58

4K 103 1
                                    

"Assalamualaikum!"

Alyana keluar dari rumah sebaik sahaja mendengar salam.

"Waalaikumsalam..Nara!" Alyana mendapatkan Innara. Mereka berpelukan.

"Kau sihat Nara?"

"Sihat...Kau macam mana?"

"Aku okay je..Nara, alang-alang kau dah datang. Aku nak ajak kau teman akulah.." kata Alyana sambil memaut lengan Innara.

"Iyalah tu..memang aku kena belanjalah nampak gayanya" sindir Innara.

Alyana ketawa.

"Elok jugak kau nak belanja. Tapi taklah..aku sebenarnya nak beli baju untuk adik aku. Dia nak sangat pakai baju raya.." tiba-tiba suara Alyana jadi sayu.

"Iyelah..dah kau pergi bersiap"

"Eh! Aku pergi pakai macam nilah..nak pergi pekan Aje"

"Eh! Eh! Kau ni..aku tahulah kau tu natural beauty.. Dah! Pergi bersiap! Malik mana? Dia tak nak ikut sekali?" tanya Innara.

"Adik aku tidur lagi, biasalah dia kalau demam memang macam tu." Jawab Alyana. Dia terus masuk ke dalam rumah, tidak lama kemudian dia keluar semula.

Innara tersenyum melihat Alyana. Alyana nampak semakin cantik bila mengenakan tudung. Patutlah Nazim sayang gila dengan dia.

Innara ada pergi ke rumah Datin Rozana untuk melawatnya. Nazim ada juga bertanya tentang Alyana. Nampak sugul wajah Nazim, hati Innara kuat mengatakan Nazim sudah pun insaf, tetapi tidak tahu sejauh mana keinsafannya. Nazim memang terlalu sayangkan Alyana tetapi dia terlalu ikutkan ego dan cemburu buta.Innara tahu, harapan Nazim untuk memiliki Alyana begitu tipis. Hati Alyana sudah mati buatnya.

"Nara.." Alyana menepuk bahu Innara.

Innara tersentak.

"Eh! Kau ni terkejut akulah!" Innara mengurut dada.

"Kau ni berangan ke apa? Hei..dah jomlah" ajak Alyana.

Waktu itu, kereta milik Fatin masuk ke pekarangan rumah.

"Eh! Kau nak pergi mana ni?" soal Fatin.

"Fatin..aku nak keluar kejap. Nak beli barang raya. Kau tolong tengok-tengokkan adik aku sekejap ya? " pesan Alyana kepada Fatin.

"Iyelah.. hati-hati pergi tu..belikan aku jajan"

Alyana menampar bahu Fatin.

"Jajan apanya dah besar panjang!"

Fatin tersengih.

Alyana dan Innara masuk ke dalam kereta. Kereta Innara berlalu keluar dari kawasan rumah itu.

............................-..................................

Nazim memandu dengan perasaan yang sedih. Sedih apabila mengenangkan layanan hinanya kepada Alyana. Nazim diburu kekesalan, dia nekad hari ini dia mahu ke kampung untuk berjumpa Alyana. Nazim ingin meminta maaf kepada Alyana.

Kereta Nazim masuk ke pekarangan rumah milik Encik Sufian. Nazim keluar dari kereta, dia mengatur langkah menuju ke rumah.

"Assalamualaikum.. Assalamualaikum!" Nazim memberi salam.

"Waalaikumsalam.." jawab suara dari dalam rumah. Puan Rosnah muncul di muka pintu.

"Eh! Nazim.."

Nazim tersenyum pada Puan Rosnah. Puan Rosnah turun mendapatkan Nazim.

"Marilah naik" ajak Puan Rosnah.

"Tak apa mak long..saya datang sini nak jumpa Alya. Dia ada mak long?" soalnya.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now