32

2K 66 2
                                    

Alyana risau sudah tiga kali dia menelefon emaknya. Tetapi tidak diangkat, apabila dia menelefon telefon adik dan abangnya pun sama. Alyana resah, dia duduk di birai katil. Dalam dia leka azan Maghrib berkumandang, Alyana raup wajahnya dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Alyana mengerjakan solat Maghrib dengan begitu khusyuk dan tenang. Selepas dia selesai solat, Alyana dikejutkan dengan bunyi deringan telefon. Alyana melihat nama pemanggil. Fatin.

Alyana menjawab.

"Hello Assalamualaikum Fatin." Alyana menjawab.

"Waalaikumsalam Alya, Alya! Kau kena balik kampung sekarang! Mak kau, mak kau masuk hospital!" cemas suara Fatin.

Berubah wajah Alyana, dia menutup mulutnya.

"Allahuakbar! Ya, aku balik sekarang.." Alyana mematikan talian. Dia mengeluarkan beg baju, kemudian dia memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg itu.

Nazim masuk ke dalam bilik, dia mengerutkan dahi melihat Alyana sedang mengemas.

"Alya..nak pergi mana ni?" Nazim menghampiri Alyana. Alyana bangun, tangan suaminya dipegang.

"Abang..Alya nak mintak izin abang. Alya nak balik kampung, mak masuk hospital bang.." Alyana sudah menangis.

Nazim mengelap air mata Alyana, kemudian dia menarik Alyana ke dalam pelukan.

"Dah..dah, jangan nangis sayang. Abang izinkan, nanti kita balik sama-sama ya? Dah..jangan sedih lagi, kita doakan semoga mak tak ada apa-apa" pujuk Nazim sambil mengusap kepala Alyana.

..........................-............................

Alyana duduk di bangku bersama Nazim dan Fatin. Malik yang tidur sambil merebahkan kepala di bahunya diusap perlahan. Semasa sampai tadi, menangis-nangis Malik mendapatkannya. Alhamdulilah, emaknya sudah sedar cuma dia belum dibenarkan keluar dari hospital lagi.

"Sayang..abang nak pergi toilet kejap. Sayang tunggu sini tau" pesan Nazim sebelum berlalu dari situ.

Alyana hanya mengangguk. Alyana memandang Fatin.

"Fatin..aku panik sangat tadi sampai lupa nak tanya. Apa yang dah jadi sebenarnya?" soal Alyana. Sayu dia memandang Fatin.

Fatin serba salah untuk menjelaskan kepada Alyana. Alyana bagaikan faham, dia memegang tangan Fatin.

"Fatin..kau cerita je dekat aku, aku takkan salahkan kau." Lembut Alyana berkata.

Fatin menghela nafas perlahan sebelum menjawab.

"Waktu hantar mak dengan abah aku pergi airport, mak dengan adik kau ikut sekali. Kau tahu kan, mak dengan abah aku pergi umrah. Bila balik je..ada dua orang lelaki dekat rumah kau. Dia suruh mak dengan adik kau keluar, sebab dia kata tapak rumah ni dah kena jual" ujar Fatin.

"Allahuakbar.." Alyana memegang kepalanya.

"Tapi..kalau aku bagitahu. Kau janganlah marah ya" Fatin memegang bahu sepupunya.

Alyana memandang Fatin.

"Se..sebanarnya, diorang ada bagitahu  abang kau yang jual tapak rumah tu" takut-takut Fatin memberitahunya.

Terbeliak mata Alyana mendengarnya. Menggelegak hatinya mendengar. Terus dia mengambil telefon bimbitnya, nama abangnya didail. Tiga kali dia mendail, baru abangnya menjawab.

"Nak apa?" kasar Hazrul menjawab.

"Apa kau dah buat hah?!" Alyana terus menengking. Sudah hilang hormat, bahasa pun berubah.

"Amboi..sejak jadi bini orang kaya ni bukan main kurang ajar kau ya? Dah tak reti nak hormat aku!" Hazrul naik angin.

"Hei..dengan apa yang kau dah buat, kau ingat aku nak hormatkan kau ke? Pergi mampus lah!" hambur Alyana geram.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now