-BAB 22-

2K 117 4
                                    

"You are Devil but sometime i see my angel in you eyes."

Arsyad pov:

Aku berdiri sejenak dihadapan pintu bilik Hafsya.

Aku menarik nafas berat.

Baru saja aku ingin mengetuk pintu, Mak Lya datang menegur aku dengan keadaan tergesa-gesa. Mukanya jelas terpamer riak gelabah.

Aku menanti kata-kata yang bakal lahir dari mulut Mak Lya dengan hati yang serba serbi tak kena.

Mak Lya mengeluh lemah.

" Erm sebenarnya Encik, Cik Hafsya dah lari dari rumah." Beritahu Mak Lya dengan hati yang berat.

Aku mengerutkan dahi.

" Mak Lya bergurau ke?" Soal aku dengan hati yang mula panas.

Mak Lya menggeleng laju. " Mak Lya tak tipu. Mak Lya tak sempat nak kejar dia tapi dia dah hilang. " keluh Mak Lya.

Aku memutarkan tombol pintu bilik rehat Hafsya dan Rizky ditempatkan lalu memasuki  ke dalam bilik yang jelas tiada sesiapa.

" Huh." Dengus aku dengan kasar apabila bilik tersebut sunyi dan kosong.

Tanpa aku sedar, pintu tersebut aku tutup kembali dengan kasar sehingga berdentum dibuatnya.

Mak Lya menunduk ketakutan.

Aku menggengam erat tangan aku dan membiarkan saja Mak Lya disitu tanpa mengesyaki apa-apa. Fikiran aku kusut sekarang.

Aku memasuki kedalam bilik lalu menghempaskan badan keatas katil dengan hati yang panas.

Perasaan dendam yang merajai hati seakan memerlinya kerana membiarkan mangsanya melarikan diri.

Dan hati dia sedikit walang apabila wanita itu tergamak meninggalkan dirinya tanpa pesan.

Aku tersenyum sinis.

Perlu ke perasaan cinta itu hadir setelah sekian lama pudar?
Huh? Dan perlukah dendam silam itu pasti dikuasai?

Tapi bagi Arsyad Adyan. Dendam seorang lelaki pasti diteruskan. Arsyad yang dulu sudah mati.

" i warning you my lady, i never let you go." Bisik Arsyad.

_________

Betullah kata manusia, andai Tuhan dah takdirkan kau akan bertemu dengan dia, kau pasti akan bertemu dengannya walaupun dalam keadaan macam mana sekalipun.
Event perkara itu pahit.
Kau kena laluinya dengan redha.
Kau tak boleh dari takdir.
Dan kau kena terima.

Perjalanan hidup kau bersama dengan dia.

ARSYAD ADYAN.

3 bulan selepasnya

Aku memerhati pusara Arwah Rizky dengan hati yang sedih teramat.

Aku menangis teresak-resak ditepi batu nisan itu.

Dada aku berombak kencang menahan sesaknya di dada.

Keadaan kubur yang masih merah membuatkan aku kembali sedih.

Cepatnya kau pergi tinggalkan ibu Rizky, ingin sekali ibu melihat kau membesar.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Where stories live. Discover now