48

3.1K 93 6
                                    

Nazim mengerling jam, sakit pulak hatinya apabila Alyana dan keluarnya tidak keluar-keluar lagi. Elisa yang berdiri di sebelah Nazim mengerling ke arah Nazim.

"Kenapa ni Naz?" soal Elisa.

"Kenapa apa? Tengoklah! Kita bagi masa pada dia. Sampai sekarang tak keluar lagi. Ni yang buat aku naik angin ni!" Nazim menghentak pintu kereta melepas geram.

Elisa mendengus. Dia berpeluk tubuh.

"Alah..itu sah tak nak keluar tu. Seronok duduk dalam rumah besar itu yang nak keluar tu segan" kata Elisa.

"Tak boleh jadi ni..memang nak kena halau cara kasar diroang ni" Nazim mengetap gigi.

"Memang pun..memang patut Naz halau diorang cepat-cepat nanti buatnya diorang tak nak keluar macam mana? Tak ke haru jadinya. Naz kena buat cara kasar..biar diorang serik!" Elisa jadi batu api.

Nazim memandang Elisa. Senyuman penuh makna terukir di bibir.

"Lisa kena tolong Naz.."

.....................-...................................

Nazim dan Elisa terus masuk ke dalam rumah. Elisa mengerling ke arah Nazim, nampak serius wajahnya. Mereka menuju ke dapur, mereka melihat Puan Kalsom sedang memasak.

"Eh! Naz..bila Naz datang?" lembut Puan Kalsom bertanya.

"Alya mana?" keras suara Nazim bertanya.

"Dalam bilik mak..Naz..Naz nak makan tak?"

Nazim tidak menjawab, dia memndang Elisa yang berada di belakangnya. Segugus kunci diberikan kepada Elisa. Elisa tersenyum lalu beredar dari situ.

"Tak nak..tak terliur pun" jawab Nazim selamba.

Mati senyuman Puan Kalsom sebaik sahaja mendengar kata-kata Nazim yang begitu sinis.

"Apa yang Naz cakap ni? Mak..mak ada buat apa-apa salah ke pada Naz?" sayu Puan Kalsom bertanya.

Nazim mendengus.

"Mak? Siapa anak kau?" keras suara Nazim.

Terkejut Puan Kalsom dibuatnya. Dia mengurut dada.

"Astaghfirullahal'azim..kenapa Naz kurang ajar ni?"

Nazim tersenyum sinis.

"Kurang ajar? Kau kata aku kurang ajar? Kau tu dah terlebih ajar ke anak kau?" tempelak Nazim.

Mengalir air mata Puan Kalsom.

"Ya Allah..kenapa Naz cakap macam tu dekat mak? Apa salah mak..kalau mak ada salah mak mintak maaf nak.." kata Puan Kalsom bersama esakkan.

Elisa berlalu ke bilik, dia melihat Alyana sedang melipat baju. Elisa sempat tersenyum sinis, sebelum dia menutup pintu.

Alyana yang sedang menyusun baju emaknya ke dalam beg itu terkejut sebaik sahaja pintu ditutup dengan kuat. Alyana bergegas ke arah pintu, dia memulas tombol tetapi pintu tidak dapat dibuka.

"Mak!..mak! Bukak pintu ni mak!" jerit Alyana.

Elisa menggenggam kunci dan berlalu dari situ.

Nazim tidak tersentuh mendengar ratapan emak mentuanya.

"Kau tak payah nak berlakon dengan akulah orang tua! Aku dah lama bersabar dengan kau tahu tak! Depan aku..kau berlagak alim! Macam bagus sangat, tapi belakang aku..kau sama aje macam anak kau! Tak guna!" Nazim mengamuk.

"Apa yang mak dah buat?" teresak-esak Puan Kalsom bertanya.

"Kalau kau pandai mengajar anak kau..kau takkan benarkan anak kau bawak masuk lelaki sesuka hati aje! Aku beli rumah ni pun..aku tak ikhlas! Korang buat rumah ni tak ubah macam tempat pelacuran!" hambur Nazim.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now