- BAB 69 -

2.3K 77 8
                                        


-a painful ending yet we had to go through it.-

• • •

Pintu bilik air dibuka kasar dan singki ditujui.

Rayfa membilas wajahnya dengan terburu-buru apabila penglihatannya mula kabur sebentar tadi.

Semakin Rayfa membilas wajahnya, semakin kabur penglihatannya. Rayfa mula termengah-mengah menahan sebak dihati.

Penglihatannya kabur disebabkan air matanya yang tidak mahu berhenti mengalir dari tadi.

Tangan digenggam erat dan Rayfa membelek wajahnya di cermin bilik air. Wajah yang tidak bermaya dan pucat.

" Aku nak bebas...aku nak lari dari semua ni." Rayu Rayfa dengan tanggisan kecilnya.

"Sshhhhh!! Diam! Diam Rayfa .." bisik Rayfa dengan senyuman kecil pula.

" Tak!! Aku tak sanggup!!" Jerit Rayfa semula apabila menyedari dirinya mula berhalusinasi.

" Shhh!! Kau kena buat juga Rayfa. Kalau tak kau akan mati. Kau-Argh!!" Jerit Rayfa dengan hati yang berserabut lalu rambutnya diramas kasar.

Wajahnya kembali direnung disebalik cermin, mata Rayfa semakin kabur apabila melihat dirinya yang seakan tidak waras. Dengan cepat Rayfa menyeka air matanya dengan harapan dirinya akan kembali Okay.

Balkoni bilik ditujui lalu Rayfa mula duduk di atas jubin lantai sambil menghadap permandangan dihadapannya itu. Suasana malam yang tenang dan sunyi membuatkan hati Rayfa sedikit tenang.

Kesejukan yang dirasai sedikit sebanyak membuatkan hati Rayfa yang terluka kembali terubat.

Langit yang penuh dengan bintang-bintang yang berkelipan mula dikira oleh Rayfa satu persatu seakan dengan cara itu dapat menghibur dirinya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Langit yang penuh dengan bintang-bintang yang berkelipan mula dikira oleh Rayfa satu persatu seakan dengan cara itu dapat menghibur dirinya. Satu senyuman terukir dibibirnya.

Tanpa disedari oleh Rayfa, ada mata yang telah lama merenung kearahnya. Mata yang sayu dan penuh dengan kedukaan.

Asap rokok dihembus perlahan sambil matanya ralit merenung kearah Rayfa yang tiba-tiba duduk dibalkoni biliknya itu.

Siapa sangka, hasratnya yang ingin duduk sebentar di pondok kayu sambil menikmati rokoknya membuatkan Arsyad dapat melihat wanita yang dicintainya itu dari bawah.

Ya, wanita yang dicintainya tapi korang tahu kan? Cintanya masih tergantung sepi. Siapa jer nak terima cinta seorang lelaki yang telah hancurkan hidup dia.

Arsyad masih merenung kearah Rayfa dan matanya dapat melihat keadaan Rayfa yang tidak terurus. Buat seketika, hati Arsyad mula risau.

Dia tahu, ada sesuatu yang Rayfa simpankan dari mereka semua. Sesuatu yang mustahil untuk Rayfa elakkan.

Rokok yang dihisap oleh Arsyad direnung sekejap.

Satu senyuman kelat terukir.
" I broke my promise. I smoked one more cigarette again. but do you know Rayfa, I want to live long with you. So, maybe I should quit smoking." Keluh Arsyad lalu puntung rokok tersebut dipijak lalu dibuang ketempat yang sepatutnya.

𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 © Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang