8

2.3K 102 4
                                    

"NAZIM!" satu suara memanggil. Nazim yang hendak melangkah masuk ke dalam pejabat itu terhenti. Pandangan dikalih ke arah gerangan suara itu,satu keluhan dilepaskan.

"Kau ni apa masalah hah? Tak habis-habis nak mengacau hidup aku. Kau tak penat ke hah?" naik baran Nazim dengan Alyana yang sudah berdiri di hadapannya.

"Tak saya takkan penat. Salah ke saya nak jumpa awak?"

Menggeleng Nazim dengan Alyana.

"Memang salahlah bodoh! Kau tahu tak sekarang ni waktu kerja. Yang kau datang sini buat apa? Ponteng kerja? Apa kau ingat ofis kau kerja tu ofis bapak kau?" kasar ayat yang dilontarkan Nazim.

"Jangan nak babitkan nama arwah ayah saya! Dia dah tak ada.." marah Alyana.

"Kalau dah tahu tak berbapak, kau balik rumah. Doa banyak-banyak, untuk jariah ayah kau! Bukannya kejar lelaki!" masih sinis.

Beristighfar panjang Alyana dibuatnya.

"Hei..dahlah, aku banyak kerja nak kena buat dari menghadap muka buruk kau ni. Silap hari bulan aku boleh strok dengan kau ni tahu tak!" Marah Nazim lalu ingin mengatur langkah.

"Saya cuma nak tahu apa yang awak nak bincangkan! Saya tunggu awak, tapi kenapa awak tak bukak pintu? Awak biarkan saya tunggu dekat luar lama-lama! " Alyana tak puas hati.

"Padanlah dengan muka kau! Siapa suruh kau tunggu dekat luar tu? Kau ni nama Aje ada degree. Masa U dulu best student, tetapi hakikatnya bodoh!"

Alyana menahan hati.

"Apa niat awak buat saya macam ni?"

Nazim diam, dia hendak melangkah. Sekali lagi Alyana menghalang.

"Kau ni aku tampar jugak kang!" Nazim mengetap gigi.

"Kenapa awak seksa saya macam ni? Kenapa awak seksa bila saya dah sayang dan cintakan awak? Awak jangan jadi kejam sangat boleh tak?"

Nazim memandang Alyana.

"Tak ada siapa yang suruh kau cintakan akulah. Kau ingat kau bagus sangat? Aku tak seksa kau, kau tu yang seksa diri kau sendiri. Kau boleh aje lenyapkan rasa kau pada aku. Pasrah ajelah.." balas Nazim.

"Tak! Saya takkan pasrah. Saya takkan mengalah semudah tu saja!"

Kecik saja Nazim pandang perempuan di hadapan dia.

"Fuh! Tinggi betul semangat kau eh? Aku banggalah dengan kau, tapi aku nak tengok lepas ni. Takat mana semangat kau tu, jangan sampai satu hari kau jatuh. Masa tu baru padan muka kau bila semangat dan keyakinan kau dah tak bermakna!" selesai berkata Nazim terus berlalu.

"Nazim!" panggil Alyana.

Nazim berhenti, dia memandang Alyana.

"Saya tak nak bersumpah. Tapi satu hari nanti, awak akan jatuh cinta jugak dengan saya!" kata Alyana tegas, tidak berkelip dia memandang Nazim.

Nazim tersenyum sinis.

"Kau ni tak habis-habis dengan angan-angan mat Jenin kau tu. Kau tengok mulut aku ni, kau amati betul-betul gerak bibir aku ni. Aku takkan cintakan kau, jauh sekali sayang. Semua tu aku haramkan hadir dalam diri aku walaupun sebesar zarah!"

Alyana memegang dada, menahan rasa hiba. Alyana tidak mahu menitiskan air mata.

"Aku harap kau faham! Kalau kau tak faham jugak, memang bengap lah!" Nazim ketawa.

"Saya pegang kata-kata awak. Saya jugak harap awak pegang kata-kata saya!" usai berkata Alyana terus beredar dari situ.

Nazim menjuihkan bibir sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now