? Kau boleh nampak masa dekat mansion tadi, dia sanggup turunkan ego dia. Huh! Sekarang ni baru nak mengaku menyesal lah? Aku tahu Rayfa pun masih berdendam dengan dia. Bukan ke tu satu plan yang bagus." Luah Aryan dengan muka yang tegang tiba-tiba.

"Tapi.."

"Tapi apa?! Kau nak cemburu sebab aku cuba rapat dengan Rayfa?! Huh! Kau kena sedar diri sikit Zulaikha, kau pun lebih kurang sama! Kau ingat aku tak sakit hati ke bila tengok Ezrian tenung kau lama-lama. Kau tu milik aku Zulaikha. Kenapa kau tak boleh faham?" Keluh Aryan dengan kecewa lalu menyandarkan diri dikerusi.

Zulaikha terdiam dan pantas teringat kembali akan renungan yang diberi Ezrian ketika di mansion pagi tadi.

___________

" Do you know Hafsya. selama ni tindakan i memang salah. nak tahu kenapa? sebab i falling in love with you. I fall terhadap isteri kawan sendiri dan...i menyesal! " marah Qyril yang nampak frust.

" You ...you must get back with your husband now. i dont want to see your face. cukuplah saya tolong awak. segala khidmat kerja awak saya hargainya dan saya harap awak takkan terus berperilaku macam sekarang ni. "

"Qyril!!!" Jerit aku dengan tekak yang tiba-tiba terasa kering dan aku mengusap muka yang dibasahi peluh.

Melihat almari baju membuatkan aku sedar bahawa aku dibawa mimpi sebentar tadi.

Aku cuba menarik nafas tetapi hati yang baru tenang sebentar tadi terus berdegup kencang sekali lagi apabila aku terdengar satu jeritan kuat dari arah ruang tetamu ditingkat 2.

" Aira?!" Detik hati aku dengan risau. Selimut yang masih berada diatas badan pantas dialihkan oleh aku dengan hati yang risau.

Baru sahaja aku ingin menuruni tangga, aku dikejutkan dengan Arsyad yang sudah memeluk Aira yang sedaya upaya meronta ingin mendekati Iric yang sudah terbaring tidak berkutik. Zyren, Alex dan Ezrian sedang berdiri ditepi dengan muka yang pucat.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang