-BAB 17-

2.4K 109 0
                                        

"You are Devil but sometime i see my angel in you eyes."


" Bro." Panggil aku.

Eizrian menoleh memandang aku. Lantas dia tersenyum senang.

" Hei Bro. Nasib baik kau datang. Kalau tak baru je aku nak merajuk dengan kau ni ." Perli Eizrian lagi.

Aku hanya mempamerkan wajah beku.

Eizrian tersenyum lipis. " kau macam tak ikhlas nak ambil aku je bro. Ke kau ada masalah. " soal Eizrian dengan prihatin.

Beg sandangnya digalas Eizrian dan mereka melangkah menuju kearah sebuah restoran.

" Nothing Eiz. Im okay. Dont worry. " jawab aku.

Eizrian mencebik. " I know you more Arsyad. Liar." Perli Eizrian dengan sinis.

Aku tersenyum sinis. " liar? I know." Sahut aku lalu menumbuk padu pada bahu sasa Eizrian.

Eizrian mengaduh sedikit. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Arsyad.
Aku hanya tersenyum sinis.

_______

" Wek..Wekk.." aku mengurut perlahan belakang badan Eizrian yang masih memuntahkan isi dalam perutnya itu.

Gelagat kami dipandang pelik oleh manusia yang turut mahu membasuh tangan. Tapi aku hanya membiarkan saja.

Who gay? We are just bestfriend. Nothing more. Ini lah manusia. Tak sah kalau tak berfikiran negatif.

" aku dah cakap, jangan makan udang. Kau degil. " nasihat aku dengan hati yang geram.

Dah lah ambil masa aku nak rehat kat rumah lepastu mamat ni buat hal pula. Aku mengeluh.

" Alaa kau ni membebel macam mak nenek je. " jawab Eizrian setelah dirinya mula stabil.

Aku mencebik lalu dengan pantas tangan aku mengetuk kepala Eizrian kasar.

Auch!

" Kau dah kenapa ? " marah Eizrian.
Aku tersenyum lebar.

" ini balasan sebab degil tak nak dengar cakap aku. Dah lah aku hantar kau ke klinik. " kata aku lalu menyeret Eizrian mengikut aku.

Eizrian menjerit. " Aku tak suka klinik lah bagai!" Rayu Eizrian.

Aku hanya mendiamkan diri dan terus menyeret Eizrian.

Orang ramai melihat kami pelik. Eizrian masih meronta merayu pada aku.

____

Muka masam Eizrian aku pandang sejenak.

" kau buat muka masam lagi. Nak kaki ke? Kau kira untung aku hantar kau ke klinik. " perli aku.

Eizrian masih lagi dengan muka masamnya.

Aku hanya menggeleng.

" Encik Eizrian. " panggil seorang nurse dari bilik doktor.

Eizrian hanya menurut dengan muka yang masam.

Aku menyandar lemah pada bangku. Nampak gayanya sikap manja Eizrian masih tidak berubah.

Tapi siapa tahu? Disebalik sikap manja dia tu ada sikap evil dia. Aku tersenyum sinis.

Baru saja aku ingin melelapkan mata, telinga aku menangkap suara bayi menangis dari arah muka pintu klinik.

Aku memandang lama wanita itu yang menampakkan riak cemas pada wajahnya itu.

" Nurse! Emergency. Please!" Rayu wanita itu dengan tanggisannya.

Mata aku masih memandang wajah wanita itu.

Hafsya..

" Baiklah Puan. Kami akan uruskan anak Puan. Harap Puan bersabar." Pinta Nurse tersebut lalu mengambil Rizky dan dibawa masuk kedalam bilik Rawatan secepat mungkin.

Hafsya mengelap air matanya lalu terduduk lemah dibangku yang berhampiran. Tudung yang senget tidak dibetulkan Hafsya. Nyawa Rizky lebih penting sekarang.

Aku masih memandang wajah sayu Hafsya.

Hafsya menoleh kearah kanannya apabila terasa ada orang yang memandangnya dari tadi.

Hafsya terdiam.

Aku pun turut terdiam apabila mata kami bertentang lama.

Hafsya mengalihkan pandangannya lalu menunduk memandang lantai.
Aku mengeluh.

Adakah ini kebetulan?

Aku termenung sejenak. Suara Eizrian yang menyapa menyebabkan aku tersedar dari lamunan aku.

" hey bro. Jom balik." Arah Eizrian yang sudah memegang plastik ubatnya itu.

Aku memandang wajah muram Eizrian lalu bangkit dari duduk aku.

Baru saja kami ingin melangkah keluar, Eizrian sudah berhenti secara tetiba dihadapan Hafsya.

Hati aku sudah tidak keruan. Dah kenapa pula Eizrian ni? Muka dah macam rupa beruk tertelan batu je.

" Haf..Hafsya kan?" Soal Eizrian dengan tergagap-gagap.

Hafsya yang ketika itu masih memandang lantai menoleh mencari gerangan yang memanggilnya itu.

Matanya tertacap pada Eizrian yang sudah memandang lama wajah Hafsya.

______

Aku terdiam. Senyuman plastik aku hadiahkan kepada Eizrian. Nampak gayanya, penghijrahan aku ke KL menemukan musuh-musuh aku dulu. Tapi mungkin Ezrian kurang sikit berbanding dengan Riyyaz kurang ajar tu?

Aku mengeluh lemah.

" Kau nak apa Eizrian?" Soal aku acuh tak acuh.

Eizrian terdiam.

"Aku..aku nak minta maaf." Keluh Eizrian dengan perlahan.

Aku tersenyum sinis.

" for what? " soal aku semula. Arsyad disebelah hanya memandang aku.

Perasaan malu aku cuba buang apabila direnung sebegitu.

Eizrian meramas rambutnya sejenak.

" For what you say Hafsya? Again aku minta maaf. Aku tahu...aku banyak buat silap dengan kau. Aku dah cuba cari kau tapi.." Eizrian mengeluh sekali lagi.

" Tapi apa?" Soal aku semula dengan muka yang kepenatan.

" Tapi masa tu kau dah pindah. " jawab Eizrian.

Aku tersenyum hambar. " Mak cik aku kata macam tu ke? " soal aku lagi.

Eizrian mengangguk. Aku mengeluh.

" Perkara dah lepas Eiz. Aku malas nak ungkit. Kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. " pinta aku dengan hati yang berbau.

Eizrian mengeluh lemah.

" sekali lagi aku minta maaf. " rayu Eizrian.

Kali ini aku tersenyum kecil.

" Aku okay Eiz. " jawab aku dengan lemah. Tetiba Kepala aku mula terasa berat.

" Puan." Panggil seorang nurse kepada aku. Pantas aku bangkit menuju kearah Nurse tersebut. Baru saja aku ingin bertanya kepala aku mula berdenyut hebat dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.

___________

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang