38

2.3K 70 2
                                    

Alyana memberhentikan kereta di tempat parkir kereta yang disediakan. Alyana memandang mangkuk tingkat yang dibawa. Mesti Nazim suka, Alyana masih ingin memujuknya. Alyana keluar dari kereta, dia melihat kereta milik Nazira terpakir di sebelah. Awalnya Nazira sampai, kerana tadi Alyana keluar sama dengannya. Mungkin Nazira memandu dengan laju.

Alyana malas hendak memikirkan mereka. Alyana berjalan hendak menuju ke pintu utama. Sebaik sahaja dia hendak masuk ke dalam bangunan, dia disapa seseorang.

"Alya.."

Alyana menoleh, ceria wajahnya.

"Daniel..buat apa kat sini?" soal Alya a ramah.

Daniel tersenyum padanya. Nampak kemas penampilannya.

"Saya nak pergi meeting Alya dari mana ni? Bawak mangkuk tingkat semua ni" Daniel memandang mangkuk tingkat yang dipegang oleh Alyana.

"Oh..ini saya nak bawak bagi Nazim. Dia selalu suruh saya datang ofis bawak makanan untuk dia" ujar Alyana ceria.

Daniel mengangguk.

"Mak cik macam mana dia? Sihat ke? Saya ingat kalau ada masa, saya nak jumpa dia"

"Mak saya hari tu dia ada demam. Tapi sekarang dia dah beransur baik dah. Tulah..saya pun ingat nak pergi juga melawat dia nanti" sebak hati Alyana sebaik sahaja berkata begitu.

"Iyelah...eh! Oh! I got a go, see you again" Daniel meminta diri.

Alyana mengangguk.

"Yelah..saya pergi dulu" jawab Alyana sopan.

Daniel berlalu dari situ, Alyana masuk ke dalam bangunan itu. Sebaik sahaja sampai, Alyana menghampiri Tasya.

"Encik Nazim ada?" soalnya.

"Oh! Ada.." bagitahu Tasya ceria.

Alyana mengangguk lalu masuk ke dalam bilik Nazim. Alyana masuk, dia melihat Nazira dan Elisa turut ada di dalam bilik Nazim.

Nazim merenung tajam ke arahnya. Nazira dan Elisa memandang sekilas ke arahnya.

"Kalau nak masuk..ketuk pintu tu dulu. Jangan nak buat kurang ajar!" tempelak Nazim dengan begitu kasar.

Alyana terkejut mendengarnya, tetapi dia sabarkan hati. Nazira dan Elisa tersenyum sesama sendiri.

"Minta maaf bang..tak apa nanti Alya nak masuk Alya ketuk" perlahan suaranya.

Nazim menumpukan mata pada fail di atas meja.

"Kenapa datang ni?" soalnya masih kasar.

Alyana tersenyum, dia menghampiri  meja mereka.

"Alya bawak makananlah abang, abang kan selalu makan tengahari dengan masakan Alya. Hari ni, Alya masak.." belum sempat Alyana memberitahu, Nazim memintas.

"Kalau iye pun kenapa lambat hari ni? Selalu datang awal Aje?" asak Nazim lagi. Dia malas hendak memandang wajah Alyana. Dia benci.

"Tadi ada traffic jammed bang.." ujarnya.

Elisa pula menyampuk.

"Eh! Akak..bukan ke Alya sampai baya-baya kita Aje ke? Tapi kenapa dia lambat?" Elisa sesekali mengerling ke arah Alyana. Puas hatinya dapat mengenakan Alyana.

Nazira mengangguk, setuju dengan kata-kata Elisa itu.

"Akak pun kena hadap traffic jammed jugak. Tapi boleh Aje masuk ofis awal, erm..lepas datang ofis tadi jumpa siapa eh? Kalau tak, tak adalah sampai masuk lewat macam ni kan?" Nazira menyindir Alyana.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now