30

3.2K 87 0
                                    

Nazim baru balik dari pejabat, nampak lesu wajahnya. Dia meletakkan beg di atas sofa ruang tamu lalu dia duduk. Nazim menyandarkan badan pada kepala sofa.

Nazim memejamkan mata, tetapi dia merasa ada tangan yang merangkul lehernya. Nazim membuka mata, manis wajah Alyana memandangnya.

"Alya.. come here my dear." Nazim menepuk tempat di sebelahnya.

Alyana terus duduk di sebelah Nazim, terus lengan Nazim dipeluk manja.

"Abang..jomlah makan, Alya dah masakkan makanan yang abang nak tadi"

Nazim memandang Alyana, makin cantik isterinya ini. Alyana memang cantik orangnya, semasa di universiti dulu dia pernah juga mendengar rakan-rakannya memuji kecantikan Alyana dan ada yang meminatinya dalam diam.

"Abang.." Alyana menepuk perlahan pipi Nazim.

Nazim tersedar, dia terleka.

"I'm talking to you!" bulat mata Alyana memandang Nazim.

Nazim sempat ketawa, dia menyisir rambut Alyana yang menutupi dahi.

"Maaf sayang...abang terleka tengok Alya. Ok..jom, tapi Alya kena teman abang " Nazim angkat satu jari.

"Mestilah Alya akan teman abang, takkanlah nak biarkan suami Alya ni makan sorang-sorang?" Alyana membuat muka manjanya.

Alyana dan Nazim sama-sama bangun dari duduk. Alyana menarik tangan suaminya menuju ke dapur.

"Duduklah..Alya dah hidang, Alya nak buat air kejap. Tadi abang cakap nak minum air sirap Bandung kan?" Alyana terus mengambil jag.

Nazim membuka tudung saji, bau haruman asam pedas begitu menyelerakan. Masih berasap.

"Alya, sayang baru masak ke?" soal Nazim.

Alyana yang datang bersama jag air menjawab.

"A'ah..baru masak" jawab Alyana selamba.

Memang dia baru masak, yang tadi dia sudah jamu dua makhluk perosak itu. Alyana tersenyum sendiri.

"Hai..kenapa senyum sorang-sorang ni. Teringatkan siapa pulak ni?" soalan Nazim berbaur cemburu.

Alyana menarik kerusi lalu duduk di sebelah Nazim.

"Mana ada Alya teringatkan siapa-siapa pun. Alya teringatkan abanglah." ujar Alyana sambil meletakkan nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Esok..Alya datang ofis tau. Ingat! Bawa kereta abang, tak payah tumpang sesiapa" Nazim memberi amaran sambil mengangkat satu jari telunjuknya.

Alyana mengangguk.

"Baiklah suamiku yang tersayang" Alyana sempat mencium pipi suaminya.

Nazim bahagia melihat keletah isterinya. Pada waktu malam yang sunyi, mereka menikmati makanan. Nazim paling bahagia apabila Alyana menyuapnya.

.......................-..................................

Alyana keluar dari bilik air, dia baru sahaja selesai mencuci muka. Alyana lihat suaminya sudah terlena, Alyana yang sedang mengelap mukanya dengan tuala terhenti sebaik sahaja dia mendengar sayup-sayup lolongan anjing. Mukanya berubah, meremang bulu romanya. Alyana naik atas katil.

"Abang...abang.." Alyana menggoyang badan suaminya.

"Hmm..?" hanya itu yang disahut Nazim dengan mata yang terpejam.

"Abang..abang dengar tak?"

Nazim tidak membalas, dia masih memejamkan mata. Alyana berasa geram pula dengan suaminya.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now