- BAB 63 -

1.5K 71 10
                                    

Alex dan Zyren berpandangan antara satu sama lain.

Ezrian masih mencuba mengawal emosinya apabila duduk disebelah Arsyad yang serius memandu kereta.

Aira pula cuba menyibukkan dirinya dengan melayan phonenya. Rayfa disebelah hanya merenung kearah luar tingkap sambil memikirkan kata-kata Arsyad pada hari itu.

Noah melelapkan matanya sekejap dek penat seharian bercuti. Keadaan tegang dan sunyi tidak menghalang untuk Noah tidur. Heh? Sempat bahu milik Zyren ditumpang sekejap.

Sampai sahaja di rumah agam milik Si Iric, membuatkan dada Arsyad seakan ingin pecah. Ezrian disebelah mula tidak senang hati apabila melihat muka pucat Arsyad.

Zyren dan Alex yang tidak perasan hanya keluar lalu membuka bonet untuk mengambil barang-barang mereka, diikuti yang lain.

Arsyad dengan pantas keluar dari kereta tersebut lalu mengambil barangnya dibonet, dadanya semakin berdebar kencang.

" Arsyad.." tegur Rayfa yang masih di bonet, tidak berganjak.

Arsyad sedikit terkejut apabila tersedar kehadiran Rayfa disitu. Rasa gementar membuatkannya tidak sedar akan keadaan sekeliling.

Arsyad memejamkan matanya sejenak lalu merenung wajah Rayfa lama.

" I'm so sorry Hafsya." Ucap Arsyad dengan serius lalu digosok lembut kepala Rayfa yang bertudung.

" Kau dah bebas." Kata Arsyad dengan muka yang suram lalu dengan pantas dia mengambil begnya dan berlalu pergi meninggalkan Rayfa disitu.

Setelah Arsyad pergi, orang terakhir yang masih belum mengambil beg adalah Ezrian.

Ezrian sedikit terkejut apabila melihat muka Rayfa yang merah.

" Wait, are you okay Rayfa?" Soal Ezrian dengan risau.

Rayfa hanya menggeleng lalu meninggalkan Ezrian disitu.
Ezrian mengeluh kecil. " Kenapa aku rasa macam tak sedap hati ni?" Keluh Ezrian lalu diambil begnya dan bonet ditutup.

______

Arsyad mula terdiam apabila melihat Aira, Noah, Alex dan Zyren yang masih berdiri didepan pintu rumah seakan melihat sesuatu.

Arsyad menggenggam erat tangannya apabila matanya menangkap wajah Aryan dan Si Iric didepan pintu rumah.

"Home sweet home." Tegur Si Iric kepada mereka semua sambil menghisap rokok disebelah Aryan. 

Rayfa dan Ezrian mula muncul dibelakang Arsyad dan Ezrian terdiam apabila matanya jatuh pada Aryan yang sudah tersenyum lebar kearahnya.

" Dah lama kita tak berjumpa, Ezrian." Tegur Aryan dengan senyuman dibibirnya.

Ezrian memandang kearah lain apabila rasa amarahnya mula datang apabila melihat wajah Aryan.

" Mesti korang semua terkejut, kenapa tiba-tiba aku dan Aryan ada disini, tapi untuk pengetahuan korang semua, aku ada hajat besar nak sampaikan." Kata Si Iric dengan serius. 

" Dah tak ada tempat lain nak borak? Sampai kena borak depan pintu?!" Perli Aira kepada datuknya itu.

Si Iric hanya tersenyum sinis.
" aku tak sabar nak tengok muka manis kau bertukar jadi suram Aira. Lagipun kau kena sedar, ini semua berlaku kerana kau." Perli Iric dengan tenang.

Aira terdiam dan mengeluh kasar. Hatinya menjadi semakin tidak menentu.

" First time dalam hidup aku, Arsyad mendiamkan diri macam ni, kau buat aku terkejut Arsyad." Tegur Iric dengan senyuman sinis dibibirnya.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now