-BAB 51-

1.7K 87 2
                                    

Noah membaling batu kearah kolam ikan yang berada dihadapannya itu. fikirannya ligat memikirkan apa khabar Cik Hafsya. Nak ditanya, tak nampak pula batang hidung pagi ni.

sedang sibuk berfikir, Noah ternampak Aira keluar dari rumah tersebut dengan pakaian seperti ingin bersiar-siar. Sebenarnya, dah lama dia perasan Aira selalu keluar rumah, susah nak nampak dia duduk rumah atok dia tu. Kalau dulu, nak keluar rumah pun Datuk Iric tak bagi. Tapi sekarang? hurm hidup mati Aira pun Datuk Iric tak kisah .

sibuk berfikir sampai terlupa nak intip Aira nak pergi kemana, Noah mengeluh apabila kelibat Aira sudah hilang dari pandangan matanya. biasanya Aira ajak aku teman, hari ni tak pula. Aira pergi mana eah? nak siasat ke? haih nanti menyibuk pula! tapi..

_______

Okay, Aku memerhati Aira yang mengberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah lama. Kenapa Aira datang kerumah lama ni? siapa dia nak lawat? aku tak pernah tahu pun tempat ni.

tapi aku mula mengesyaki sesuatu apabila kelihatan kanak-kanak riang mula keluar dari rumah lama tersebut dengan muka ceria. Mereka seperti suka akan kehadiran Aira.

Aira lawat rumah anak yatim? seriuslah?

Aira hanya tersenyum lebar lalu memeluk mereka satu persatu. Aku tersenyum kecil melihatnya." Haih Bakal isteri siapalah tu kan." keluh Noah dengan sengihan nakalnya itu.

Melihat Aira mula memasuki kedalam rumah tersebut, aku hanya membiarkan sahaja. "Its okay, tunggu next time aku tanya dia." bisik Noah lalu memandu keretanya semula.

_______

" Cik Aira, Saya tak sangka pula Cik Aira datang kesini lagi." tegur Qaseh dengan muka terkejut akan kehadiran Aira ke rumah anak yatim itu.

Aira hanya tersenyum lebar.
" Rasanya tak cukup kalau datang sekali je. Saya rasa, ketenangan saya ada dekat sini." keluh Aira.   

Qaseh terdiam mendengarnya. " Saya faham perasaan Cik Aira. Lagipun Cik Aira selalu membantu kami semua. Setakat rumah anak yatim kami? taklah semewah diluar sana. tapi bagi saya, ini semua dah memadai. mereka bahagia." keluh Qaseh juga.

Aira memerhatikan dekorasi Rumah tersebut yang biasa-biasa saja tapi sedap mata memandang. " hari ni aktiviti apa pula Qaseh?" soal Aira ingin tahu. sengaja ingin tukar topik sedih tadi.

Qaseh tersenyum. " hari ni mereka belajar melukis. itu yang sunyi je rumah ni." jawab Qaseh dengan ceria. Aira terdiam apabila melihat keceriaan pada wajah Qaseh.
dah lama dia inginkan semula keceriaan sebegitu.

" Baguslah. kalau saya nak turut serta boleh tak?" pinta Aira. Qaseh hanya mengangguk tanda setuju.

_______

Ezrian memerhatikan kek coklat pada pinggannya itu. Zyren membuat muka menyampah. " kenapa kau termenung tengok kek coklat tu?" tegur Zyren sambil memegang sudip ditangannya.

Ezrian mempamerkan muka tidak puas hati pula." takkan ni je kau boleh buat bro?" perli Ezrian.

Zyren menayang muka meluat. " sepanjang aku kat sana, elok je makan! kau bersyukurlah sikit." perli Zyren lalu menyambung tugas memasaknya itu.

pembantu rumah tak ada ke? huhehue, dorang yang gatal nak masak kek hari tu. entah angin mana menyeru. Nasib baik pembantu rumah sempat memasak untuk Tuan Iric. Kalau tak? mengamuklah orang tua tu.

Alex hanya melihat Zyren memgacau adunan topping coklat untuk diletakkan diatas kek tersebut.

" Hoi budak! kau tu yang tak menyempat. Zyren belum letak topping lagi kau dah rembat kek dia. lepas tu nak meroyan!" perli Alex dengan muka bengang. Kenapa Ezrian annoying sangat wei?

