40

3.3K 92 0
                                    

Alyana baring sambil memeluk tubuh, saat ini dia bagaikan mahu pitam. Seluruh tubuhnya terasa sakit, akibat perbuatan Nazim. Tangan dan kakinya sakit, dia tidak mampu untuk bangun dan berdiri. Kepalanya terasa sakit dan berdenyut-denyut.

"Alya..Alya.."

Alyana terdengar suara Mak Yam di luar pintu bilik. Alyana mengagahkan dirinya untuk bangun, dia merapatkan tubuh pada pintu.

"Ma..Mak..Yam.." lemah suaranya. Mukanya sudah lebam dan berdarah akibat dipukul teruk oleh Nazim tadi.

"Alya..Alya baik ke tu? Alya nak makan tak?" soal Mak Yam.

"Tak..Tak nak Mak Yam.." jawab Alyana.

"Alya nak apa-apa ke? Kalau nak..Mak Yam boleh ambilkan untuk Alya"

Alyana terus teringat telefonnya.

"Mak Yam..Mak Yam..tolong Alya Mak Yam. Tolong ambilkan telefon Alya Mak Yam. Dekat dalam bilik Nazim..Tapi sebelum tu, Alya nak tanya. Dia ada kat rumah ke?" soal Alyana.

"Tak..Nazim keluar. Kejap ya..Mak Yam pergi ambilkan"

Mak Yam naik ke atas, dia masuk ke dalam bilik Nazim. Dia tercari-cari di mana letaknya telefon milik Alyana. Mak Yam lihat ada telefon bimbit yang terletak di bawah katil. Mak Yam lihat skrin telefon itu retak.

Mak Yam terus berlalu ke bawah, dia menghampiri bilik Alyana.

"Alya..Alya.." panggilnya.

"Ya.." sahut Alyana lemah.

"Ni..telefon Alya. Kejap Mak Yam..ambilkan kunci." Mak Yam sempat menjengahkan kepalanya ke ruang tamu. Tiada siapa yang duduk di situ, Mak Yam mencari kunci bilik stor yang digantung di tepi pintu masuk.

Mak Yam meluru ke bilik stor lalu membukanya. Sedih hati Mak Yam melihat keadaan Alyana yang begitu menyayat hati. Mukanya nampak pucat dan tidak bermaya, terdapat lebam dan darah di mukanya.

"Alya..ni telefon Alya. " Mak Yam menghulurkannya.

Menggigil tangan Alyana sewaktu dia mengangkatnya. Dia mengambil telefon itu.

"Alya nak makan tak?" soal Mak Yam.

Alyana menggeleng. Waktu itu, dia terdengar bunyi kereta.

"Mak Yam..keluar Mak Yam. Nanti Nazim marah Mak Yam. Keluar ya?" arah Alyana.

Mak Yam dengan berat hati menutup pintu dan menguncinya. Dia berlari ke ruang tamu lalu mengantung kembali kunci itu. Nazim yang masuk ke dalam rumah mengerutkan dahi melihat Mak Yam berdiri di ruang tamu.

"Mak Yam buat apa kat sini?" soalnya serius. Tidak berkelip dia memandang Mak Yam.

Mak Yam menundukkan kepala.

"Err..Mak Yam tengah kemas ni. Naz nak makan atau minum apa-apa ke?" lembut Mak Yam bersuara.

Nazim menggeleng.

"Tak nak.."

Mak Yam mengangguk.

"Ni..perempuan tu macam mana? Dia ada buat hal ke?" tanya Nazim.

"Tak tahulah pulak Mak Yam. Tapi bilik dia sunyi je.." jawab Mak Yam.

Nazim mendengus.

"Biar dia mati berulat dalam tu! Tak payah hantar apa-apa pada dia." kata Nazim kasar. Dia terus naik ke atas.

Mak Yam mengesat air matanya. Sedih dia dengan nasib Alyana.

........................-....................................

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now