17

2.7K 104 8
                                    

Alyana berdiri di hadapan pintu bilik suaminya. Teragak-agak dia hendak masuk ke dalamnya, Alyana kini tinggal di rumah mentuanya. Sebentar tadi, Alyana sudah menerima jelingan tajam Puan Rozana. Alyana tahu Puan Rozana begitu membenci dirinya tetapi dia tidak kisah, asalkan suaminya ada itu sudah cukup membahagiakannya.

"Kenapa berdiri kat sini?"

Terkejut Alyana apabila suaminya berada di belakangnya. Dadanya diusap berkali.

"Jom..masuk.." tangan Alyana diraih. Sebelah tangannya memulas tombol pintu. Mereka sama-sama masuk ke dalam bilik.

"Cantik tak?" soal Nazim pada Alyana. Pada masa yang sama, dia menutup pintu biliknya itu.

Alyana melihat bilik itu dihias, begitu juga dengan katil yang ditaburi dengan bunga ros.

"Cantik.." katanya ceria. Sambil matanya masih meneroka bilik itu.

"Cantikkan? Cantik ye..." suara Nazim mula mengendur. Senyuman di wajah mula hilang dan bertukar kepada wajah yang bengis. Lalu terus tubuh Alyana ditolak dengan kuat. Tubuh Alyana terkena almari di situ. Alyana jatuh terbaring.

Alyana tergamam dengan tindakan suaminya itu. Menggeletar seluruh tubuh badannya, wajah suaminya dipandang.

"Apa..apa yang abang buat ni? "

Nazim tersenyum sinis.

"Abang..ke..kenapa abang buat Alya macam ni?" Alyana bagaikan tidak percaya.

"Kenapa? Kau tak percaya ke apa yang aku buat dekat kau? Kau rasa..kau mimpi ye?" Nazim tersenyum mengejek.

"Apa motif abang..kahwin dengan Alya sebenarnya?" bergetar suara Alyana menyoal suaminya. Dia sudah faham apabila melihat layanan suaminya itu.

Nazim menghampiri Alyana, tanpa sepatah kata pipi Alyana ditampar dengan kuat. Terteleng Alyana dibuatnya, kemudian Nazim menampar sekali lagi pipi itu.

"Sakitlah!!" jerit Alyana sambil memegang pipinya. Air mata sudah bergenang di pelupuk mata. Nazim mencengkam muka Alyana dengan kuat.

"Kau tanya aku? Sekarang ni..aku nak bagitahu dengan kau perempuan bodoh! Kau jangan ingat bila aku kahwin dengan kau aku cintakan kau, aku sayangkan kau..jangan haraplah! Kau dengar sini..aku kahwin dengan kau sebab aku nak balas dendam!" tengking Nazim.

"Dendam apa? Apa lagi salah saya Nazim?" Alyana melawan.

Nazim menghentak kepala Alyana pada almari.

"Kau tahu tak..kaulah punca hidup aku huru Hara! Kaulah punca keluarga aku dapat malu! Malu! Kaulah punca Innara tinggalkan aku! Aku terseksa Alyana! Keluarga aku dapat malu kerana kau! Hari ini..aku nak ajar kau supaya kau rasa apa yang aku rasa! " pipi Alyana ditampar lagi.

Alyana merasa bibirnya. Darah.

"Aku takkan belai kau! Aku takkan curahkan segala kasih sayang aku pada kau perempuan! Kau tak layak nak rasa kasih sayang aku! Kau jugak tak layaklah nak jadi isteri aku dari hujung rambut sampai hujung kaki! Aku nak buat kau rasa derita! Biar kau rasa macam mana aku rasa! Aku nak seksa kau zahir batin!" amuk Nazim.

"Oh! Inilah sebab awak kahwin dengan saya? Segala janji awak bagi, tapi awak tipu saya pulak. Dasar manusia munafik! Hipokrit!" Alyana melawan.

Nazim terus baran. Rambut Alyana ditarik kuat, Alyana memegang tangan Nazim yang sudah mencengkam rambutnya itu.

"Kau tu yang bodoh! Kau ingat aku ni sayang dengan kau ya? Cintakan kau?" sambil kepala Alyana dihentak pada almari berkali-kali.

"Kau dengar cakap aku ni..aku takkan sayangkan kau! Aku sayangkan Innara, tapi kau punca segala cinta aku hilang! Kaulah pemusnah segalanya!" Kepala Alyana dihentak dengan kuat.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now