20

3.9K 126 3
                                    

Syahrul mengerutkan dahi melihat Alyana yang nampak leka memilih barang makanan. Syahrul melihat ke dalam troli, penuh dengan makanan segera. Alyana yang sedang memilih mi segera itu ditegur.

"Alya..aku peliklah, kenapa banyak sangat kau beli makanan ni? Takkanlah kat rumah mentua kau tak ada barang makan?" soal Syahrul.

"Ada aje..tapi aku seganlah nak ambik. Kau tahu kan selera makan aku ni macam mana? Itu yang aku beli untuk aku makan. Senang sikit" Alyana memberi alasan sambil dia leka melihat mi segera yang ada pelbagai perisa itu.

"Hei..peliklah aku, badan kau kurus keding macam kau ni beli makanan dah macam tak makan sebulan tau. Jangan-jangan kau ada bela hantu raya tak?" sempat lagi Syahrul mengenakan Alyana.

Alyana memandang Syahrul dengan mata yang dijegilkan.

"Kurang ajar kau..kau jangan sampai daging kau aku buat makan malam. Suka hati kau Aje kata aku bela hantu raya"

Syahrul tersengih. Alyana meletakkan beberapa bungkus mi segera ke dalam troli. Mereka berjalan menuju ke kaunter untuk membayarnya.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Alyana setelah mereka selesai membuat bayaran.

"Kita pergi makan dulu, aku dah lapar ni. Tak apa..hari ni aku belanja" ajak Syahrul.

Mereka melangkah menuju ke arah restoran yang berdekatan.

Alyana duduk berhadapan dengan Syahrul. Barang-barang makanan yang dibeli tadi diletakkan di bawah meja. Mereka membuat pesanan.

"Alya, Nara ada contact kau tak?" Syahrul memulakan bicara.

"Ada jugak kadang-kadang, biasalah dia tu mana boleh tak dengar khabar aku sehari" kata Alyana mengenai sahabatnya itu.

"Alya..aku bukan apa, aku kenal korang pun masa aku jumpa korang satu universiti. Aku nak tanya kau..kenapa dia layan kau mengalahkan tuan puteri Aje? Aku jugak perasan yang dia banyak berkorban untuk kau" tanya Syahrul.

Alyana tersenyum sebelum menjawab.

"Kau ni macam tak tahu perangai Innara macam mana. Dia kan selalu membantu semua orang, kau ingat tak masa dekat U dulu? Bila ada orang yang memerlukan Aje dia mesti akan bantu. "

Syahrul turut mengukirkan senyuman bila memikirkan perangai baik hati Innara itu. Walaupun dia orang berada tetapi dia tidak sombong.

Makanan sudah tiba. Alyana nampak berselera sekali menikmati makanan.

"Kau nak balik terus ke lepas ni?" soal Syahrul sambil menyedut air tembikai susu.

"Balik teruslah. Mana lagi aku nak pergi, nanti suami aku marah pulak kalau aku balik lewat" Alyana menutup mulutnya, dia sudah terlepas cakap.

Syahrul sudah mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar ayat Alyana itu.

"Marah? Kenapa dia nak marah kau pulak? Jap! Kau keluar ni kau ada mintak izin dia tak? Kau ada bagitahu dia tak yang kau nak keluar dengan aku ni?" bertalu-talu soalan Syahrul.

Alyana sudah gugup. Dia tidak tahu hendak cakap macam mana.

"Err..aku..aku terlupa nak bagitahu dialah" Alyana memberi alasan, sempat lagi dia menyengih.

Syahrul menggeleng berkali-kali.

"Kau ni macam manalah boleh jadi best student masa dekat U dulu. Sampai semuanya nak lupa! Kalau kau jadi bini aku, dah lama aku humban dalam laut" seloroh Syahrul.

Alyana ketawa, Syahrul turut ketawa sama. Namun, kegembiraan mereka disaksikan oleh seseorang.

"Naz..tak nak order ke?" soal Daniel yang sedang melihat menu di tangan.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now