64

3.8K 115 7
                                    

Nazim duduk atas katil sambil memeluk lutut. Nazim hanya memandang sahaja di luar tingkap. Dirinya nampak serabai dan tidak terurus, badannya sudah berbau kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi. Dia masih murung dan menyalahkan dirinya dengan apa yang telah berlaku.

Tiba-tiba Nazim meramas rambutnya, dia menangis tiba-tiba. Waktu itu, Nazira masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang.

"Naz..makan ya?"

Nazim tidak membalas. Nazira perasan Nazim sedang menangis. Segera di menghampiri Nazim.

"Naz..kenapa ni?" soal Nazira.

"Kak..Naz rindukan Alya..Naz nak jumpa sangat dengan Alya. Kenapa dia tak nak jumpa Naz? Naz nak mintak maaf dengan dia..Naz banyak dosa dengan dia.." menangis-nangis Nazim menuturkannya.

"Naz..sabarlah..nanti Alya datanglah. Naz janganlah macam ni..kalau Naz sayangkan Alya, Naz tak boleh terus macam ni. Naz kena kuat..jangan menangisi nasib macam ni" Nazira turut menangis.

Nazim tidak menjawab, dia menangis teresak-esak.

"Naz seksa isteri Naz..Naz jahat! Jahat!" Nazim menampar kepalanya berkali-kali. Nazira segera menahannya.

"Naz! Naz janganlah macam ni Naz..mengucap Naz!" Nazira menahan  tangan Nazim dari menumbuk kepalanya sendiri.

"Naz kena pukul diri Naz! Sebab Naz yang dera Alya! Naz bunuh anak Naz! Manusia macam Naz ni lebih baik mati aje!!" jerit Nazim.

Nazim menyembamkan mukanya pada lutut. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba dia diam, tangisannya tidak lagi kedengaran.

"Naz..Naz ok ke?" tegur Nazira apabila menyedari Nazim diam.

Nazim angkat kepala.

"Tapi..yang jahat Naz. Isteri Naz baik kan? Dia mesti boleh terima Naz kan?" tiba-tiba Nazim kelihatan ceria.

Nazira menekup mulutnya menahan tangisan. Dia sedih melihat keadaan adiknya. Adakah Nazim sudah gila? Nazira tidak sanggup menerima kenyataan itu.

"Alya baik..walaupun Naz bencikan dia. Dia tetap setia dengan Naz! Dia tetap layan Naz dengan baik. Akak..Alya ada dekat rumah ni kan? Dia masih tinggal dekat sini kan?" Nazim bertanya sambil menggoyangkan tangan kakaknya.

"Naz..mengucap Naz" sebak suara Nazira memujuk.

Nazim mengerutkan dahi.

"Mana Alya? Kenapa dia tak masuk pun? Oh!" Nazim menepuk dahinya.

"Lupalah Naz..dia tidur bilik bawah.." kata Nazim. Tiba-tiba wajahnya menjadi muram, air mata kembali menitis.

"Kejamnya Naz..Naz sanggup suruh Alya tidur dekat bilik bawah. Sempit pulak tu! Kejamnya Naz akak.." Nazim kembali menangis.

Nazira mengusap bahu adiknya.

"Akak..sekarang dah pukul berapa? Alya dah makan ke? Naz nak bagi dia makan..Kesian Alya kak..tergamak Naz haramkan dia makan makanan dalam rumah ni. Naz nak bagi dia makan!" Nazim terus turun dari katil dan berlari keluar dari biliknya.

Nazira segera mengikut langkah Nazim.

Sampai sahaja di dapur, Nazim memanggil nama isterinya.

"Alya! Alya! Alya dah makan ke?" laung Nazim bersama deraian air mata.

Nazira mendapatkan adiknya.

"Naz..Alya tak ada kat sini Naz. "

Nazim memandang kakaknya.

"Alya ada! Dia ada kat dalam bilik tu" Nazim menunjuk bilik yang berada berhampiran dengan dapur itu.

"Dia selalu tidur dekat dalam tu! Sekarang dia tak nak keluar sebab dia takut Naz marah dia. Alya.." Nazim mendekati bilik itu.

Nazira mengesat air mata. Begitu sekali Nazim rindukan Alyana. Kalau ini balasan atas dosa-dosa adiknya. Nazira terima.

"Alya..abang tahu Alya takut nak keluar sebab abang marah ya? Tak..abang tak marah, Alya makanlah. Tak apa..nanti abang bawak kan makan untuk Alya ya? Kita makan sama-sama dalam bilik ni, abang suap Alya ya?" Nazim seakan memujuk.

"Mak Yam.." Nazim memandang Mak Yam yang berdiri di belakang Nazira.

"Mak Yam..Mak Yam tolong masak. Isteri Naz mesti tengah lapar tu, Naz nak bagi dia makan. Tolong masakkan ya?" Nazim boleh pula menyuruh Mak Yam masak.

Menitis air mata Mak Yam melihat Nazim yang seakan-akan merayu kepadanya untuk masak.

Nazim tiba-tiba melihat meja makan yang ada tudung saji. Nazim menghampiri meja makan, dia membuka tudung saji itu. Dia lihat makanan sudah tersedia di bawah tudung saji.

"Dah ada makanan kak..Naz bagi Alya makan dulu ya?" Nazim segera mencapai pinggan yang ada di atas meja makan itu lalu memasukkan nasi dan beberapa jenis lauk. Kemudian Nazim membawa pinggan itu mendekati bilik kecil itu. Sebelah tangannya membuka pintu bilik itu. Nazim berdiri di hadapan pintu bilik.

"Alya..Alya mari makan sayang, ni..abang ada bawakkan makanan untuk Alya. Alya mesti lapar kan? Abang tahu..Alya nak sangat makan..tapi Alya takut sebab abang marah ya? " Nazim bagaikan bicara sendiri dengan bilik yang kosong di hadapannya.

Nazira sudah menangis teresak-esak melihat perlakuan adiknya. Mak Yam mengusap bahu Nazira.

"Alya..abang tak marah dah. Alya marilah makan sayang. Abang bawak nasi ni..abang letak ayam masak merah. Banyak sangat lauk ni..kita makan ya sayang? Mari Alya..makan dengan abang. Abang nak suap Alya..mana Alya? " menitis air mata Nazim.

"Naz.." seru Nazira. Nazim memandang kakaknya.

"Alya dah tak ada dik..Alya dah tak tinggal sini" ujar Nazira.

Makin bercucuran air mata Nazim. Dia melorot di tepi pintu sambil menangis teresak-esak.

"Kenapa Alya pergi? Abang tak sempat nak bagi Alya makan. Abang nak sangat suap Alya..nak sangat Alya suap abang..Alya abang mintak maaf, abang tergamak menyeksa Alya..abang jahil Alya.." raung Nazim.

Nazira menghampiri Nazim. Dia memeluk Nazim dari belakang.

"Kak..isteri Naz dah pergi kak..tak ada ke walaupun satu lagi peluang untuk Naz.."

Nazira memeluk Nazim.

"Mengucap Naz! Mengucap! Janganlah jadi macam ni, Alya sentiasa ada untuk Naz..." Pujuk Nazira.

Nazim hanya memandang bilik yang kosong itu bersama deraian air mata.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now