9

2.5K 109 5
                                    

Nazim mengemaskan baju kemejanya. Kemudian dia menyisir rambutnya,ceria wajah dia. Selesai mengemaskan diri, dia turun ke bawah.

"Naz"  Nazim terhenti.

"Mari sarapan dulu" ajak mamanya. Nazim sempat mengerling ke arah Mak Yam iaitu orang gajinya sedang menghidang makanan. Nazira di sebelah mamanya leka dengan telefon bimbit.

"Tak apalah mama, Naz nak keluar kejap. Nak jumpa Nara" beritahu Nazim dengan wajah yang ceria.

"Naz nak jumpa Nara? Erm..nanti kirim salam dengan dia ye. Nanti ada masa suruh dia datang rumah kita ya" pesan Datin Rozana.

"Baiklah mama..Naz pergi dulu" Nazim terus berlalu. Sebelum masuk ke dalam kereta, ada pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Nazim membaca. Mesej daripada Innara.

" Cepat sikit! Dah lama saya tunggu tau!"- Innara

Nazim tersenyum lalu membalas.

"I on the way, I'll be there in a few minutes. Don't worry..sayang"- Nazim.

Innara yang membacanya terus menarik muka. Terus mesejnya dipadam.

Dalam beberapa jam, Innara menunggu. Dari dalam restoran, Innara melihat kereta Nazim dipakir di tempat letak kereta. Innara merengus, kata dalam beberapa minit. Ini dah berjam-jam!

Nazim masuk ke dalam restoran, dari jauh dia tersenyum pada Innara. Innara membalas dengan jelingan tajam.

"Hai...kenapa monyok ni?" tegur Nazim lalu duduk berhadapan dengan Innara.

Pelayan datang bersama menu, Nazim hanya memesan jus oren. Pelayan beredar. Nazim kembali memandang Innara. Innara tidak memandang wajah Nazim,dia memalingkan wajah ke arah lain.

"Nara..senyumlah sikit. Tak bestlah macam ni" pujuk Nazim.

"Nak senyum buat apa, tak ada yang menggembirakan pun. Takkan nak paksa senyum jugak?" jawab Innara sinis.

Nazim tidak pula melenting. Dia tersenyum nakal.

"Nara..pandanglah I"

Innara memandang wajah Nazim dengan wajah yang masam.

"Nak bincang apa? Cepat sikit! Banyak kerja yang saya kena buat" kata Innara.

"Habis tu yang you buat muka,macam mana nak bincang?" balas Nazim.

"So what? Bincang ajelah, mimik muka bukan beri masalah pada perbincangan kita!" marah Innara.

"Ok..calm down..apa yang I nak cakap kat sini pasal hubungan kita" Nazim memulakan perbualan.

"Maksud awak?" Innara mengerutkan kening.

"Kita pupuk dari sekarang" jawab Nazim.

"Nak pupuk? Senang je awak cakap kan? Apa awak ingat ianya boleh dipaksa ke?"

"I tahu ianya sukar untuk you terima. Tapi demi keluarga kita, you tak kesian ke dengan famili you?" lembut suara Nazim.

Makin meluat Innara mendengarnya.

"Kita cuba pupuk cinta antara kita. Kita bahagia, bahagiakan keluarga kita" pujuk Nazim lagi.

"Cukuplah awak paksa saya terima awak! Jangan nak paksa saya cintakan awak!" Innara naik angin.

"I cintakan you" luah Nazim.

"Tipu!"

"Betul...I tak tipu.." nafi Nazim.

"Okey..kalau betul awak dah cintakan saya, kenapa waktu zaman universiti dulu awak biasa Aje? Kita selalu Aje jumpa, tapi awak tak ada apa-apa reaksi pun pada saya!" kata Innara.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now