12

2.4K 94 2
                                    

Nazim mengamuk sakan, habis barang-barang di dalam biliknya dilempar. Fail yang berterabur di atas meja ditepis kuat!

Nazim berdiri di tepi tingkap, bengis wajahnya urat kelihatan tentang di leher dan wajahnya menunjukkan dia sedang dalam amarah!

Waktu itu, pintu bilik diketuk.

"Siapa?!" kuat suara Nazim menyoal.

"Saya..Tasya" ujar Tasya setiausaha Nazim.

"Nak apa?" Nazim berpaling ke arah Tasya.

Tasya membuka pintu bilik bosnya, pucat mukanya apabila melihat wajah bengis Nazim.

"Err..cik..cik Zira nak jumpa " jawabnya tergagap-gagap.

"Suruh dia masuk.."

Tasya hanya mengangguk sebelum keluar. Tidak lama kemudian, Nazira masuk ke dalam bilik terbeliak matanya melihat bilik adiknya yang dah macam tongkang pecah.

"Oh my god! Apa dah jadi ni? Naz?" Nazira mengutip fail-fail yang jatuh lalu diletakkan di atas meja.

"Naz nak jadi gila ke?" marah Nazira.

"Perempuan tak guna!!!" jerit Nazim tiba-tiba.

Nazira mengerutkan dahi melihat perangai baran adiknya ini. Nazira melangkah menghampiri adiknya.

"Naz..akak tahu kau maksudkan perempuan yang namanya Alyana tu kan? Yang kau nak naik angin sebab dia tu kenapa, takkan kau nak jadi gila hanya kerana dia?"

Nazim menoleh ke arah kakaknya, Nazira lihat merah mata adiknya itu akibat menahan amarah.

"Kalau aku jumpa dia memang aku kerjakan dia!"

"Kau nak buat apa? Kau nak bunuh dia, sihir dia?" soal kakaknya.

"Ikutkan hati aku nak Aje bunuh dia, but I'm still thinking about the risks" suara Nazim kembali kendur lalu duduk di atas kerusi empuknya.

"Tahu pun kau risikonya, akak ingatkan kau tak kisah tidur dalam penjara" sindir Nazira.

"Ada apa akak datang ofis ni?" soal Nazim. Dadanya masih berombak akibat terlalu marah.

"Ini masih berkaitan dengan budak Alyana tu. Akak dah upah orang untuk cari info pasal budak tu, well akak dah tahu.." kata Nazira sambil duduk di kerusi berhadapan dengan adiknya.

Nazim memandang kakaknya.

"Akak dah dapat semua info tentang diri dia. Akak dah bagitahu mama, Naz pun dah dapat agak kan apa reaksi mama.? Oh my god Nazim.." Nazira menepuk meja.

"Akak tak sangka yang Naz pernah bercinta dengan dia. Sejak bila pulak Naz bercinta dengan perempuan low class macam tu? Oh! I can't imagine that" kata Nazira penuh lagak.

"Kak..Naz dekat dengan dia pun suka-suka aje. Just for fun" Nazim menjawab selamba.

"Huh! Memang akak dah agak, budak miskin macam tu memang gilakan duit dan harta. Sebab tu dia sanggup lakukan apa saja pada kita, Naz tu kalau nak berseronok sekalipun tengoklah orang tu dulu..ini tak! Main bedal aje, ikut sangat nafsu tu!" Sempat lagi Nazira memberi jelingan tajam.

"Dasar tak tahu malu memang macam itulah! Dah macam-macam Naz buat dekat dia, tapi dia still ganggu Naz. Rimas tahu tak, naik fed up Naz dibuatnya! Tunggu kalau Naz jumpa dia memang mati Naz kerjakan!" kata Nazim penuh dendam.

"Kau nak buat apa? Takkan kau nak bunuh dia pulak? Tadi kau kata, kau fikirkan risiko.." Nazira mengangkat kening.

Nazim mengetuk meja dengan jari beberapa kali. Sesekali matanya dikecilkan.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now