46

3.1K 110 7
                                    

Nazim duduk di belakang rumah mewah itu. Orang ramai yang mengunjungi majlis pertunangan mereka mula bersurai. Nazim tidak kecewa apabila mamanya tidak datang, katanya dia masih tidak sihat. Nazira pula ada urusan kerja katanya.

Fikiran Nazim kini masih pada isterinya. Dalam Nazim leka memikirkan Alyana, Elisa datang. Tanpa segan silu, dia memeluk leher Nazim.

"Naz..buat apa kat sini? Termenung?"

Nazim menggeleng. Elisa duduk di sebelah Nazim.

"What is in your mind? Sampai Lisa panggil banyak kali pun Naz tak perasan. Kenapa ni? " tanya Elisa.

"Tak ada apalah.." jawab Nazim.

Elisa mengeluh.

"Lisa tahu..Naz fikirkan pasal Alya kan?" teka Elisa. Nazim tidak menjawab.

"Lisa dah tahu dah. Sebelum dia datang, Naz ceria aje, senyum tak lekang dekat bibir. Tapi bila dia datang, Naz terus bad mood, inilah jadinya kalau kehadiran orang yang tak diundang. Entah-entah dia datang lepas sihir, itu yang Naz sampai jadi macam ni" Elisa menjeling Nazim.

Nazim mengerutkan dahi.

"Apa yang Lisa cakapkan ni?"

"Apa yang Lisa cakap? Betullah..kalau tak, Naz takkan berubah macam ni. Naz takkan jadi bad mood, unless you're still hoping for her.." serius bicara Elisa.

"Eh! Kenapa cakap macam tu? Naz tak kuasa lah nak fikir pasal dia. Lantak lah nak jadi apa pun pada dia" jawab Nazim bersahaja.

"Tadi yang dia tunjuk gambar tu. Naz percaya ke itu anak Naz?" soal Elisa.

"No! Naz tak percayalah! Kalau betul pun, Naz takkan mengaku yang itu anak Naz. Buat malu keturunan Aje! Cukuplah selama ni keluarga dia tu memalukan, jangan nak tambah beban! Keturunan dia tu bukannya elok-elok, " Nazim mengata Alyana tanpa rasa bersalah.

Elisa tersenyum.

"Naz kata Naz bencikan keluarga dia, right? Kenapa Naz masih lagi berbelas ihsan pada mereka?"

Nazim memandang Elisa dengan kerutan di dahi.

"Apa maksud Lisa ni?"

"Kenapa Naz masih biarkan diorang tinggal dekat rumah tu?" soal Elisa dengan wajah yang tak puas hati.

"Huh! Lisa ingat Naz ikhlas ke belikan diorang rumah tu? Naz bagi diorang rumah tu pun sebab dulu Naz cintakan Alya. Tapi sekarang ni tak lagi.." kata Nazim angkuh.

"Naz dah buat keputusan..Naz akan halau diorang lepas ni. Banyak cantik muka, Naz keluarkan duit,diorang goyang kaki aje! Lepas ni merempat aje muka diorang!"

Elisa tersenyum suka.

"Baguslah tu..Naz memang patut halau diorang. Diorang tu bukannya pandai balas budi, tak hargai langsung! Lagipun pandai-pandai lah Alya tu carikan diorang rumah. Takkan nak harapkan orang kut?" Elisa menyokong.

"Ah! Pandailah dia..nak merempat mana pun. Naz dah tak nak ambil tahu dah. Naz akan halau diorang secepat mungkin, lagi cepat lagi bagus. Menyampah tengok muka diorang anak beranak. Tak sedar diri..tahu nak menumpang senang orang Aje!" Nazim menghina keluarga Alyana.

Elisa memeluk lengan Nazim. Nazim hanya membiarkan sahaja.

"Tapi macam mana? Yelah..Alya tu boleh tahan tegas dia. Macam mana dia buat perangai nanti?"

Nazim mendengus marah.

"Nak buat perangai? Buatlah! Dia berani buat, Naz nak tengok setakat mana dia nak buat perangai. Apa dia ingat Naz takut dengan dia? Silap-silap muka dia sembah tanah Naz buat" jawab Nazim lagak sekali.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now