42

2.6K 84 4
                                    

Nazira baru sahaja keluar dari dalam bank. Baru sahaja dia hendak ke kereta, tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi hitam berlari ke arahnya lalu menarik beg tangannya. Terkejut Nazira.

"Hei! Kau ni kenapa? Lepas! Lepas!!" jerit Nazira sambil menarik kembali beg tangannya.

Lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari dalam poketnya. Nazira terkejut, lalu terlepas dari pegangannya.

"Hoi!! " jerkah seorang lelaki yang berkemeja biru dari arah belakang. Lelaki bertopi itu menarik beg tangan Nazira lalu berlari dari situ.

"Tolong! Tolong! Encik tolong!! Beg saya!!" jerit Nazira kepada lelaki berkemeja itu. Lelaki itu terus mengejar penyamun itu.

Nazira sudah cemas, dia turut berlari anak mengikut langkah mereka.

"Kau nak lari mana? Berhenti!" jerit lelaki berkemeja kepada penyamun itu. Akhirnya, penyamun itu terhenti sebaik sahaja menemui jalan mati.

"Bagi aku beg tu! Kalau tak pecah muka kau!" arah lelaki berkemeja itu. Sesekali dia tercungap-cungap. Nazira  yang berdiri tidak jauh dari situ sudah gelisah.

Lelaki bertopi itu mengeluarkan pisau lipatnya lalu dia melawan lelaki berkemeja itu. Mereka berdua saling bergelut, lelaki berkemeja itu terjerit sebaik sahaja lelaki bertopi itu mengelar lengannya. Darah mula keluar dengan banyak.

"Kurang ajar!" jerit lelaki berkemeja itu lalu menumbuk muka lelaki bertopi itu dengan kuat.

"Tolong! Tolong!" jerit Nazira.

Lelaki bertopi itu nampak cemas, dia menolak tubuh lelaki berkemeja itu lalu terus melarikan diri dari situ. Nazira berlari ke arah lelaki berkemeja itu. Lelaki itu menyerahkan beg Nazira kembali.

"Beg awak.."

Nazira mengambilnya.

"Ya Allah! Lengan awak darah ni..jom kita pergi klinik!" Nazira segera menarik tangan lelaki itu.

"Eh! Tak apa-apa..saya boleh pergi sendiri. Kereta ada kat depan tu hah.." kata lelaki itu.

"Tapi tangan awak berdarah tu. Luka awak teruk, macam mana awak nak drive? " Nazira memandang lengannya. Darah tidak berhenti menitis.

Lelaki itu tiada pilihan terpaksa mengikut juga apabila Nazira beria-ia mengajaknya.

..................-...…..…………............

Nazira yang sedang duduk di bangku yang tersedia di ruang klinik itu sudah bangun sebaik sahaja melihat lelaki itu keluar dari bilik rawatan. Tangannya sudah berbalut.

"Awak macam mana? Awak okay ke?" soal Nazira sambil menilik lengan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum pada Nazira Manis senyumannya.

"Ok aje.." jawabnya ringkas. Mereka berdua berjalan keluar dari klinik.

"Awak..saya mintak maaf sebab kerana saya awak yang kena tanggung sakit. Saya mintak maaf" mohon Nazira sambil mengangkat tangannya.

"Tak apa..saya ikhlas. Tak kisahlah, awak ok kan? Barang-barang awak ada tak yang hilang?" soal lelaki itu.

"Tak..tak ada pun. Err..mari saya hantar awak" Nazira membuka pintu kereta.

"Eh! Tak apalah, saya balik naik teksi Aje" tolak lelaki itu dengan sopan. Nazira terharu dengan gaya lelaki itu.

"Please.." Nazira memujuk lagi.

"Err..baiklah.." akhirnya lelaki itu terima.

Di dalam kereta, Nazira sesekali mengerling ke arah lelaki itu. Lelaki itu begitu tampan, dan kemas. Ditambah pula dengan sikapnya yang sopan santun.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now