29

2.1K 92 4
                                    

Alyana pulang dari pejabat Nazim, disebabkan Nazim pulang lewat dia membuat keputusan untuk pulang menaiki teksi sahaja. Alyana berjalan masuk ke dalam rumah sambil menjinjing beg plastik.

Baru sahaja dia hendak ke dapur, bahunya ditolak kasar.

"Woi! Perempuan!" herdik Nazira.

Alyana tidak mempedulikan Nazira, dia meletakkan barang-barang di atas meja makan. Alyana lihat Elisa sedang duduk di meja makan bersama Datin Rozana.

"Seronok kau kan? Bila adik aku marahkan aku? Kau ni memang saja nak rosakkan hubungan keluarga aku kan?" katanya sambil menunding jari ke muka Alyana.

Alyana membuat muka bosan.

"Kenapa akak cakap macam tu? Sebab Nazim marahkan akak pasal kereta tu? Eh! Benda betul kan? Akak yang tak bagi saya bawak kereta tu jadi saya kenalah bagitahu perkara sebenar pada suami saya? Takkanlah saya nak menipu pulak? Tak pasal-pasal jadi isteri derhaka" Alyana sengaja membuat riak wajah takut.

Kecil mata Nazira memandangnya. Datin Rozana pula menjadi geram

"Bukan main biadap kau sekarang ya? Kau tak pernah lagi rasa penangan aku kan sebab tu buat perangai melampau kau ni. Ikutkan hati aku, minyak panas dalam kuali tu aku nak Aje simbah kat muka kau! Biar jadi hodoh! Masa tu aku berani jamin, dekat longkang tu anak aku campak kau!" Datin Rozana melahirkan rasa geramnya.

Alyana berpeluk tubuh.

"Saya tak kisah..curahlah apa pun, nak curah saya dengan minyak panas tu curahlah. Tapi Datin jangan ingat saya nak duduk diam, saya akan balas perbuatan Datin tu." kata Alyana sambil berjalan menghampiri Datin Rozana.

"Kalau Datin nak curah saya dengan minyak panas, saya pula akan curah muka Datin dengan cuka getah. Mana lagi teruk kalau kena?" Alyana tersenyum sinis. Datin Rozana tergamam mendengarnya.

"Kurang ajar kau kan?" Nazira menengking.

Elisa bangun, dia memegang bahu Nazira.

"Alah..akak tak payahlah nak bergaduh nanti jadi besar pulak. lagipun nanti kalau kita lebih-lebih dia mengadu dengan Naz pulak" Elisa menenangkan Nazira.

Alyana tidak berkata apa, dengan hati yang puas dia berlalu naik ke atas.

"Tak guna punya perempuan..Hei..ikutkan hati aku nak santau je perempuan lahanat ni!" bentak Datin Rozana geram.

"Erm..tak silap Zira, Zira ada terdengar Naz berbual dengan Alya kat ofis tadi. Alya cakap dia nak masak makan malam untuk Nazim. Zira ada idea.." Nazira tersenyum.

"Idea apa kak?" Elisa sudah tidak sabar.

Nazira bercerita tentang rancangan jahatnya kepada mereka. Elisa yang mendengar hanya mengangguk, Datin Rozana pula hanya mendengar dengan wajah yang marah.

"Erm...Lisa setuju dengan rancangan akak tu. Lisa akan tolong akak" ceria suara Elisa.

"Zira yakin perempuan tu akan diajar cukup-cukup! " yakin Nazira berkata.

"Buatlah apa pun..kalau boleh biar sampai Nazim halau dia dari rumah ni!" Sampuk Datin Rozana.

Elisa dan Nazira berbalas pandang dengan senyuman penuh makna.

.......................-....................................

Alyana nampak leka memasak, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Alyana terus mencapai telefon yang berada di atas meja peti ais itu.

"Hello.. Assalamualaikum abang" lembut suara Alyana menjawab panggilan.

"Waalaikumsalam sayang.."

Alyana duduk di meja makan.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now