19

2.8K 126 1
                                    

Alyana melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo milik mentuanya. Sebaik sahaja Alyana melangkah, dia melihat Datin Rozana sedang berehat di tepi kolam renang ditemani Nazira. Alyana malas hendak menegur, dia melajukan langkah untuk masuk ke dalam rumah.

"Oi!" Langkah Alyana terhenti apabila mendengar suara Nazira. Alyana memandangnya, Datin Rozana menjeling tajam ke arahnya.

"Kau nak pergi mana?" soal Nazira kasar.

"Cakap dengan saya ke?"

Nazira mengetap gigi.

"Habis tu aku cakap dengan siapa? Dengan pokok?"

"Tak adalah..sebab akak tak panggil nama saya pun" Alyana sengaja menyakitkan hati Nazira.

Makin sakit hati Nazira jadinya, Datin Rozana juga merasa benda yang sama.

"Kurang ajar kau ye, bukan main lagi kau melawan! Apa? Nak tunjuk besar kepala!" tengking Datin Rozana.

"Saya nak naik atas, nak solat" balas Alyana lalu mahu melangkah tetapi sekali lagi mereka mengherdik.

"Tak payah kau nak tunjuk alim kat sinilah! Kau solat tapi buat dosa jugak" kata Nazira.

"Saya bukan nak tunjuk alim, tapi saya cuma ikut perintah Allah. Lagipun solat tu mencegah kemungkaran" balas Alyana tenang.

Terlopong mulut Nazira, dia menghampiri Alyana.

"Kau sindir aku?" soalnya sambil bercekak pinggang.

"Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas" selamba Alyana menuturkannya.

"Kau ni kan.." baru sahaja Nazira ingin membalas, Datin Rozana mencelah.

"Dahlah tu! Zira..tak payahlah nak layan perempuan jahanam ni. Hei..perempuan! Aku nak kau pergi buat air kau bagi dekat aku sekarang!" arah Datin Rozana kasar.

Alyana ingin berkata sesuatu tetapi pantas dipotong Datin Rozana.

"Aku cakap pergi, pergi ajelah! Inilah jadinya kalau tak sedar diri! Diri tu dahlah menumpang, buat besar kepala pulak dia! Kau lupakan ajelah niat kau nak jadi mem besar kat dalam rumah ni!" tempelak Datin Rozana.

Terdiam Alyana mendengarnya. Nazira memandang Alyana bersama senyuman sinis. Alyana terus melangkah masuk ke dalam rumah lalu menuju ke arah dapur.

Nazira menghampiri mamanya. Mereka membalas senyuman puas. Tidak lama kemudian, Alyana datang bersama secawan teh panas lalu dengan penuh sopan dia meletakkan di atas meja batu yang tersedia.

Datin Rozana sempat menjeling tajam sebelum mengambil cawan itu. Datin Rozana mencicip sedikit air itu.

"Puihh!!"

Alyana yang hendak masuk ke dalam itu terhenti.

"Air apa yang kau buat ni? Kau mari sini!" Jeritnya.

Alyana menghampiri mereka.

"Macam mana kau nak jadi bini ni? Air pun tak reti nak buat, manis nak mampus! Kau nak bagi aku potong kaki ke?" marah Datin Rozana, terjegil matanya memandang Alyana.

"Apa lagi yang tak kena ni Datin? Kenapa nak pertikai pasal air yang saya buat pulak ni? Yang suka sangat cari pasal dengan saya ni kenapa?" Alyana sudah hilang sabar.

"Kau ni memang kurang ajar!" Nazira bingkas bangun lalu menampar pipi Alyana dengan kuat. Alyana tidak mengalah, dia juga membalas dengan menampar pipi Nazira. Tergamam Nazira.

"Berani kau tampar aku!" jeritnya sambil memegang pipinya yang terasa perit.

Datin Rozana hilang sabar, air teh yang berasap itu terus dicurah pada tangan Alyana. Menjerit Alyana dibuatnya.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now