2

3.4K 145 6
                                    

ALYANA nampak khusyuk menelaah pelajaran. Beberapa buah buku rujukan sudah berada di atas meja.

Syahrul iaitu kawannya rapatnya di universiti itu menghampiri. Syahrul duduk di hadapan Alyana.

"Alya..kau ni tak penat ke? Jomlah kita rehat kejap. Dari pagi tadi lagi kita study" Syahrul merungut. Muncung bibirnya.

Alyana mengangkat wajah.

"Kau tak payah nak buat muncung kau tulah. Kita study ni demi masa depan kita jugak tahu. Lagipun exam kan dah tak lama" kata Alyana.

"Kau ni..kalau kau memang tak adanya rehat-rehat. Tak apalah, aku nak turun cafe kejap. Kau nak apa-apa tak? " Syahrul menyoal.

Alyana menggeleng.

"Tak ada Kut.." balas Alyana.

"Okeylah kalau macam tu, aku tinggal buku dengan beg aku kat sini. Kau tolong tengokkan ye. Nanti aku datang balik" pesan Syahrul sebelum berlalu dari situ.

Alyana hanya mengangguk sebelum dia menyambung menelaah pelajarannya.

"Hai.." sapa seseorang.

Alyana mengangkat wajah.Dia melihat Nazim sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis padanya.

"Hai..Nazim" perlahan suara Alyana.

"Can i seat?" soalnya.

"Sure.."

Nazim duduk di hadapan Alyana. Tidak berkelip dia memandang gadis cantik itu. Alyana menundukkan sedikit kepalanya.

"Saya datang sini nak kenal dengan awak" kata Nazim.

"Boleh.." jawab Alyana sepatah.

"Kalau boleh kenapa awak tunduk? Macam mana saya nak berkenalan dengan awak ni?" lembut tutur Nazim.

Alyana menghela nafas perlahan, dia mengangkat wajah memandang Nazim. Nazim tersenyum manis kepadanya.

"Janganlah malu, saya cuma nak berkenalan dengan awak aje wahai beautiful angel " kata-kata Nazim itu makin meresahkan hati Alyana.

"Awak tak payahlah cakap saya macam tu. Angel? " kata Alyana.

"Yup! You look like an angel . Your face, your eyes..beautiful" ujar Nazim sambil memandang wajah Alyana.

"Please..Don't staring at me like that" tegur Alyana.

Nazim tersenyum.

"Awak jurusan mana?"

"Ekonomi"

"Alyana.." Nazim memanggil.

"Erm..?"

"Malam ni awak free?" soal Nazim lagi.

"Tak pasti" jawab Alyana acuh tak acuh. Malas pula dia nak layan lelaki ni.

"Dinner dengan saya malam ni" katanya.

"Hah?!" terkejut muka Alyana.

"Sudi tak?" Nazim tidak berkelip memandang Alyana.

"Err.." Alyana serba salah. Nanti kalau dia tolak nampak sangat yang dia sombong.

"Erm..bolehlah, tapi janganlah lewat malam. Saya tak biasa" ujar Alyana.

"Okey..this is my card. Apa-apa awak call saya ye" kata Nazim sambil menghulurkan kadnya kepada Alyana.

Alyana mengambilnya. Nazim bangun dari duduk.

"See you tonight .. beautiful angel " kata Nazim sambil mengenyit kan mata pada Alyana. Terpegun Alyana seketika. Handsome..

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now