1

10.6K 196 0
                                    

ALYANA mengemas buku-buku yang bertaburan di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg. Selesai mengemas, Alyana bangun sambil menggalas beg dan keluar dari perpustakaan.

Alyana yang hendak berlalu ke biliknya itu tersentak sebaik sahaja, telefon bimbitnya berbunyi. Alyana melihat nama yang tertera di skrin telefon. Senyuman terukir di wajah sebelum menjawab.

"Assalamualaikum Nara" Alyana memberi salam.

"Waalaikumsalam, Alya kau kat mana ni? Bising aku dengar?" soal Innara setelah menjawab salam Alyana.

"Dekat library ni, baru aje lepas study" ujar Alyana.

"Kau ni.. library tu dah macam rumah kedua kau kan? Bila aku call aje, kau mesti kat library. " kata Innara.

Alyana tersenyum.

"Kau ni Nara kenapa cakap macam tu? Aku kena lah study lagipun dah tak lama nak final exam " kata Alyana.

"Ermm..ni aku nak bagitahu kau, malam ni aku tak balik rumah tau. Aku balik rumah family aku. Diorang ada buat dinner malam ni dengan kawan mama aku" beritahu Innara.

"Oh..tak apalah kalau macam tu, tapi kenapa aku dengar suara kau macam tak ceria aje?" soal Alyana setelah mendengar nada suara Innara itu.

"Kau macam mana? Aku risalah kau sorang-sorang kat rumah. Kau mintaklah siapa-siapa teman kau. Aku tak haraplah kau duduk sorang" risau kedengaran suara Innara.

Alyana menggeleng mendengar kata-kata Innara.

"Kau jangan risaukan aku, aku okey aje duduk sorang-sorang. Lagipun selama ni, kau pernah aje pergi rumah keluarga kau. Aku okey aje duduk sorang" balas Alyana.

"Yelah, selalu aku pergi sekejap aje. Malam aku balik pulak rumah sewa tu, tapi malam ni aku tak balik tau." Innara masih tak puas hati.

"Nara..kau janganlah risau, aku tahulah jaga diri aku. Jangan risau ok?" Alyana menenangkan kawannya.

"Ok..tapi ingat, apa-apa kau call aje aku. Kalau kau tak call jugak siap kau!" pesan Innara.

"Baiklah cik Innara." balas Alyana sambil tersenyum.

"Tak apalah, aku nak letak dulu ni. Ingat aku pesan tu. Assalamualaikum" Innara mematikan talian.

Alyana membalas salam, dia meneruskan perjalanan untuk pulang sambil dia menyimpan telefon ke dalam beg. Tiba-tiba, Alyana dilanggar seseorang. Alyana tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh terlentang. Telefonnya tercampak ke tepi.

"Aduh! Sakitnya.." Alyana memegang pinggangnya. Alyana mendonggak memandang gerangan orang yang melanggarnya.

Rupanya lelaki yang melanggarnya itu masih berdiri sambil memandangnya. Alyana lihat lelaki itu sangat kacak, dengan mengenakan kaca mata hitamnya.

"Awak okey ke?" soal lelaki itu dengan wajah yang tak ada perasaan.

"Ok..saya mintak maaf sebab langgar awak" Alyana meminta maaf.

"No. Saya yang langgar awak, saya yang sepatutnya minta maaf. Awak boleh bangun tak?" soalnya.

Alyana tidak menjawab, dia memegang pinggangnya.

"Come.."

Alyana melihat lelaki itu menghulurkan tangannya. Alyana tidak menyambut huluran tangan lelaki itu dia mengagahkan dirinya untuk bangun. Tetapi amat mengejutkan apabila lelaki itu menarik tangannya membantunya bangun.

Apabila sudah bangun, Alyana cepat-cepat menarik tangannya.

"Err..terima kasih.."

"Nazim Aiman..just called me Nazim" ujar Nazim tanpa sempat Alyana menghabiskan ayatnya.

"Oh..Terima kasih Nazim" balas Alyana perlahan.

"Siapa nama awak?" Nazim menyoal.

"Nama saya..Alyana"

Nazim menganggukkan kepala.

"Cantik nama..macam orangnya. Gorgeous.." katanya sambil memandang Alyana atas bawah.

"Err..saya mintak diri dulu." baru Alyana ingin berlalu, Nazim menegur.

"Excuse me, beautiful angel "

Langkah Alyana terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Nazim. Betul ke dia panggil aku?

"I means you Alyana.." ujar Nazim setelah melihat Alyana berdiri kaku itu.

Alyana menoleh.

"Your phone.." Nazim menunjuk telefon bimbit milik Alyana.

Alyana terus mengambil telefon bimbit miliknya. Anak rambut yang menutupi dahi disisir ke tepi. Makin menyerlah kejelitaannya. Terpegun Nazim melihatnya.

Alyana berlalu dari situ. Nazim menurunkan sedikit cermin mata hitamnya. Tidak berkelip dia memandang gadis cantik itu. Lalu perlahan-lahan senyuman sinis terukir di bibir.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now