-BAB 30-

2.4K 96 0
                                    

"You are Devil but sometime i see my angel in you eyes."

for i love you na na na
gonna to leave you
for summer to leave your behind
but is so hard to stay

________

" ini tiket penerbangan Cik dan Tuan Muda Arsyad. saya tahu mungkin Cik pelik tapi ini semua arahan Tuan Muda." pesan Madam Angel dengan senyuman kecil di bibirnya itu.

aku memandang sepi tiket tersebut. apa agenda Arsyad nak bawa aku ke negara orang luar ni? tak cukup dia buat aku jadi hamba dia? lepastu nak bawa aku ke negara orang pula.

fikiran negatif sering merasuki fikiran aku sekarang. tapi apabila teringatkan wajah dingin milik Arsyad membuatkan aku kembali gerun.

" Ok Cik, we must go now." arah Madam Angel lalu membawa aku keluar dari bilik mewah itu dan menuju kearah sebuah kereta yang elok terparking di halaman rumah. sebelum itu mata aku terpandang kearah Eizrian dan Alex.

mereka memandang aku lama. dan aku hanya tersenyum kelat. perasaan terkejut usah dikatakan lagi apabila melihat wajah mereka berdua tapi apakah daya...semuanya dah terjadi.

rupa aku tak lari macam banduan kena tangkap dan hanya redha menunggu hukuman. tapi situasi aku berbeza. aku tidak bersalah tapi disalahkan atas benda yang aku tak buat.

dunia memang tak adil..

melihat pintu dibuka oleh Madam Angel, dengan hati yang berat aku memasukinya dan mata aku tertacap pada Arsyad Adyan yang sudah duduk didalam kereta tersebut.

Keadaan masih senyap sunyi. dan hati aku gusar. semuanya ada.

kereta mula bergerak dan dipandu oleh Alex dengan Tenang. manakala Eizrian aku tidak tahu kemana dia pergi.

" kau akan ikut aku. aku ada job untuk kau disana. you must do it." pesan Arsyad secara tetiba dengan nada yang dingin. matanya masih leka memandang ipadnya itu.

" Kau nak aku buat apa? lacurkan diri aku? kau nak jual aku? kau nak aku duduk merempat dekat sana? " perli aku apabila mendengar ayat Arsyad tadi.

entah kenapa tetiba perangai aku bertukar sebegitu. bagi aku Arsyad tak lari macam orang sakit mental yang tetiba nak hukum aku. apa salah aku pada dia? aku buat apa kat dia?

tapi soalan itu hanya mampu luah dekat dalam hati saja. aku mengeluh lemah.

hati aku kembali sakit apabila melihat pakaian yang terpaksa aku pakai sekarang ni. aku rasa maruah aku dipijak lumat oleh Arsyad.

Arsyad hanya mendiamkan diri dan nampaknya macam tak ada gaya nak jawab soalan dari Hafsya.

Alex dihadapan juga terkejut apabila melihat Hafsya dengan beraninya melawan kata dengan Arsyad. Alex sudah mula berdebar menanti respon dari Arsyad.

dia tahu  Arsyad macam mana perangai tapi satu perkara membuatkan Alex tergamam. Apabila melihat Arsyad hanya mendiamkan diri dan hanya memfokuskan pada Ipadnya itu.

Alex mengeluh lega.

" kenapa kau diam? memang betul ke apa yang aku sangkakan ni? " perli aku semula apabila melihat Arsyad masih mendiamkan diri.

Arsyad tersenyum lebar mendengarnya. Ipadnya ditutup sejenak lalu matanya memandang aku tajam. matanya yang cantik aku pandang lama tanpa gentar pun.

" Kau tak kenal aku lagi." kata Arsyad sepatah.

aku hanya diamkan diri.

" Memang aku tak kenal kau pun. dan kau tak tahu siapa aku." balas aku dengan dingin.

Arsyad mencebik.

" Kau akan kenal aku selepas aku kenalkan aku siapa nanti, understand? " Jawab Arsyad lalu mengalihkan pandangannya kehadapan.

aku hanya terus mendiamkan diri dan fikiran aku bercelaru memikirkan apa nasib aku nanti disana?

Hafsya..please jangan biarkan ego menguasai diri kau..

jangan biarkan diri kau terus menerus diselebungi ketakutan..

kerna semua ini hanyalah Duniawi yang sementara...

aku menggengam erat tangan aku yang mula kesejukan. pesanan Arwah ibu selalu aku ingati dan akan aku pegang meskipun nyawa bakal melayang kelak.

Hafsya rindu ibu...

________


𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang