34

1.8K 65 0
                                    

Alyana menuruni tangga, sambil mengelus-elus rambut ikalnya. Hari ini, dia tidak menghantar makanan kepada Nazim kerana Nazim akan berjumpa dengan klien dan makan tengahari bersama. Tadi, Alyana ada juga pergi ke rumah emaknya. Alyana ada juga memberi barang dapur dan keperluan sekolah adiknya.

Alyana yang ingin menuju ke dapur itu terhenti. Baru dia teringat yang telefon bimbitnya berada di dalam kereta. Dia terlupa mengambilnya. Alyana berlalu ke luar, sebaik sahaja dia melalui kolam dia melihat Datin Rozana, Nazira dan perempuan gedik Elisa sedang berehat di tepi kolam. Alyana tidak mengendahkannya, dia menekan butang pada kunci kereta. Dia membuka pintu kereta, lalu mengambil telefonnya.

"Woi!" Alyana memandang ke arah Nazira yang menengkingnya.

Alyana sesekali menyisir rambutnya yang menutupi wajah.

"Kau mari sini!" Panggil Nazira.

Alyana tidak banyak tanya, dia menghampiri mereka juga. Dia berdiri di hadapan mereka.

"Kenapa?" soal Alyana selamba.

"Puas hati kau? Kau rasa hebatlah?" kata Nazira tiba-tiba.

"Kenapa saya perlu berpuas hati, dan berasa hebat?" soal Alyana sambil memeluk tubuh.

Nazira sudah bangun dari duduk di kerusi malas.

"Kau tak payah nak buat tak tahulah! Seronok kau ya? Tunjuk mesra depan kami? Kau saja nak cari pasal dengan kami kan?" tengking Nazira.

"Saya tak niat pun nak sakitkan hati korang, saya cuma layan suami saya kenapa? Ada masalah ke?" tempelak Alyana perlahan tetapi tegas bunyinya.

Datin Rozana pula menengking.

"Aku dah lama sabar dengan kau tahu tak! Ikutkan hati aku ni, aku nak halau aje kau keluar! Tapi nak buat macam mana, anak aku dah dibomoh oleh kau! Manjakan kau! Terliur kan kau..hebat penangan sihir kau ya? Sampaikan anak aku yang keras kepala macam tu pun boleh tunduk pada perempuan macam kau!"

Datin Rozana tidak puas hati, dia berkata lagi.

"Samalah dengan keluarga kau! Dahlah miskin, sengkek! Lepas tu buat tak sedar diri pulak menumpang senang orang! Sampai habis duit anak aku korang anak-beranak kikis! Mak kau tu tak padan dengan lumpuh! Kaki lembik, tapi hati busuk! " hamburnya sepuas hati.

Alyana sudah menggigil badannya mendengar kata-kata nista Datin Rozana.

"Datin..kalau Datin kata keluarga saya tak sedar diri..apakata Datin pandang diri tu dulu sebelum nak tempelak saya. Datin tu..sedarlah diri tu dah tua, tak lama lagi dah nak mati. Cuba untuk berfikiran positif sikit, jangan asyik fikir yang buruk-buruk Aje!" balas Alyana tenang.

Berubah wajah Datin Rozana.

"Saya tak gunakan apa-apa sihir pun pada suami saya. Itu semua adalah kebahagiaan saya! Saya masih waras, dan takkan buat perkara yang syirik!"

"Lagi satu saya nak pesan, kalau Datin nak hina, hinalah saya! Jangan sesekali babitkan nama mak saya! Kami tak perlu nak kikis duit siapa-siapa, kami dah bersyukur dengan rezeki yang kami ada. Jangan angkuh bila berduit, jangan sombong bila sihat, jangan sampai bila dah terlantar, terbuntang biji mata baru nak insaf!" Kata Alyana lantang dan tegas.

Terjegil mata Datin Rozana, dia terus bangun dan meluru ke arah Alyana.

"Kurang ajar kau ya? Berani kau cakap aku macam tu dekat aku?" Datin Rozana terus menampar pipi Alyana dengan kuat.

Elisa dan Nazira berbalas pandang dengan senyuman di bibir.

Alyana memegang pipinya yang perit.

"Kalau aku sakit sekalipun apa kau peduli? Aku terlantar ke? Terbaring ke, aku tak kisahlah! Aku ada duit, bukan macam keluarga kau! Tak ada apa, tapi tak sedar diri nak kikis harta anak aku!" tengking Datin Rozana.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now