53

3.6K 120 4
                                    

Nazim bergegas menuju ke arah Nazira dan Elisa yang sedang duduk di kerusi yang tersedia dia depan wad.

"Kak! Mama macam mana?" soalnya cemas.

Nazira memandang adiknya.

"Doktor dah bagitahu tadi..mama mengalami strok" ujar Nazira sebak.

Berubah wajah Nazim.

"Strok?"

Nazira mengangguk. Nazim memegang kepalanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni kak?" soal Nazim.

"Akak pun tak tahu..bila akak balik rumah aje..akak nampak Lisa tengah menangis depan mama. " ujarnya sambil menghalakan pandangan pada Elisa.

"Lisa! "

Elisa membuat wajah sedihnya.

"Lisa tak tahu..Lisa dalam bilik Naz. Lepas tu Lisa dengar auntie menjerit. Bila Lisa keluar Aje..auntie dah terbaring. Kepala dia berdarah, maybe..auntie jatuh tangga" ujarnya.

Nazim terduduk sambil meramas rambutnya.

"Naz..Naz tunggulah mama sekejap. Akak nak ke toilet kejap. Nanti akak datang balik" jawabnya lalu beredar dari situ.

Elisa mendekatkan diri dengan Nazim. Tangan Nazim dipegang.

"Naz..Naz pergi mana? Kenapa lama sangat?" tanya Elisa.

Nazim menghela nafas, ikutkan dia malas hendak menjawab.

"Naz.." Elisa menggoyangkan tangannya.

"Apadia Lisa? Jangan ganggu Naz..Naz serabut sekarang ni!" tinggi suara Nazim.

Berubah wajah Elisa bila ditempelak begitu.

"Naz ni kenapa? Lisa cuma tanya Aje..yang Naz nak marah-marah ni kenapa?" Elisa turut meninggikan suara.

Nazim merenung tajam ke arah Elisa.

"Lisa! Jangan kurang ajar ya? Apa soalan Lisa tu lagi penting ke? Tolong faham boleh tak? Mama dekat dalam..tengah sakit, Lisa tak habis-habis tanya soalan!" marah Nazim.

Geram Elisa mendengarnya. Nazim boleh memarahinya. Tak guna! Nazim mengeluarkan telefon bimbitnya, dia ingin memeriksa telefon bimbitnya. Mana mungkin ada orang yang menelefonnya.

Sebaik sahaja dia membuka aplikasi WhatsApp. Dia melihat status WhatsApp Daniel. Makin terbakar hatinya apabila Daniel memuat naik gambarnya dengan Alyana. Kedua-dua mereka tersenyum manis.

Nazim menggenggam telefon bimbitnya dengan kuat. Hatinya betul-betul sakit.

......................-.................................

Alyana berwirid di atas tikar sejadah. Dalam dia leka, adiknya terjaga dan mengigau.

Alyana terus bangun, dia duduk di birai katil. Bahu adiknya ditepuk perlahan.

"Adik..adik.." kejutnya.

Malik membuka mata, dia terus bangun.

"Kenapa ni sayang?" soal Alyana sambil memeluk adiknya.

"Akak..adik mimpi mak" jawab Malik.

Alyana merenggangkan pelukan.

"Adik mimpi mak pakai baju putih. Mak senyum Aje.." ujarnya.

Alyana memeluk adiknya kembali. Semakin erat dia memeluk, gugur juga air matanya.

"Akak..adik rindu mak..adik rindukan mak sangat-sangat" adu Malik sambil menangis.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now