3

2.6K 115 0
                                    

INNARA masuk ke dalam bilik Alyana, dia melihat Alyana masih belum tidur. Alyana berdiri di depan tingkap melihat keindahan malam.

"Alya, kau tak tidur lagi ke?" soal Innara sambil melabuhkan duduk di birai katil kawannya.

"Aku tak mengantuk lagi" jawabnya dengan pandang masih dihala ke luar.

"Awalnya kau balik, baru pukul sepuluh"

Alyana menoleh memandang Innara. Alyana duduk di sebelah Innara.

"Kau ni macam tak kenal aku, aku tak suka sangatlah keluar sampai lewat malam."

"Hmm..macam mana?" Innara mengangkat kening.

Alyana faham akan reaksi kawan baiknya itu. Dia menggigit bibir sebelum menjawab.

"Dia cakap dia..sukakan aku" akhirnya Alyana memberitahu perkara sebenar.

Terlopong mulut Innara.

"Hah?! Dia suka kan kau? Kau biar betul?" Innara masih belum mempercayainya.

"Iye..aku tak tipu, dia sendiri cakap yang dia cintakan aku start dari hari pertama kami jumpa lagi. Dia siap pujuk, rayu pada aku" Alyana bercerita mengenai Nazim.

"Jadi..kau terimalah?"

"Aku mintak dia bagi aku masa" jawab Alyana.

Innara tersenyum, dia memegang bahu Alyana.

"Alya..aku tahu, dalam diam kau pun ada simpan perasaan terhadap dia kan? Dalam diam, kau cintakan dia?" soal Innara.

Alyana menundukkan wajah, Innara memang boleh baca hati aku ke?

"Nara, memang perasaan tu wujud pada aku. Tapi aku masih lagi rasa was-was, sebab tu aku mintak dia bagi aku masa." kata Alyana.

"Alya, apa-apa pun keputusan kau aku akan sokong. Aku nak tengok kau bahagia. Bahagia kau, Bahagialah aku" balas Innara sambil tersenyum.

"Terima kasih Nara, aku sayang kau" Alyana memeluk Innara. Innara membalas pelukan.

.........................-.............................

Alyana sedang enak menjamu selera bersama Syahrul. Dalam mereka leka makan sambil berborak, mereka didatangi Nazim.

"Hai..my beautiful angel" Nazim terus melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan Alyana.

"Kenapa awak tak call saya cakap nak makan? Kalau tak, kita boleh makan sama-sama" katanya.

Syahrul memandang mereka dengan wajah yang bingung.

"Err..saya takut nanti ganggu awak ke. Mana tahu kan, awak ada class ke?"

"Tak apa sayang, kalau awak call saya waktu dalam bilik kuliah pun saya akan keluar" ujarnya.

Bulat mata Syahrul memandang mereka sebaik sahaja perkataan sayang itu keluar dari mulut Nazim. Biar betul? Alya bercinta dengan mamat Playboy ni?

Tersedak Alyana mendengarnya. Nazim segera menghulurkan air kepada Alyana.

"Jangan kalut sangat bila makan, kan dah tersedak." tegur Nazim.

Alyana berhenti makan, dia memandang Nazim.

"Awak tak makan ke?" soal Alyana.

"Tak apa, nanti saya makan. Saya dah kenyang. Saya datang sini sebab nak teman awak." Nazim mengangkat kening.

Syahrul sudah selesai makan.

"Err..Alya..aku masuk library dulu." Syahrul meminta diri. Pada masa yang sama, dia sempat tersengih pada Alyana tanda mengejek. Alyana menjengilkan mata.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now