______________
"You are Devil but sometime i see my angel in you eyes."
KRING..KRING..
Dengan pantas aku menutup alarm phone aku.
Jangan kencam aku kenapa alarm aku bunyi mcm tu ..aku guna je..
Aku bangkit dari tidur aku. Sejenak aku termenung ditepi katil.
"Hear me Lady, if i see you again? Aku tak teragak untuk dapatkan kau.
And you will be mine. Note that. Lagipun aku baru teringat yang kita pernah terjumpa. "Aku meraup wajah aku banyak kali. Argh!! Kenapa ayat lelaki mulut longkang tu je aku ingat?
Tak guna..
Abaikan semua tu Hafsya! Sekarang ni kau kena fikir macam mana nak servive diri kau dekat Bandar ni.
Beg kau tertinggal...
Arghh!!!
Sumpah aku benci kau lelaki mulut longkang!
" Tapi apa maksud yang dia kata aku dengan dia pernah jumpa?" Soal aku sekali lagi tapi disebabkan ingatan yang lemah membuatkan aku malas memikirkannya.
_______
Alhamdulilah nampak gayanya duit aku semuanya terbang melayang. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku rezeki.
Dengan duit yang ada? Aku telah borong beberapa pakaian seharian aku dan sebagainya.
Aku duduk di bangku melepaskan lelah membawa beg yang banyak.
Tiba-tiba phone aku berbunyi.
Ouh abang Aaron call.
" Assalammualaikum abang. Ada apa call ni? Rindu adik eah?." Sakat aku.
Kedengaran Aaron mencebik.
" Waalaikumussalam adik gemuk. Abang call saja je nak tahu keadaan adik gemuk abang ni. " jawab Aaron lalu ketawa besar.
Aku mencerutkan muka. Ceit..Tak guna punya abang.
" Sorry? Gemuk? Siapa adik gemuk abang? Tak kenal lah." Balas aku dengan senyuman sinis.
" Hek eleh, buat tak kenal lak kau ni. Okla, kau kat sana okay tak? Ada masalah? Dengar cerita mama kata kau nak berdikari? " Perli Abang Aaron.
Aku mengeluh.
" yes i'am abang Aaron. Adik nak berdikari. Adik tak nak tumpang kesenangan mama dan ayah. Begitu juga dengan abang Aaron dan Kyle. Adik tak nak susahkan sesiapa. Cukuplah dulu adik menyusahkan korang. " keluh aku sekali lagi.
" My lady. Kami tetap sokong kamu Hafsya. Even kau bukan adik kandung aku? Tapi abang tetap sayang kau macam adik abang sendiri. Tapi lepasni kau janganlah banyak simpan rahsia. " nasihat Aaron.
Aku tersenyum lebar.
" Ok abang. Insyallah. Adik tak boleh lama-lama ni. " beritahu aku.
" hurm yelah. Abang pun ada kerja ni. Bye. Take care. Assalammualaikum. "
" waalaikumussalam. " aku menamatkan panggilan dan aku kembali membawa beg-beg yang banyak itu.
Dalam masa beberapa minit aku sudah tiba dihadapan hotel bajet.
Haha. Aku borong barang dekat kedai tepi jalan je. Tak ada masa aku nak ke shoping complex. 😴
Dah nama pun nak berdikari kan. Kena belajar hidup serdehana.
Sedang aku leka berjalan, aku terdengar raungan tanggisan seorang bayi ditepi jalan kaki.
Jantung aku berdebar- debar.
Kepala aku hampir berpinar apabila melihat seorang wanita sudah berlumuran darah dan ditepinya seorang bayi menangis ketakutan.
Pantas aku mendapatkan wanita muda itu yang masih nyawa-nyawa ikan. Kawasan yang sunyi menyebabkan tiada sesiapa boleh aku mengharapkan pertolongan.
Aku memangku kepala wanita itu dengan hati yang cemas.
" Adik...adi.kk..tolong jaga anak akak....anak akak...tak ada sesiapa..lag..i...melainkan..akak...tolong..jaga dia...Allahu..akhbar.." rintih akak tersebut lalu tidak sedarkan diri dan kaku tidak bernyawa.
Badan aku menggigil ketakutan. Tak semena air mata aku mengalir perlahan. Bila memikirkan nasib bayi akak tu, aku menjadi hiba.
Dalam beberapa minit orang ramai mula berkurumun dan kedengaran siren ambulans.
________
Air mata aku mengalir deras. Bayi didalam pangkuan aku peluk erat. Perbincangan petang tadi terimbau kembali dalam ingatan aku.
" Baik lah Cik, jadi cik sudi mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat dan ini semuanya dokumen berkaitan bayi ini. Jadi saya harap Cik boleh memegang amanah ini dengan baik. Anak yatim kita tak boleh abaikan kebajikan dia. Dalam islam pun ada mengatakan anak yatim ni mesti dijaga sebaik mungkin. Jadi moga urusan cik dimudahkan oleh Allah. " pesan Ustas Mukhris.
Aku memeluk erat bayi didalam dukungan aku.
Aku mengusap ubun-ubun kepala bayi itu.
" Rizky..ibu akan jaga kamu sebaik mungkin.." bisik aku ditepi telinga Rizky.
Rizky hanya lena dalam pangkuan aku. Secara jujurnya, wajah Rizky sangat comel dan kecomelannya cukup menyalurkan semangat kepada aku untuk menjaga dia.
Dan Rizky amanah dari ibu dia dan Amanah dari Allah kepada aku.
Siapa aku untuk menolak takdir? Semua ni mesti dugaan yang Allah mahu bagi kepada aku.
Dan aku terimanya dengan hati yang Redha.
________

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ©
عاطفية" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become like a hell."- Arsyad. " Are you happy when you see someone hurt?" - Hafsya. " I just hurting someon...