54

3.6K 114 6
                                    

Alyana dan Fatin sedang rancak berbual di pangkin sambil menikmati minum petang. Dalam mereka leka berbual, sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah.

Alyana mengukirkan senyuman kerana itu kereta Innara. Sebaik sahaja Innara keluar, Alyana terus meluru ke arah Innara. Tubuh Innara dipeluk erat.

"Lamanya tak jumpa kau..rindunya.." kata Alyana.

Mereka merenggangkan pelukan.

"Kau sihat Alya?"

"Aku sihat aje..kau nak tidur sini ke?" soal Alyana. Fatin menghampiri, dia bersalaman dengan Innara.

"Alya.." Innara nampak serba salah.

Alyana mengerutkan dahi melihat Innara yang agak gelisah itu.

"Kenapa ni? "

"Sebenarnya.." baru Innara hendak menjelaskannya. Nazira keluar dari dalam kereta Innara.

"Assalamualaikum.."

Mereka menoleh ke arah suara itu. Alyana masih tidak beraksi.Tidak berkelip dia memandang Nazira yang sudah bertudung itu.

"Alya..boleh akak jumpa Alya sekejap?" perlahan suaranya.

Alyana tidak menjawab, dia hanya mengangguk.

Nazira dan Alyana masuk ke dalam rumah, Alyana duduk di atas sofa dan Nazira duduk di sofa bertentangan dengan Alyana.

"Alya.." Nazira memulakan bicara. Alyana masih beku wajahnya.

"Akak..akak nak mintak maaf dengan Alya. Akak banyak buat salah pada Alya, akak hina Alya, keji Alya. Sampaikan akak sanggup nak runtuhkan rumah tangga Alya dengan Nazim..akak mintak maaf Alya.." ucapnya bersama air mata yang bergenang di pelupuk mata.

Alyana masih lagi membisu.

"Akak tahu..mesti susah Alya nak maafkan akak. Akak tak salahkan Alya, akak tahu Alya dah banyak lalui derita sepanjang Alya duduk dekat rumah mama. Akak minta maaf Alya.." menitis air mata Nazira.

Alyana menghela nafas.

"Bohonglah kalau saya tak sakit, saya dah banyak sangat makan hati. Tapi..kak Zira jangan risau. Saya dah lama maafkan akak. Tak guna lagi saya berdendam dengan akak.." jawabnya tenang.

Nazira mengelap air mata.

"Tapi akak masih rasa bersalah dengan apa yang akak dah buat pada Alya. " Nazira menundukkan wajah.

Alyana bangkit, dia melabuhkan duduk di sebelah Nazira. Tangan Nazira dipegang.

"Akak..kan Alya dah kata, Alya dah lama.maafkan akak. Alya tak langsung berdendam dengan akak. Akak janganlah rasa bersalah macam ni. Alya maafkan akak.." ucap Alyana ikhlas.

Nazira terus memeluk Alyana, dia menangis semahu-mahunya.

"Mulianya hati Alya..macam manalah akak boleh hina Alya selama ni? Macam manalah akak boleh salah menilai Alya..Ya Allah! Kesalnya akak.." raung Nazira.

Alyana menepuk perlahan belakang kakak iparnya. Alyana juga turut sedih, bergenang air mata di tubir.

Mereka merenggangkan pelukan.

"Alya..akak datang sini nak bagitahu Alya" Nazira mengesat air matanya.

"Bagitahu apa kak?" soalnya.

"Mama.."

Alyana sudah tidak sedap hati.

"Mama? Kenapa dengan mama kak?"

"Mama..dia kena strok" jawab Nazira.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now