62

3.6K 106 3
                                    

Nazira mendapatkan Daniel yang sedang duduk di bangku yang tersedia di luar wad.

"Daniel!" laung Nazira sambil berjalan ke arah lelaki itu.

"Kak Zira.."

Nazira duduk di sebelah Daniel. Risau wajahnya.

"Naz macam mana? Apa yang terjadi sebenarnya ni?" soal Nazira cemas.

"Saya tak tahu..saya mula-mula nak keluar. Lepas tu tiba-tiba, Naz muncul depan rumah saya. Dia marah-marah saya pasal Alya. Dia kata dia nak balik. Tiba-tiba saya dengar orang menjerit, bila saya cari balik..saya tengok ada tiga orang lelaki tengah pukul Naz. Masa tu Naz dah Kena tikam" terang Daniel kepada Nazira.

"Ya Allah..siapalah punya angkara ni? Kenapa diorang buat macam tu? Ke..Naz ada musuh selama ni? Janganlah jadi apa-apa pada Naz.." Nazira menutup muka. Dia menangis.

"Naz kehilangan banyak darah. Luka dia dalam. Kita sabar ya..kita doakan baik-baik untuk Naz" Daniel memujuk Nazira.

"Alya dah tahu?" soal Nazira.

"Belum..saya belum lagi call dia" jawab Daniel.

Nazira mengeluh, mamanya pun belum tahu tentang Nazim. Kalau dia tahu mesti dia sedih.

........................-................................

Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 malam. Alyana belum lagi melelapkan mata, dia berdiri di tepi tingkap sambil melihat permandangan di malam hari. Entah kenapa, hatinya jadi tidak sedap tiba-tiba. Alyana jadi risau.

"Alya.." Innara menegur sebaik sahaja dia melihat Alyana sedang berdiri di tepi tingkap.

Alyana menoleh Innara yang menghampirinya.

"Kenapa kau tak tidur lagi ni?"

"Aku tak boleh tidurlah..entahlah tiba-tiba aku rasa tak sedap hati ni."adu Alyana.

"Dahlah..kau janganlah nak layan sangat. " Innara mengusap bahu Alyana.

"Betul ke kau nak balik esok?" Alyana memandang Innara.

Innara mengangguk.

"Tapi aku balik kejap je..ada hal sikit. Nanti petang aku datanglah sini balik" ujar Innara.

"Kau ni..penatlah kau. Ulang alik, jauh kut kampung dengan KL"

Innara tergelak.

"Alah..biasalah bagi aku"

"Ofis kau macam mana?" tanya Alyana.

"Pasal ofis tu kau janganlah risau..tahulah macam mana aku nak settle nanti" balas Innara selamba.

Dalam mereka leka berbual, telefon bimbit Alyana yang terletak di atas meja berbunyi. Mereka serentak menoleh. Alyana buat tak tahu sahaja.

"Eh! Telefon kau tu..pergilah angkat" tegur Innara.

"Biar ajelah..malaslah nak pergi ambik" jawab Alyana lalu memalingkan muka mamandang ke luar semula.

"Biar kau kata? Selalu kalau ada orang call malam-malam ni selalu ada urgent tau!" Innara pula yang jadi cemas.

"Nanti aku telefonlah balik.."

Innara pula yang pergi mengangkatnya.

"Aku jawab ya?"

Alyana hanya mengangguk. Innara pun menjawab.

"Hello.. Assalamualaikum Daniel"

Alyana mengerling sekilas sebaik sahaja mendengar nama Daniel itu.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now