13

2.3K 80 11
                                    

Nazim berdiri di tepi tingkap, wajahnya nampak ceria. Sedari tadi senyuman tidak lekang di bibir seperti ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.

Pintu bilik pejabat diketuk, Nazim menoleh sekilas.

"Encik Nazim.. Cik Nazira dah sampai" beritahu Tasya.

"Suruh dia masuk"

Tasya mengangguk sebelum keluar. Nazira pula melangkah masuk ke dalam bilik adiknya.

"Ada apa suruh akak datang ni?" Nazira angkat kening.

Nazim tersenyum sambil memandang kakaknya, dia menuju ke arah sofa yang tersedia di dalam biliknya itu.

"Come..have a sit" Nazim menepuk tempat di sebelahnya. Nazira melangkah menghampiri adiknya lalu melabuhkan duduk di sebelah Nazim.

"Kenapa ceria semacam aje?"

"Naz..dah ada cara untuk membalas dendam pada perempuan tu. Naz nekad!" Kata Nazim serta senyuman sinis.

Wajah Nazira berubah ceria, tangan adiknya dipegang.

"Really? Apa rancangan Naz?" Nazira tidak sabar.

"Naz..akan kahwin dengan dia" lancar Nazim menuturkannya.

Wajah Nazira tadi ceria terus berubah riak.

" What? Are you crazy?" terjerit Nazira. Tidak berkelip dia memandang Nazim.

Nazim ketawa kecil.

"I'm not crazy, I'm still sane"

Nazira memegang kepalanya, bibirnya diketap.

"Naz..masih banyak lagi cara yang boleh Naz guna untuk balas dendam dekat dia. Tapi kenapa perkara ni jugak yang Naz pilih? Kahwin?" terjegil mata Nazira memandang adiknya.

"Yup! Naz akan kahwin dengan dia. Akak..come on, akak kenal Naz kan? Lagipun akak tahu niat Naz? Naz nak balas dendam, Naz kahwin dengan dia semata-mata nak balas dendam aje!" Nazim cuba menenangkan kakaknya.

"Naz! Naz kata nak kahwin dengan dia, bermakna Naz akan hidup dengan dia. Sampai bila Naz nak tahan?" Nazira masih belum puas hati.

"Bila Naz puas, Naz ceraikan ajelah dia" mudah Nazim menjawab.

Nazira sudah hilang kata-kata.

"Naz nekad akak, Naz takkan lepaskan dia walau apa pun yang terjadi. Dia yang mulakan, jadi dia kena terima. Itu Aje cara untuk Naz balas dendam pada dia bila Naz kahwin dengan dia nanti. Bila Naz kahwin, dia akan terikat. Dia takkan boleh lari lagi" Nazim bangun lalu berdiri di tingkap memandang suasana bandaraya.

"Waktu tu..Naz akan seksa zahir, batin dia! Biar dia rasa sengsara! Derita! Macam mana yang Naz rasa. Kerana dia, Innara batalkan perkahwinan dan Naz tak dapat hidup bersama orang yang Naz cinta" Nazim mengenggam penumbuknya.

"Kerana dia, mama mengalirkan air mata! Kerana dia, nama keluarga kita malu!" bentak Nazim geram.

Nazira menghampiri adiknya.

"Ok..kalau itu yang Naz nak, akak akan setuju aje. Tapi dia pulak macam mana? Nak ke dia kahwin dengan Naz?" Nazira memandang adiknya meminta jawapan.

"Akak..Naz tahu dia cintakan Naz, dia juga bersumpah yang dia cintakan Naz sangat-sangat sampai dia sanggup sehidup semati dengan Naz. Naz yakin, dia boleh tunduk pada Naz" kata Nazim penuh yakin.

Nazira tersenyum puas.

"Orang kalau tak sedar diri macam tulah, Naz nak tengok setakat mana kesanggupan dia hidup dalam derita ciptaan Naz?" usai berkata Nazim terus ketawa puas.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now