74

3.7K 90 1
                                    

Alyana memakaikan tali leher suaminya. Nazim hanya merenung wajah Alyana.

"Siap.." kata Alyana.

Nazim terus paut pinggangnya. Tergamam Alyana, dia memegang bahu Nazim.

"Isteri abang nak pergi mana ni? Bersiap cantik-cantik?" soal Nazim.

"Nak jumpa pakwe lama.." ujarnya Alyana selamba.

Terjegil mata Nazim mamandang Alyana.

"Apa?!"

"Jumpa pakwe lama.."

"Siapa dia?"

"Adalah.." Alyana sengaja menyakitkan hati Nazim.

"Alyana..i'm serious!"

Alyana terus menghamburkan tawa. Nazim tidak berkelip memandang Alyana.

"Abang..Alya guraulah, manalah Alya nak ada pakwe bagai. Abanglah pakwe dan suami Alya" Alyana memaut leher Nazim.

"Ingat ye.. siapa-siapa yang berani atau cuba nak mengurat Alya. Abang takkan bertolak ansur, abang cari lelaki tu sampai dapat! Ingat! Alya isteri abang, milik abang!" tegas Nazim.

"Seramnya..dasyat Nazim Aiman ni.." Alyana mengenakan suaminya.

"Alya nak pergi mana ni sayang?"

"Alya nak keluar dengan Nara..saja keluar jalan-jalan. Bolehkan bang?" manja suara Alyana.

Nazim mengangguk.

"Okey..abang izinkan. Bawak kereta tu hati-hati. Abang nak pergi kerja dulu..hari ni Alya tak payah hantar makanan kat ofis. "

Alyana tersenyum.

"Terima kasih abang..sayang abang" Alyana mencium pipi suaminya.

"Sekali je?" Nazim angkat kening.

"Mengada!!"

Nazim ketawa. Tiba-tiba Alyana perasan ada satu frame gambar yang tergantung pada dinding dan yang paling menyakitkan hatinya apabila gambar itu adalah gambarnya yang sedang tidur.

"Abang!!" Alyana separuh menjerit.

"Kenapa sayang?"

"Siapa suruh abang frame kan gambar Alya masa tengah tidur? Dahlah pelik..tidur ternganga pulak tu! How dare you.." Alyana menarik muka.

Nazim tersenyum. Dia mencubit pipi Alyana.

"Biarlah..abang suka tatap gambar tu. Comel." kata Nazim selamba.

"Selamba Aje.. ambil gambar Alya ya? Sebagai hukuman..Alya nak denda abang!" bulat mata Alyana memandang suaminya.

"Segala denda abang terimalah.." kata Nazim.

"Okey.." Alyana memegang muka suaminya lalu dia terus mengucup pipi suaminya lama. Nazim pula hanya membiarkan sahaja.

Alyana menjauhkan wajahnya.

"Ini..sebagai denda dan tanda cinta Alya pada abang" Alyana menunjukkan pipi Nazim yang ada kesan gincu merahnya. Kesan bentuk bibir yang dikucup Alyana.

Nazim melihat wajahnya di cermin. Ada kesan gincu pada pada pipinya.

"Itu aje?"

"Alya nak..abang jangan lap kesan bibir Alya ni sampai abang balik kerja. Kiranya seharian ni..abang tak boleh lap. Kalau abang sayangkan Alya..abang jangan lap" ujar Alyana selamba.

Nazim menggeleng dengan kerenah Alyana.

"Macam-macam idea dia nak kenakan abang ya? " Nazim mencubit pipi Alyana.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now