Ezrian terdiam. " Alaa yeke bro? asal tak cakap awal-awal dekat aku?" dengus Ezrian kasar lalu kek tersebut diletak tepi semula. malu pun ada juga.

" dah kau lambat!" celah Zyren dengan muka fokusnya pada adunan tersebut. Ezrian menjulingkan matanya keatas.

" Wei mana Rayfa eah? tak turun pun? aku risau lak." tegur Alex sambil bermain dengan kotak susu ditangannya.

" hurm Aira dah keluar, Noah dah keluar. Si Iric dah duduk dalam perpustakaan dia. Kita ada dekat dapur. Arsyad..Arsyad mungkin dalam bilik. Mybe Rayfa dalam bilik juga." jawab Ezrian dengan tenang.

" wow dalam bilik eah?" celah Alex lalu tersenyum nakal. Ezrian menayang muka bengang.

" Woi dasar otak kuning! otak biru tak pula?!" perli Ezrian kepada Alex .

Alex ketawa kecil apabila dikatakan sebegitu. " haha aku gurau je bro." celah Alex lalu tergeleng-geleng menahan tawa.

"kau kalau tak otak kuning tak sah Alex. hurm apa kata kau jenguk dia jap. ini baru misi pertama. aku takut dia tumbang lak." arah Zyren dengan muka dingin.

Alex hanya mengangguk.

_______

Tok! tok! tombol pintu cuba diputar dan Klik! Alex terdiam.

" tak kunci?" bisik Alex dengan pelik. pintu dibuka perlahan dan mula memasuki kedalam bilik tersebut dengan hati tertanya-tanya.

" Rayfa?!" panggil Alex dengan cemas apabila melihat bilik tersebut bersepah. pantas Alex menuju ke katil dan Alex terdiam.

" Rayfaa!!" jerit Alex dengan cemas sekali lagi.

Alex cuba mengejut Rayfa yang sudah tidak sedarkan diri ditepi katil. " Rayfa! Bangun? kau tidur lagi ke?" kejut Alex cuba berfikiran positif tapi Rayfa masih tak bangun.

" Hafsya get up!! bangun!" cuba Alex sekali lagi dan masih tiada balasan. melihat wajah Rayfa yang pucat kebiruan membuatkan Alex panik teruk.

pantas Rayfa dikendong lalu dibawa turun untuk dibawa ke hospital.

Melihat Alex berlari melintasi ruang dapur, Zyren dan Ezrian mula mengikuti. " asal dengan Rayfa?" soal Zyren sambil mengejar Alex.

" dia pengsan ni!" jawab Alex lalu meminta Zyren membuka pintu kereta. Zyren hanya menurut dan dengan pantas Rayfa dimasukkan kedalam kereta.

" Ezrian! kau pandu kereta. Aku jaga Rayfa dari belakang. Kau Zyren? duduk dekat rumah. aku risau Arsyad marah lak." arah Alex lalu menutup pintu kereta.

Zyren hanya mengangguk sekali lagi dan kereta tersebut mula memecut meninggalkan halaman rumah agam Si Iric.

Zyren mengeluh lemah. "Aku dah agak dah." bisik Zyren.

melihat Zyren dihadapan rumah, Arsyad memerhatikan kereta Zyren pula yang dipandu laju keluar dari halaman rumah.
Arsyad mengeluh kecil lalu langsir tingkap ditutup kembali.

" pengsan ke Hafsya tu?" bisik hati Arsyad lalu dirinya dibawa kearah kerusi kerjanya itu. " ini semua salah kau Arsyad." bisik hati Arsyad dengan resah.

Arsyad memandang tajam gambar kedua-dua ibu bapanya itu yang elok diframe diatas meja kerjanya. " Ini bukan salah Arsyad ibu ayah, tapi ini salah Datuk Iric sendiri. sebab dia, Arshad hilang ibu ayah. disebabkan Datuk? Arsyad hilang Adik Arsyad sendiri. Arsyad dah jadi hamba kepada Datuk sendiri." keluh Arsyad dengan bengang lalu rambutnya dikuak kebelakang.

" Disebabkan dia, Arsyad hilang diri sendiri." keluh Arsyad lalu air matanya mengalir perlahan. Diluar, Arsyad Adyan seorang yang dingin, tapi bila dia keseorangan, inilah dirinya yang rapuh tak bertali. Tapi ramai yang tidak mengetahuinya.

_______  

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now