24

3.8K 125 1
                                    

Guruh berbunyi, langit sudah gelap. Alyana tahu sekejap lagi mesti hujan akan turun, sekarang pun suasana sudah mula dingin. Alyana memeluk tubuhnya.

Sekali lagi guruh berbunyi, Alyana terkejut mendengarnya. Tidak lama itu, hujan mulai turun suasana menjadi semakin sejuk.Alyana membaringkan tubuh di situ, badannya menggigil-gigil.

Alyana sudah mula kesejukkan, dia sesekali terbersin. Alyana mula memejamkan mata, tidak lama dia terlelap.

.................-........................

"Oi.."

Alyana terjaga, dia terpisat-pisat. Nampak pucat wajahnya itu, dia mendonggak memandang ke arah Nazira yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Kau tak reti nak masuk dalam ke? Apa! Seronok membuta kat sini?" herdik Nazira.

Alyana tidak menjawab, dia hanya menundukkan kepalanya.

"Mesti seronoklah tu..hmm..mesti nyenyak tidur kau kan. Iyelah semalam kan sejuk" sindir Nazira.

"Akak.." Nazim menghampiri mereka, dia berdiri di sebelah kakaknya. Nampak kemas penampilannya, mungkin dia mahu ke tempat kerja.

"Tak payahlah nak kejutkan dia, mesti dia seronok tu membuta sampai tak nak bangun tu. Huh! Aku ingat kau dah mati beku dah tadi, itu yang aku buat tak tahu aje..rupanya hidup lagi. Hmm..liat betul nyawa kau" pedih telinga Alyana mendengarnya.

Ya Allah! Alyana memejamkan mata. Menahan hati atas kata-kata mereka.

"Kalau awak nak sangat saya mati. Kenapa tak bunuh aje saya semalam? Kenapa seksa saya dengan cara macam ni?" Alyana akhirnya bersuara.

Nazira memandang adiknya, nampak tegang wajahnya itu.

"Hei..kau tak payah nak buat pasrahlah! Kau saja nak kenakan kitaorang kan? Huh! Nak suruh bunuh konon.." Nazira mengejek Alyana.

"Nak suruh bunuh kau? Buatnya kau tak mampus macam mana? Tak pasal-pasal aku dengan keluarga aku yang dapat padah! " herdik Nazim baran.

Alyana meraup wajah pucatnya.

"Pergilah masuk! Tak payah nak buat muka kesian kau kat sini! Jangan haraplah aku nak angkat kau bawak masuk dalam rumah. Kau tu kan suci..layak ke aku yang jahat ni menyentuh kulit kau?" sempat lagi Nazim menyindir Alyana.

Alyana masih lagi kaku di situ.

"Huh! Biarkan ajelah Naz, dia nak masuk ke dia tak nak masuk ke..suka hati dialah! Tak payah nak peduli pasal dia!" Nazira menjeling tajam pada Alyana.

"Tak ada siapa yang nak pedulikan dialah. Get lost with her!" Nazim terus berlalu masuk ke dalam kereta.

Nazira juga masuk ke dalam kereta, Alyana hanya memandang sahaja kereta mereka yang mula menghilang itu. Alyana menggosok hidungnya, dia terbersin beberapa kali. Alyana mengagahkan diri untuk bangun masuk ke dalam rumah.

.....................-...............................

Alyana terbersin, dia menutup hidungnya dengan sapu tangan. Alyana selsema, dia tidak larat tetapi apa daya dia. Baru sahaja dia ingin membaringkan tubuh di dalam bilik, dia dikerah Datin Rozana untuk membuat semua kerja dalam rumah ini.

Dari mencuci baju, membasuh pinggan dan kini dia kena mengemop lantai. Alyana menahan hati sahaja apabila mereka mengherdik dan menghinanya tadi. Alyana sudah tidak ada kudrat hendak melawan.

Dalam Alyana sedang mengemop lantai, dia terdengar kereta masuk ke laman rumah. Tidak lama selepas itu, Nazira masuk beriringan dengan Elisa. Nazira sempat menjeling tajam ke arahnya sebelum duduk di atas sofa. Elisa pula tersenyum sinis memandang Alyana, dia duduk di sebelah Nazira.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now