- SP -

2.1K 105 33
                                    


Hafsya merenung wajah baby yang didukungnya itu dengan wajah yang bersinar-sinar.

Melihat baby tersebut tersenyum dan mula meronta-ronta minta dipeluk membuatkan mata Hafsya berair.

" Maafkan Akak Rayyan, Akak terpaksa culik kau." Luah Hafsya lalu dibawa baby Rayyan kedalam pelukannya dengan erat.

_____

" Abang, abang jumpa tak Rayyan? Saya cari dia tak jumpalah." Soal Zulaikha kepada suaminya iaitu Aryan yang sedang menangkas pokok bunga dihalaman rumah. Ehek.

Aryan mengeluh sejenak melihat isterinya mula gelisah.

" Tak payahlah gelisah, dah macam itik hilang anak jer." Perli Aryan lalu bangkit sambil membersihkan semula tangannya yang kotor dengan air.

Zulaikha tercengang.

" Abang panggil saya itik?" Soal Zulaikha dengan muka yang bengang.

Aryan tersengih sinis.

" Haah, memang muka macam itik pun." Perli Aryan sekali lagi lalu meninggalkan Zulaikha ditaman seorang diri.

Zulaikha tercengang sekali lagi. Pantas dia mengekori suaminya itu dari belakang lalu ditarik lengan Aryan dan dirangkulnya.

Aryan hanya tersenyum lebar melihat Zulaikha yang manja.

" Abang! Saya risau ni, Rayyan hilang. Masalahnya sekarang Hafsya pun hilang! Takkan dua-dua ghaib?" Luah Zulaikha dengan risau.

Aryan hanya mendiamkan diri dan mereka berdua memasuki kedalam bilik tidur.

" Abang! Sekarang bukan masa nak tidur. Saya risau ni abang." Keluh Zulaikha apabila melihat Rayyan mula menukar bajunya dan baring diatas katil dengan selamba.

Aryan hanya menggumam disebalik tekupan bantalnya.

" Apa abang? Zulaikha tak dengar." Keluh Zulaikha lalu mendekati Aryan yang masih membebel disebalik tekupan bantalnya itu.

Baru sahaja Zulaikha ingin menghampiri, badan Zulaikha dirangkul dan dibaringkan keatas katil dengan wajah yang tidak bersalah.

Zulaikha terdiam.

" Abang!!" Jerit Zulaikha dengan nada tidak puas hati.

Aryan mengalihkan wajahnya dari bantal lalu merenung wajah Zulaikha disebelahnya itu. Mata Aryan redup merenung wajah isterinya itu.

" Boleh bersabar tak sayang. Abang yakin Hafsya yang bawa lari Rayyan. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni melainkan Hafsya yang datang lawat tadi." Pujuk Aryan lalu dielus lembut pipi Zulaikha.

Zulaikha hanya mengeluh lemah dan kepalanya diangguk tanda mengiyakan kata-kata dari Aryan.

" Tapi kenapa Hafsya bawa lari anak kita? Hafsya ada masalah ke?" Soal Zulaikha dengan prihatin.

Aryan menggumam memikirkan sebab kenapa Hafsya berbuat demikian. Namun senyuman mula terukir dibibirnya.

" Ada problem dengan Arsyad lah tu." Teka Aryan dengan senyuman.

Zulaikha hanya menggeleng apabila mengingatkan semula sikap Arsyad.

" Arsyad tu selalu dengan kerja dia abang, kesian Hafsya. Mesti dia bosan.
Kan bagus Arsyad tu bahagikan masa dia untuk Hafsya sikit." Bebel Zulaikha dengan tidak puas hati namun tiba-tiba mulut Zulaikha ditutup dengan ciuman dari Aryan.

Mata Zulaikha membulat besar melihat tindakan drastik dari Aryan. Tautan ciuman dilepaskan dengan wajah yang selamba.

" Hafsya saja nak bagi kita masa berdua. I'm right? Right now just focus on me Zulaikha, dont talk about another guy. Just only me. Can you?" Keluh Aryan dengan muka yang sengaja dikesiankan.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now