-BAB 54-

1.6K 77 4
                                    

Aku buka mata secara perlahan-lahan apabila terasa sinaran matahari yang mula menyinar dan sedikit pedih terasa dek baru bangun tidur yang lama.

Aku mengenyeh sejenak mata aku supaya lagi jelas dari kabur.

melihat langsir sudah diikat ketepi tanda ada gerangan yang melakukannya.

siapa?

Masih dalam kekeliruan, Aku terpandang kearah satu plastik warna merah jambu diatas meja.

" macam makanan?" bisik aku lalu dipegang plastik itu dan terasa panasnya.

" Eh baru lepas masak ni." bisik aku lagi lalu pantas saja tangan aku ditarik semula apabila terdengar pintu dibuka dari luar.

"So kau dah bangun?" tegur Arsyad Adyan dengan satu senyuman dibibirnya.

Aku terdiam.

" kenapa dia datang lagi?" bisik aku didalam hati dengan hati yang berat.

"bukan ke semalam dia mengamuk dengan aku? Marah aku?" bisik aku sekali lagi didalam hati.

" Kau fikirkan apa? pasal malam semalam?" tegur Arsyad Adyan yang sudah duduk dihadapan aku diatas katil.

Aku terdiam dan terpaku.
" Eh sejak bila dia ada dekat depan aku ni?" keluh aku lalu mata dialihkan dari terus memandang wajah kacak itu.

salah, wajah dingin itu. ceh.

Arsyad Adyan meraup wajah seketika dan matanya mula menatap wajah wanita dihadapannya itu dengan hati yang bercampur baur.

" Aku tak patut tinggalkan kau semalam." luah Arsyad Adyan dengan suara yang tenang.

Aku masih mendiamkan diri. Aku sendiri pun tak sanggup nak pandang muka dia.

" Sepatutnya aku tak balik, tak balik...Sebab bila aku balik? Aku tak boleh tidur, Tak boleh tidur... Mata aku susah nak lelap. Kau tahu tak boleh lelap?" luah Arsyad Adyan secara tiba-tiba kepada aku dengan nada yang tergagap pula.

Aku mula memandang wajah dia sedikit. Nampaklah wajah dia yang tak cukup tidur tu. padan muka.

" Mestilah kau tahukan? kau kan dah besar." perli Arsyad Adyan lalu satu sengihan diberi.

Aku hanya menggeleng tanda malas nak layan.

Melihat Aku hanya membatukan diri. Arsyad Adyan mula mengambil makanan yang elok terletak diatas meja itu.

" Makanan ni aku yang beli. So kau kena makan." arah Arsyad Adyan lalu bekas makanan itu dibuka lalu dihulur kearah Aku.

Aku memandang sepi bekas makanan tersebut.

Aku menolak bekas makanan tu perlahan-lahan dan Arsyad Adyan hanya menyepi apabila tangannya ditolak.

"Aku dah tiga hari tak makan. Tak makan lansung." luah Arsyad Adyan secara tiba-tiba lalu bekas makanan yang masih panas tu diletak diatas katil.

Aku hanya mendiamkan diri dan pura-pura tidak mendengar, padahal telinga aku nak je dengar.

" Tapi minum air, Aku minumlah." kata Arsyad lalu tersenyum lebar. agaknya lawak kot bagi dia.

" Setakat tiga hari tak makan. Aku tak kisah Hafsya. Sebab aku pernah tiga minggu tak makan." cerita Arsyad dengan muka yang tenang.

Aku yang mendengar sedikit terkejut.

Arsyad Adyan mengambil semula bekas makanan tersebut lalu dimain-mainkan sudu dengan nasi yang masih panas itu.

" Aku buat masalah dengan Datuk aku. Jadi dia hukum aku dengan tak bagi makan. Tapi aku protes, Lagilah Datuk aku marah. Masa tu parent aku dekat luar negara. Jadi, mereka takkan tahu ajaran-ajaran dia. huh." cerita Arsyad lalu tersenyum kecil.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now