68

4.8K 124 3
                                    

Nazim memandu dengan perlahan sebaik sahaja memasuki kawasan kampung memandangkan hari sudah malam. Nazim nekad mahu ke kampung semula untuk berjumpa dengan Alyana. Sudah beberapa kali Nazira melarangnya supaya pergi siang esok sahaja tetapi Nazim tetap dengan kedegilannya.

Nazim tidak pula memberhentikan kereta di depan rumah emak saudara Alyana. Nazim sanggup memberhentikan keretanya jauh sedikit dari rumah itu. Nazim berjalan kaki menuju ke rumah itu. Suasana malam yang sejuk membuatkan Nazim terbersin, dia mengemaskan baju sejuknya.

Sebaik sahaja langkah kaki Nazim memijak laman rumah itu. Nazim melihat Alyana sedang berbual dengan seorang lelaki. Nampak rancak sekali, Nazim berdiri di belakang pokok mangga yang ada di situ. Nazim memandang mereka dari celahan pokok itu. Hati Nazim tiba-tiba jadi cemburu.

"Siapa pulak lelaki ni? Saudara Alya ke? Atau..Hish..kenapa ramai sangat yang nak dengan isteri aku ni?" Nazim merengus.

Nazim merenung tajam ke arah lelaki itu. Mereka tidak pula perasan akan kedatangan Nazim di situ mungkin Nazim mengenakan jaket berwarna hitam itu yang mereka tak sedar di waktu malam begini.

Nazim lihat lelaki itu memberikan satu bungkusan kepada Alyana. Alyana mengambilnya dengan wajah yang ceria. Lelaki itu masuk ke dalam kereta dan kereta itu berlalu dari situ.

Nazim lihat Alyana masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup, Nazim berjalan dengan perlahan-lahan menghampiri tingkap bilik tidur Alyana. Tingkap itu terbuka. Nazim berdiri di sebelah tingkap itu.

Nazim lihat Alyana duduk di birai katil sambil membuka bungkusan itu.

"Alya..siapa yang datang tadi?" tanya Innara yang baru masuk ke dalam bilik.

"Itu kawan sekampung aku..dia baru balik dari luar negara. Itu yang dia datang tu" ujar Alyana.

Nazim menghela nafas lega, nampaknya masih ada lagi peluang dia untuk memiliki Alyana.

"Eh! Bajulah. Cantiknya baju ni.." ceria suara Alyana sambil melihat baju yang baru diberi oleh kawan lamanya.

Nazim lihat Alyana senyum, nampak manis wajah Alyana. Semakin menyerlah kejelitaannya. Nazim tersenyum sendirian.

"Nara..tadi Fatin ada call aku"

"Call kau? Kenapa?" Innara mengerutkan dahi.

"Dia cakap..Daniel ada call dia bagitahu yang dia ada datang dengan Nazim siang tadi. Waktu tu kita keluar ke pekan" ujar Alyana.

"Kalau kau nak tahu..Naz tu belum sihat sepenuhnya lagi tau. "

Alyana memandang Innara.

"Iye ke? "

Innara mengangguk.

"Kau tak nak ke pergi tengok dia? Aku bukannya nak paksa kau tau..sejak dia sembuh dari sihir ni. Kau langsung tak pergi tengok dia..jenguk dari jauh pun jadilah" Innara memujuk.

"Tengoklah macam mana.." mudah Alyana menjawab.

Nazim merasa hampa.

"Alya..Nazim tu rindu sangat dengan kau. Dia nak sangat kau yang jaga dia..setiap kali aku pergi melawat dia..dia mesti akan tanyakan kau. Alya datang tak? Alya mana? "

Alyana menjadi sebak.

"Nantilah..bagi aku masa" jawab Alyana perlahan.

"Okeylah..dah..jom kita makan. Aku dah hidang" ajak Innara.

Alyana mengangguk. Nazim lihat Alyana dan Innara sudah hendak keluar dari bilik. Nazim tidak dapat mengawal, dia tiba-tiba terbersin. Nazim terus menutup mulut.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now