57

4.1K 104 0
                                    

Alyana menghampiri Daniel yang duduk di pangkin. Alyana membawa mangkuk yang berisi air dan sehelai sapu tangan. Alyana duduk di sebelah Daniel.

"Awak okay?" soal Alyana.

Daniel mengangguk sambil tersenyum.

"Saya mintak maaf sebab awak kena pukul" Alyana menundukkan kepala sambil bermain dengan jemari.

"Tak apa.." jawab Daniel.

"Saya juga mintak maaf sebab..saya pegang tangan awak tadi" perlahan Alyana menuturkannya.

Daniel tersenyum.

"Dahlah..awak tak salah pun, saya tahu awak tengah emosi waktu tu. Tak apa..saya tak salahkan awak" balas Daniel.

"Ni..awak tuam muka awak tu lebam" kata Alyana sambil menghulurkan bekas air dan sapu tangan.

Daniel mengambilnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, dia memandang Alyana semula.

"Err..Alya..saya sebanarnya nak bagitahu awak pasal satu pekara ni" kata Daniel.

Alyana mengerutkan dahi sebaik sahaja Daniel berkata begitu.

"Perkara? Perkara apa?" soal Alyana.

Daniel duduk menghadap Alyana.

"Tadi... orang-orang saya ada call. Diroang dapat jejak abang awak" beritahu Daniel.

"Hah?" Alyana teruja.

"Sebenarnya..saya dah berpakat dengan Nara.." jawab Daniel.

"Abang saya? Dia kat mana?"

"Abang awak lari ke Johor. Orang-orang saya ada tanya pada kawan rapat dia.." jawab Daniel.

"Ya ke? Alhamdulillah.."

"Tapi.."

Alyana terus menjadi resah.

"Tapi kenapa? Daniel.." Alyana merenung Daniel meminta penjelasan.

"Abang awak ditangkap. Dia ditahan akibat pecah amanah"

Alyana memegang dada, luluh hatinya mendengar.

"Ya Allah.."

"Menurut cerita yang kawan dia cakap..abang awak banyak berhutang. Dia berhutang dengan Ah long..dia dah terdesak sebab tu dia jual tapak rumah awak. Lepas tu..dia seleweng duit syarikat tempat kerja dia.." ujar Daniel.

Mengalir air mata Alyana.

"Ya Allah...kenapa sampai macam tu sekali jadi? Kalaulah mak masih ada..mesti dia sedih. " Alyana menangis.

"Alya..saya mintak maaf.." Daniel serba salah.

"Tak apa..awak tak salah.." Alyana masih lagi menangis.

"Saya tak niat nak buat awak menangis..saya mintak maaf" Daniel serba salah.

"Kenapalah abang saya sanggup buat macam ni? Tak kesian ke dekat mak?" makin laju air mata Alyana.

Daniel menundukkan kepala. Dia berasa sangat simpati kepada Alyana.

"Eh! Awak..nanti bila raya kan, awak boleh tak buatkan rendang untuk saya? Teringin nak makan rendang awak masaklah.." Daniel seperti selalu akan menceriakan suasana.

Alyana yang masih sebak itu terus tercuit. Alyana memandang Daniel sambil tersenyum.

"Iyalah tu..pandai nak ambik hati saya" Alyana kesat air mata.

Waktu itu, telefon Daniel berbunyi. Daniel serba salah mahu angkat panggilan itu sebaik sahaja melihat nama pemanggil.

"Awak angkat je..mana tahu ada hal urgent ke?" kata Alyana bersama wajah yang kembali muram.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now