60

5K 123 4
                                    

Nazim duduk di sebelah Alyana yang sudah terlena. Nazim mengusap lembut kepala Alyana, wajah Alyana dipandang sayang. Satu kucupan hinggap di dahi Alyana.

"Naz.."

Nazim menoleh sebaik sahaja namanya dipanggil. Innara berdiri di muka pintu bilik.

"Nara.."

Innara masuk, dia duduk di birai katil.

"You tidur sini ke?" soal Innara.

Nazim menggeleng. Tidak berkelip dia memandang Alyana. Nazim mengelus pipi Alyana.

"Ikutkan I memang nak tidur sini. I nak sangat teman Alya sampai dia bangun. Tapi I tak nak nanti Alya mengamuk." katanya perlahan.

"You memang nak bercerai dengan Alya?"

Nazim memandang Innara. Dia menggeleng.

"I takkan lepaskan Alya, I sayangkan dia. I sayang sangat dengan Alya" Nazim capai tangan Alyana lalu dicium dengan lama.

Innara kesat air mata. Sedih hatinya melihat Nazim. Pada masa yang sama dia juga sedih dengan Alyana. Bermacam-macam dugaan yang menimpanya.

"You baliklah Nazim..nanti kalau Alya sedar dia marah pulak"

Nazim memandang Innara.

"Jaga Alya untuk I ya? Apa-apa perkembangan, call I " pesan Nazim sebak.

Innara hanya mengangguk. Nazim mengusap kepala Alyana. Nazim ingin berlalu, dia sempat menoleh kepada Alyana. Nazim melangkah, sebaik sahaja sampai di pintu Nazim menghentikan langkah. Dia tidak sanggup meninggalkan Alyana, ingin saja dia berada di sisi Alyana. Nazim meluru semula ke arah Alyana. Dikucup dahi Alyana dan kemudian ke pipi gadis itu.

Nazim memeluk Alyana. Innara memalingkan wajah ke arah lain. Dia sedih melihat perlakuan Nazim itu.

.........................-..................................

Alyana duduk di atas lantai sambil menyandarkan badan pada katil. Dilihat pada baju melayu yang dibelinya untuk Malik. Menitis air mata Alyana.

"Hari ni hari raya adik..sepatutnya malam ni akak akan makan dengan adik. Akak mesti akan suap adik makan kuih raya..tapi nak buat macam mana..tak ada rezeki" air mata jatuh menimpa baju melayu itu.

"Adik..akak nak sangat tengok adik pakai baju ni. Mesti handsome bila adik kakak pakai" Alyana tersenyum biarpun air mata masih mengalir.

Nazim berjalan dengan perlahan-lahan menghampiri tingkap bilik yang ditiduri Alyana. Nazim berdiri di tepi tingkap. Dia dapat mendengar suara Alyana.

Semasa dia keluar dari rumah itu petang tadi, Nazim tidak terus balik. Dia tidur di hotel yang terdapat di pekan ini.

"Adik..akak rindu adik. Akak rindu mak..hari ni akak nikmat raya sorang-sorang. Mak..Alya rindu mak..Alya rindu adik mak.." rintih Alyana. Dia mencium baju melayu itu.

Nazim yang mendengarnya turut sebak. Ditekup mulutnya agar tidak melepaskan tangis.

"Alya.." Innara masuk ke dalam bilik. Dia duduk di sebelah Alyana.

"Alya..kenapa ni?" soalnya lembut.

Alyana memandang Innara. Merah matanya.

"Nara..aku rindu adik aku. Aku rindu keluarga aku."

Innara terus memeluk Alyana.

"Sabar Alya..kau kena kuat.Dah..jangan sedih lagi. Aku ada.." pujuk Innara.

Alyana merenggangkan pelukan. Dia mengesat air mata.

"Nara..kenapa kau tak balik? Kau pun mesti nak raya dengan keluarga kau kan?" serak suara Alyana.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now