45

3.2K 95 16
                                    

Sudah lima kali Alyana menelefon suaminya, tetapi satu pun tidak diangkat. Alyana menghantar mesej tetapi tidak dibalas oleh Nazim. Alyana tidak putus asa, dia menelefon kembali kali ini barulah dijawab.

"Kau nak apa telefon aku banyak kali ni?" kasar suara Nazim menjawab panggilan.

Alyana terkejut tetapi segera dia kawal perasaannya.

"Abang...abang kat mana?"

"Tak ada kena-mengena dengan kaulah!"

Alyana mengukirkan senyuman.

"Abang..abang bila nak balik? "

"Hei..kau ni menyibuk aje! Aku balik ke tak, kau peduli apa?" marah Nazim.

"Bukan apa abang..Alya ada sesuatu nak beritahu abang. Mesti abang suka kalau abang tahu" kata Alyana ceria.

"Kalau dah pasal kau tak adanya aku nak banggalah!" masih kasar suara Nazim.

"Tapi nanti mesti abang suka. " Alyana masih menceriakan suara. Tetapi Nazim tidak langsung tercuit dengan keceriaan Alyana.

Alyana mengerutkan dahi apabila Nazim masih mendiamkan diri di talian.

"Abang...abang.." panggil Alyana.

"Kau nak jumpa aku?" soal Nazim dengan serius.

"Abang tak balik rumah ke?"

Nazim tidak menjawab pertanyaan isterinya.

"Kalau kau nak beritahu aku, aku nak kau sendiri yang datang jumpa aku." katanya.

"Jumpa abang? Kat mana?"

"Nanti aku akan hantar alamat. Kau datanglah.." ujar Nazim seakan-akan mengejek Alyana. Rupanya..dia ada niat di sebaliknya.

Alyana sudah tidak terkata rasa gembiranya.

"Iyelah..nanti Alya datang jumpa abang. Abang..Alya mintak maaf sebab kurang ajar dengan abang.." sayu Alyana meminta maaf.

"Dahlah! Aku banyak kerja nak kena buat! " terus talian dimatikan.

Alyana tidak pula terasa hati, dia tersenyum gembira. Gambar di dalam beg sandang diambil. Gambar semasa scan bayinya tadi, tidak berkelip dia melihat gambar itu.

"Mesti abang suka.." Alyana menyimpan gambar itu ke dalam beg semula.

..........................-..............................

Syahrul memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Nampak meriah suasana rumah itu dengan kehadiran ramai tetamu. Ada beberapa khemah dia halaman rumah.

"Kalau ikut pada alamat ni. Inilah rumah dia. Tapi macam ada kenduri Aje.." komen Syahrul.

Alyana turut berada pelik melihat keadaan rumah tersebut.

"Mungkin rumah kawan Nazim.." jawab Alyana. Telefon bimbitnya dikeluarkan, nombor Nazim terus didail.

"Hello..abang" lembut suara Alyana menyapa Nazim sebaik sahaja talian bersambung.

"Apa dia?" Nazim masih kasar nadanya.

"Abang..Alya dah sampai, ini rumah kawan abang ke? Alya tengok ramai aje..macam ada kenduri" kata Alyana sambil matanya meneroka persekitaran rumah itu.

Terdengar Nazim ketawa sinis.

"Kau nak tahu masuklah.."

Alyana tidak menjawab, talian dimatikan oleh Nazim. Alyana dengan wajah yang ceria membuka pintu kereta dan keluar dari dalam kereta.

"Syah..kau tunggu sekejap ya. Aku nak jumpa suami aku. Aku tak sabar nak bagitahu berita gembira ni pada dia" ujar Alyana ceria.

Syahrul menganggukan kepala dengan wajah yang sendu.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now