6

2.4K 105 2
                                    

Lama mata Alyana tertancap pada gambar yang ditangkap bersama Nazim di dalam telefon bimbitnya. Rasa rindu bagaikan tak terbendung, gambarnya bersama Nazim diusap.

"Mana awak pergi? Awak dah janji yang awak akan jumpa saya nanti. Tapi call saya pun tak" sayu suara Alyana.

Alyana menaip mesej untuk Nazim.

"Assalamualaikum awak. Awak sihat? Saya rindu sangat dekat awak Nazim. Kenapa awak tak angkat call saya? Saya mintak maaf kalau saya ada buat salah dengan awak.." ~ Alyana

Mesej dihantar.

Alyana dihambat rasa bersalah pula tiba-tiba. Mana mungkin dia ada buat apa-apa salah dengan Nazim? Gambar Nazim ditatap lagi, hingga Alyana terlena.

...................-................................

Alyana sedang leka menaip di komputer. Hari ini merupakan hari pertama dia mula berkerja, dia menyewa di sebuah rumah sewa yang berdekatan. Puas juga Innara memujuk hendak mencari rumah yang sedikit besar untuknya tetapi dia menolak.

Alyana tidak mahu susahkan Innara, kesian sahabatnya. Alyana tak kisah, kerana jirannya juga merupakan sahabatnya. Syahrul. Kebetulan pula Syahrul ada menyewa rumah berdekatan situ.

"Alya.." sapa Laila salah seorang pekerja di situ.

Alyana angkat wajah.

"Jom lunch ?" ajak Laila.

Alyana tersenyum.

"Awak tunggu dekat luar dulu, nanti saya turun nak siapkan kerja sikit ni" sopan tutur Alyana.

Laila mengangguk lalu beredar dari situ.

Alyana mempercepatkan kerjanya. Setelah selesai, dia mencapai beg tangannya lalu beredar dari situ.

...........................-...................................

Nazim mengemaskan blazernya. Dia mengenakan cermin mata hitamnya. Daniel keluar dari kereta.

"Apa mimpi kau tiba-tiba ajak aku makan ni?" sela Daniel.

Nazim tersenyum.

"Today is my lucky day, i want to celebrate. Aku berlanja" jawabnya lagak.

"What do you mean your 'lucky day'?" Daniel angkat kening.

" Pasal company aku, dalam beberapa bulan ni kenapa company aku meraih untung yang banyak. Aku akan dapat satu projek mega" masih lagak katanya.

Daniel tersenyum. Dia juga tumpang gembira.

"Aku pun tumpang gembira" ujar Daniel gembira. Nazim memeluk bahu kawannya lalu mereka beredar menuju ke destinasi yang dituju.

Dalam masa yang sama, Alyana ternampak mereka. Hatinya melonjak gembira, dengan hati yang gembira Alyana melangkah laju menuju ke arah mereka.

"Nazim!" panggil Alyana.

Kedua langkah mereka terhenti, Nazim terkedu dia terus menoleh memandang gerangan suara yang memanggilnya itu.

Pandangan mereka akhirnya bersatu, tetapi riak wajah mereka berbeza. Alyana tergamam, rasa mahu menangis saat ini akhirnya wajah yang amat dirindui selama ini dapat juga ditatap.

Tetapi tidak pada Nazim, wajahnya biasa sahaja. Teruja jauh sekali. Daniel yang berada di sebelah memandang mereka silih berganti.

"Daniel..kau gerak dulu. I'll be there later" arah Nazim.

Daniel tidak banyak soal, dia berlalu dari situ.

Alyana mendekati Nazim bersama senyuman manis di wajah.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now