76

7.8K 138 14
                                    

Alyana duduk di gazebo sambil melihat adik-adik Amar bermain di halaman rumah. Alhamdulillah..sudah dua tahun dia bergelar isteri kepada Nazim. Alyana begitu bahagia hidup bersama Nazim. Segala kasih sayang yang dicurahkannya begitu membahagiakan Alyana. Alyana bersyukur.

Rumah ini yang dahulu sunyi kembali ceria dengan kehadiran Amar sekeluarga. Nazira sudah pun berkahwin dengan Amar dan mereka menetap di rumah banglo Datin Rozana sahaja. Amar diambil bekerja dengan Nazim, membantu Nazim menguruskan syarikat keluarga Nazim. Nazira pula sudah berhenti kerja dan dia akan membuka butik sendiri. Syahrul pula melanjutkan pelajarannya ke peringkat Master.

Datin Rozana hidup bahagia bersama anak dan menantunya. Kesunyian tidak lagi terasa apabila adik-adik Amar ada di situ.

Hazrul bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat dan dalam masa yang sama dia menghadiri kelas agama.

Innara juga sudah berumah tangga bersama Daniel. Alyana tersenyum sendiri memikirkan orang di sekelilingnya sudah masing-masing mengecapi bahagia.

"Sayang.."

Alyana yang termenung itu tersentak apabila Nazim menghampirinya. Nazim duduk di sebelah Alyana.

"Abang..maaflah, Alya tak perasan"

Nazim tersenyum, rambut isterinya yang ditiup angin disisir ke belakang.

"Alya teringatkan apa tu sayang? Erm?" tanya Nazim sambil memaut pinggang isterinya.

"Tak ada apa pun abang..Alya rasa bahagia aje rasa. Semua orang yang rapat dengan kita dah ada kebahagiaan masing-masing. Alhamdulillah" ucap Alyana.

Nazim turut terharu mendengarnya.

"Sayang.." serunya.

Alyana memandang suaminya.

"Abang ada benda nak cakap ni" kata Nazim.

"Cakaplah abang.." katanya.

"Abang dah belikan rumah"

"Hah?" bulat mata Alyana memandang Nazim.

"Abang belikan rumah? Abang..buat apa nak beli-beli rumah pulak? Tak boleh ke kita tinggal dekat rumah mama aje?" Alyana kurang bersetuju.

"Alya..abang dah bincang pun dengan mama. Mama tak kesah, alah..lagipun abang beli rumah tu dalam kawasan ni jugak. Cuma jauh sikitlah dengan rumah mama" ujar Nazim.

Alyana memeluk lengan Nazim.

"Abang..Alya rasa beratkan nak pindah. Nanti Alya rindu mama..rindu adik-adik semua" kata Alyana sambil matanya menghala ke arah adik-adik Amar yang sedang bermain itu.

"Tak apa..hujung minggu kita datanglah. Tapi kalau Alya nak datang  sorang pun tak apa, abang izinkan sayang pergi. Abang bukan apa sayang, abang beli rumah tu sebab abang nak kita hidup berdikari. Ada masa..hanya kita berdua Aje" kata Nazim.

Alyana akhirnya akur juga.

"Iyelah..Alya ikut, tapi sekali-sekala kita datang sini jugak tau" pesan Alyana.

"Iye sayang..kita mesti akan datang sini" jawab Nazim lembut.

"Abang..err..esok boleh tak kita balik kampung?" tanya Alyana.

"Boleh sayang.. bila-bila masa pun kita boleh balik" balas Nazim sambil mengelus pipi Alyana.

"Alya rindu kampung..lama tak balik sana. Alya nak lawat kubur mak, ayah dengan adik"

Nazim mengangguk.

"Iye..nanti kita balik ya?"

Perut Alyana berbunyi tiba-tiba. Nazim mengangkat kening pada isterinya.

"Dah berbunyi perut isteri abang ni..ni mesti tak makan lagi kan?" Nazim meneka.

Alyana tersengih.

"Alya..tak makan tadi, Alya tunggu abang balik" balas Alyana manja.

"Alya..kan abang dah pesan, jangan tunggu abang. Abang tak nak isteri abang sakit" pesan Nazim sambil mengangkat satu jarinya.

Alyana berasa terharu, tangan Nazim digenggam.

"Sayang.." seru Nazim,wajah jelita Alyana dipandang sayang.

Alyana turut memandang Nazim.

"Terima kasih sayang..kerana Alya sudi terima abang dalam hidup Alya. Alya..abang nak Alya janji dengan abang sayang. Setia dengan abang, cintakan abang..dan jangan tinggalkan abang ya sayang?"

Alyana tersenyum manis kepada Nazim. Sebelah tangannya mengusap pipi Nazim.

"Abang..kenapa abang cakap macam tu? Alya akan sentiasa ada di sisi abang. Alya terlalu cintakan abang..cinta sangat. Alya pun nak ucapkan terima kasih pada abang kerana dah bahagiakan Alya" ucap Alyana. Tangan Nazim dikucup.

Nazim menarik Alyana dekat dengannya. Dahi Alyana dikucup lama dan dia mengucup pula pipi Alyana.

"Alya..abang sayangkan Alya. Alya separuh daripada nyawa abang sayang. Abang akan bahagiakan Alya..walau nyawa abang terpaksa digantikan dengan kebahagiaan Alya, abang sanggup.Cinta abang pada Alya sampai mati sayang" tutur Nazim sambil melekapkan tangan isterinya pada pipinya.

"Terima kasih abang..terima kasih atas curahan kasih sayang abang.."

Nazim terus menarik Alyana ke dalam pelukan. Alyana membalas pelukan suaminya sambil merebahkan kepala di dada Nazim.

"Semoga cinta kita kekal hingga ke syurga. Abang sayang Alya.." ucap Nazim bahagia lalu mengucup dahi isterinya.

Alyana meletakkan rasa syukur atas nikmat bahagia yang dia kecapi sekarang. Tiada lagi derita, yang ada hanyalah bahagia. Bahagia hidup bersama suami yang tercinta.

                       >TAMAT<
        
                    

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now