51

4K 106 3
                                    

Nazim masuk ke dalam rumahnya bersama Elisa. Dia duduk di atas sofa, manakala Elisa duduk di sebelahnya sambil memeluk lengannya.

"Mak Yam!" Laung Nazim lantang.

Mak Yam menghampiri mereka.

"Mana semua orang?" Tanya Nazim.

"Datin keluar, dia kata ada hal. Nazira pun keluar jugak" ujar Mak Yam sopan.

"Erm..tak apalah"

Mak Yam mengangguk dia terus beredar dari situ.

"Naz..kenapa ni? Sejak dari dalam kereta lagi Naz asyik diam Aje. Naz ada masalah ke?" lembut Elisa bertanya.

"Tak adalah..Naz cuma penat aje.." jawabnya.

Elisa tersenyum, tetapi hanya seketika. Senyumannya mati semula.

"Naz..Lisa nak tanya Naz lah. Bila Naz nak ceraikan perempuan tu?"

Nazim memandang Elisa. Dia tidak menjawab.

"Kenapa Naz diam? Takkanlah Naz tak nak ceraikan dia lagi? Buat apa nak simpan lagi perempuan tu?"  Elisa tak puas hati.

"Nantilah Naz fikirkan"

"Mana boleh macam tu! Naz sendiri yang cakap yang Naz sendiri nak lepaskan dia! Kononnya dia tu perempuan yang tak layak dengan Naz"

Baru Nazim hendak menjawab, Datin Rozana sudah berdiri di muka pintu.

"Mama! Mama dari mana ni?" soal Nazim sebaik sahaja melihat emaknya memakai jubah dan selendang.

Datin Rozana menggeleng sebaik sahaja mendengar soalan Nazim.

"Naz tak tahu ke? Atau Naz buat-buat tak tahu?"

Nazim mengerutkan dahi. Elisa juga turut hairan mendengar soalan Datin Rozana itu.

"Apa mama cakap ni? Naz tak fahamlah.."

Datin Rozana melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan mereka.

"Mak Yam.." panggil Datin Rozana. Mak Yam datang semula.

"Buatkan saya air" arahnya lembut.

"Oh! Buatkan air untuk saya sekali ya?" celah Elisa.

Mak Yam tidak menjawab. Elisa pula yang naik angin.

"Tunggu apa lagi? Pergilah buat air! Yang tercegat dekat sini lagi kenapa?" tinggi suara Elisa memarahi Mak Yam.

Datin Rozana kurang senang dengan perlakuan Elisa itu. Mak Yam terus berlalu dari situ.

"Ma..Naz tanya mama ni." Nazim bersuara.

"Emak mentua Naz meninggal. Mama baru aje balik dari ziarah " ujar Datin Rozana.

Berubah wajah Nazim. Elisa hanya menunjukkan riak selamba sahaja.

"Err..mak Alya sakit apa ma?" soal Nazim gugup.

"Kena serangan jantung. Kesalnya mama..mama tak sempat nak mintak maaf dengan dia" sebak suara Datin Rozana.

"Kenapa pulak Auntie nak kena mintak maaf dengan dia? Sepatutnya diorang tu yang kena minta maaf dengan kita. Auntie tak ingat ke? Dialah yang hasut Alya untuk kikis harta keluarga auntie!" kata Elisa. Dia tak puas hati dengan kata-kata Datin Rozana.

Datin Rozana menghela nafas berat.

"Itu juga kesalahan yang auntie dah buat selama ni. Menuduh sesuka hati, kesian Alya.." air mata sudah bergenang di pelupuk mata Datin Rozana.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now