- malam yang indah bertukar menjadi malam yang penuh dengan kedukaan-
🍁
Kekejaman Iric menyebabkan ramai insan yang tidak dapat pulang untuk berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing,
Disebabkan hati yang masih mempunyai perikemanusian, Arsyad mengarahkan mereka untuk pulang pada malam tersebut.
Entah mengapa, mungkin ini takdir yang telah ditakdirkan untuk mereka semua.
Untuk apa kita melibatkan insan yang tidak bersalah dalam hal ni?
Arsyad tersenyum lebar apabila matanya dapat melihat wajah-wajah sahabatnya itu. Air matanya mengalir perlahan seakan mungkin hari ini pengakhiran hidupnya.
Namun jeritan yang diberi oleh Mereka membuatkan Arsyad kembali sedar bahawa ada insan yang mengambil berat pada dirinya yang hina ini.
" Arsyaddd!!!!" Jerit Ezrian dengan muka yang tidak percaya dengan apa yang berlaku. Air matanya mengalir deras apabila melihat jasad kawannya yang penuh dengan darah.
Tanpa mengendahkan pandangan tajam dari Rayfa yang berdiri tidak jauh dari mereka, mereka mula berlari mendapatkan Arsyad yang sudah terbaring.
Mereka semua mengesat airmata yang masih belum ingin berhenti.
" Apa yang kau buat ni Rayfa?!!" Marah Ezrian dengan mata yang merah. Matanya tajam merenung kearah Rayfa yang sudah berlumuran dengan darah.
Rayfa hanya menayangkan wajah dingin dan tangannya menggigil kecil.
" Jangan tanya kenapa aku buat semua ni?!" Marah Rayfa dengan muka yang penuh dengan keputusasaan.
" Kalau kau takut dengan mati? Kau fikir kitaorang tak takut dengan mati juga ke hah Rayfa!!?" Tengking Noah dengan tanggisannya.
" Lihat ni!!! Apa yang kau buat dekat aku huh?! Kau nak bunuh aku kan?!" Tengking Noah yang mula emosi.
" Kau tahu tak? Aku tak banyak masa lagi ah!! Lihat ni!!" Tengking Noah lalu bajunya diselak kasar supaya Rayfa dapat melihat bom masa yang terdapat di perutnya itu.
Rayfa menekup wajahnya dengan hati yang penuh dengan kekesalan. Pisau masih dipegangnya erat.
" Aku ada lagi 5 minit lagi! Kau tahu tak Rayfa?! Berbanding dengan ketakutan kau? Aku lagi menderita! Sebab kalau aku mati, semua akan mati!!" Tengking Noah dengan tanggisannya yang tidak ada penghujungnya.
" Noah.." tegur Arsyad dengan suara yang lemah.
" Aku minta maaf, disebabkan perbuatan aku, kau terlibat dengan semua ni!" Rayu Arsyad dengan suaranya yang tersekat-sekat. Air mata Arsyad mengalir deras. Hatinya rapuh sekarang.
Noah menjerit kuat lalu menutup wajahnya dari terus melihat situasi di sekelilingnya itu.
Sungguh dia takut!!
"Rayfa? Kenapa dengan kau huh? Kau nak balas dendam?!" Tegur Ezrian dengan wajah dingin.
Zyren masih memangku kepala Arsyad supaya darah tidak keluar dari mulutnya, jika dibiarkan Arsyad boleh tersedak disebabkan darah yang berkumpul di tekak dan mulutnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ©
Romance" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become like a hell."- Arsyad. " Are you happy when you see someone hurt?" - Hafsya. " I just hurting someon...
